Nizar telah melancarkan buku karya kartunis Zunar setebal 80 mukasurat itu di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak di Taman Melawati, Hulu Kelang 13 Disember lepas.
Kemudian Nizar dengan bangganya melancarkan pula buku itu di peringkat Parlimen Lenggong dalam program ceramah parti Pas di Kampung Malau, Lenggong pada 4 Januari lalu. Tanpa sedikitpun rasa kesal apabila nama Perak Darul Ridzuan dimomok dan dikartunkan, Nizar turut sama menurunkan tandatangan di buku tersebut tanda merestui satu penghinaan terhadap negerinya sendiri.
Buku Perak Darul Kartun terhasil dari kegagalan penerbit Sepakat Efektif mendapatkan permit dari Kementerian Dalam Negeri bagi menerbitkan Gedung Kartun.
Perak mengambil nama Darul Ridzuan, bahasa Arab yang bermaksud Bumi Beradab atau boleh juga Bumi Beradat. Dalam bahasa Inggeris makna Darul Ridzuan diterjemahkan sebagai The Land of Grace. Betapa indah dan harumnya nama Darul Ridzuan yang diberikan kepada Perak bumi berdaulat ini.
Beradab Perak kerana di bumi ini penuh dengan adab budaya yang dijunjung sejak sekian lama. Beradat Perak kerana di dalamnya wujud institusi Kesultanan Melayu Perak yang penuh dengan adat istiadat dan sentiasa dihormati oleh rakyat jelata yang berlindung di bawah payung baginda Sultan.
Betapa hinanya Perak yang beradab dan beradat itu apabila dileluconkan sebagai bumi kartun? Bumi bersultan ini dikartunkan demi memenuhi nafsu serakah politik golongan yang sedang meroyan dan kecewa.
Tambah malang apabila Nizar yang pernah dinobatkan sebagai peneraju Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan turut bergembira apabila negeri tumpah darahnya ini dilabelkan dengan nama yang amat menjelekkan.
Saya tidak berminat mahu melihat isi kandung buku yang meloyakan itu, kerana tajuknya sudah cukup membuatkan saya nak termuntah. Tetapi sebuah laman web, anilnetto.com melaporkan begini - "This time, they are launching an 80-page cartoon book titled Perak Darul Kartun focusing on the power grab and associated antics in Perak – which undoubtedly offer rich material for satire".
Ketika melancarkan buku itu di Hulu Kelang, Nizar berkata episod 'rampasan kuasa' oleh BN di Perak terlalu bobrok sehinggakan ia tidak dapat dibayangkan oleh akal sihat seseorang manusia. "Apa yang dilakukan oleh BN di Perak adalah sangat jelek sehinggakan Perak kini jadi bahan ketawa masyarakat dunia. Malah jika sasuatu watak kartun dapat hidup, watak itu pun akan ketawa melihat tingkah laku pemimpin BN. Maka wajar sekali Perak kini digelar Perak Darul Kartun," ucap Nizar.
Kartun-kartun bersama buku kartun
Sebenarnya jika kartun itu hidup, mereka akan ketawa berguling-guling melihat Nizar, Ngeh Ko Ham, Nga Kor Meng dan Sivakumar begitu pandai melakonkan watak-watak mereka. Ini dapat dibuktikan dengan sikap Nizar dan pemimpin Pas lain menyokong penerbitan buku ini, kerana sekali lagi mereka membenarkan diri dikartunkan. Mereka pernah dikartunkan oleh DAP selama 11 bulan memerintah Perak Darul Ridzuan, malah masih berlarutan dikartunkan oleh parti chauvinis itu hingga kini.

Nizar pernah mengkartunkan dirinya apabila memekik-mekik di dalam Parlimen selepas mengangkat sumpah. Nizar, Ngeh, Nga dan Sivakumar pernah mengkartunkan diri mereka dan Adun-Adun pakatan pembangkang yang lain apabila mengadakan sidang DUN haram di bawah pokok dan di hotel. Mereka juga mengkartunkan diri dalam sidang DUN Perak dengan mengadakan sidang lain di waktu Dewan berhenti rehat.
Nizar bertepuk seronok melihat Sivakumar mengkartunkan dirinya memakai jubah dan songkok Speaker Dewan walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan itu. Nizar dan pemimpin pembangkang lain di Perak tidak membantah tindakan penyokongnya yang mengkartunkan diri berbaring di atas jalan bagi menghalang kenderaan DYTM Raja Muda Perak.
