Di dewan sudah ada tujuh orang ahli Pemuda dikepung. Kini hanya memerlukan dua orang lagi bagi mencukupkan korum mesyuarat. Setelah puas mengelilingi kawasan perumahan rancangan Felda itu, akhirnya saya dan Jaafar berasa kecewa. Dua orang lagi ahli Pemuda yang dicari tidak ditemui.
JAAFARMesyuarat cawangan dijalankan. Disebabkan peraturan Umno menetapkan mesyuarat sayap-sayap perlu diadakan sebelum mesyuarat cawangan, maka Pemuda Umno Cawangan itu dikira gagal mengadakan mesyuarat tahunannya dan tidak layak menghantar perwakilan ke Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian tahun itu.
Ketika itu saya bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjong Malim. Pemuda Felda Besout 5 pimpinan Cikgu Mahhadee Ramlee adalah antara cawangan Pemuda yang kuat menyokong saya untuk jawatan itu. Ketika itu ahli Pemuda di cawangan berkenaan hanya sekitar 15 ke 20 orang. Sememang itulah jumlah yang berada dalam lingkungan usia Pemuda iaitu antara 18 – 40 tahun, kerana kebanyakan anak peneroka di situ masih di bangku sekolah.
Setahun selepas itu, ketika saya sudahpun memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian, bilangan ahli Pemuda Umno di Cawangan Felda Besout 5 masih boleh dibilang dengan jari. Gerakan mengepung ahli-ahli Pemuda yang sedikit itu terpaksa dilakukan setiap tahun bagi membolehkan mesyuarat dijalankan.
Setelah 11 tahun berlalu, anak-anak peneroka di tanah rancangan itu sudah semakin remaja. Ketika peristiwa saya membonceng motosikal Jaafar pada tahun 1998, usia mereka hanyalah sekitar 8 hingga 15 tahun, dan masih belum layak mendaftar sebagai ahli parti. Kini usia mereka kebanyakannya sudah mencecah antara 19 hingga 26 tahun.
Pada 3 Januari lalu, saya hadir ke mesyuarat khas Pemuda Umno Cawangan Felda Besout 5 bagi membentuk jawatankuasanya yang baru, setelah dua tahun gagal mengadakan mesyuarat. Selain 30 orang Pemuda yang sudah sedia menjadi ahli Umno, saya menerima borang keahlian daripada 70 ahli baru Pemuda di cawangan itu.
Menerima borang kemasukan 70 orang ahli baru Pemuda Umno
Nampaknya cabaran saya terhadap Pemuda Umno Bahagian Tanjong Malim supaya mewujudkan semula 40 cawangan Pemuda (bilangan yang sama seperti ketika saya memimpin Pemuda dahulu) sebelum berlangsungnya Mesyuarat Cawangan-cawangan pada Mei nanti sudah semakin dapat ditunaikan. Ketua Pemuda Bahagian, Saudara Mohd Amin Osman memberitahu saya, kini sudah ada 36 cawangan dan yakin menjelang Mei nanti, angka 40 itu akan dapat dicapai.
Kualiti Pemuda juga menjadi perkiraan. Tiada guna sekiranya sayap Pemuda wujud di sesebuah cawangan jika tiada sebarang komitmen Pemuda kepada parti dan masyarakat.
Syukur Alhamdulillah, saya lihat ahli-ahli dan barisan kepimpinan baru Pemuda Felda Besout 5 begitu aktif, komited dan fokus terhadap peranan mereka. Banyak aktiviti kemasyarakatan dan sukan telah mereka anjurkan. Jaafar yang berada di penghujung usia Pemuda ternyata menjadi pemudahcara kepada adik-adiknya dalam beraktiviti.
Syabas saya ucapkan kepada Pemuda Umno Cawangan Felda Gunung Besout 5. Teruskan usaha murni anda demi membela nasib agama, bangsa dan tanahair tercinta.
Selepas ini tidak perlulah lagi mengepung Pemuda