Nizar dan juak-juaknya juga mengkartunkan diri mereka dengan melaungkan slogan Bubarkan DUN Perak dan Kembalikan Hak Rakyat sedangkan senario peralihan kuasa di Perak pada tahun lalu hampir sama mengikut skrip bagaimana pakatan DAP-PAS-PKR mengambil alih Kerajaan Negeri sebaik PRU12 lalu.
Memang layak Zunar berikan lakaran wajah Nizar yang dikartunkan.
Antara kartun-kartun di Perak
Maka tajuk buku itu tidak wajar melabelkan Perak sebagai Darul Kartun. Apa yang wajar adalah DAP-PAS-PKR Pakatan Kartun, Nizar Pemimpin Kartun, 3N + Siva Kartun Perak, atau apa sahajalah perkataan kartun yang banyak boleh dikaitkan dengan mereka. Label itu tidak sesuai langsung diberikan kepada sebuah negeri berdaulat dan beraja seperti Perak Darul Ridzuan.
Walaupun KDN tidak boleh mengambil tindakan terhadap penerbitan tidak berkala, tetapi perbuatan penerbit menghina nama dan menjatuhkan maruah sesebuah negeri berdaulat adalah amat tidak wajar. Jika perkara seumpama ini dibiarkan, tidak hairan jika ada penerbit yang lebih berani untuk menghina nama-nama khas lain seperti Yang Di Pertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia, Kelantan Darul Naim, Kedah Darul Aman malahan mungkin akan ada yang lebih jauh daripada itu memberikan nama lain kepada Mekah Al-Mukarramah atau Madinah Al-Munawarah.
Saya dan seluruh rakyat jelata Negeri Perak Darul Ridzuan berasa cukup terhina dengan label Perak Darul Kartun. Kami mendesak supaya KDN mengambil tindakan tegas terhadap penerbitan buku ini yang jelas menghina kedaulatan sebuah negeri bersultan bernama Perak Darul Ridzuan.
Hidup Perak Darul Ridzuan!!! Daulat Tuanku!!!





9 comments:
Kalau berani lancarkan lah kat Perak... Ngapa lancar kat Selangor..
kartun punya nizar..
salam dato...sememangnya depa tu semua katun!!
Bawal, mereka mahu melancarkan buku kartun ini peringkat negeri Perak di rumah Norazli Musa, Jalan Teratai, Kampung Tasek, Ipoh pada 8 Januari 2010 jam 8.00 malam. Penceramah Mat Sabu.
Lihat di sini http://cartoonkafe.com/store/
Pundek punya nizar..memang tercabar aku sbgai anak perak..belum pernah negeri aku dihina mcm ni..aku rasa org kg tasek baik pukul je bila nizar, mat sabu ngn PAs ni dtg..lg bgus klu tggu kt highway je..doa dorg cpt insaf..
hahha nizar kemalangan arini..tula biadap sgt..
sedih tol dengan pemikiran kartun mereka ni.. tak pikir sensitiviti rakyat langsung.. susah kalau dah otak mereka dikuasai ngan kartun.. sebab tu dorang boleh buat apa saja.. kartun sungguh...!
Salam Dato',
Jika Sultan pun meka2 ni sanggup derhaka, ape ntah lagi dengan bende2 yang remeh temeh macam ni. Meka2 ni sibuk dengan dunia politik sehingga lupa tugas dan tanggungjawab sebagai ahli politik yg dipilih rakyat untuk membela nasib mereka. Teletah meka2 ni lah sebenarnya kartun! Lihat sahaja episod2 yang meka2 dah katunkan. Nama sahaja yang berhormat..tapi tingkah laku memang takde hormat langsung. Dari depa2 ni sibuk melancarkan buku2 kartun yang terang2 menghina negeri Perak, lebih baik meka2 ni pikir tentang isu khalimah Allah yg tengah perhangat diperkatakan. Ni lah akibatnya terlebih gaul dengan puak2 katun dan bangsa2 katun. Depa ingat Malaysia ni dunia katun agaknya..semua nak ikut idea dan telunjuk meka2 ini. Pak2 aji yang berketayap di dalam gambar tuh, dok sengeh mcm kerang busuk, meka2 ni tak sedar ke bangsa dan agama meka ni dah tergadai dek bersekongkol dengan puak2 katun dan bangsa2 katun ni?
DAP Nga Kor Ming juga dengan bangganya menamakan negeri kita ini Perak Darul Kartun. Negeri berdaulat dan beraja dilabelkan dengan pelbagai nama jelek. Inilah pemikiran pemimpin2 PR yang tak tahu menghormati kedaulatan sebuah negeri.
http://khusairitgmalim.blogspot.com/2011/12/hitam-metalik-kor-ming-berdolak-dalih.html
Post a Comment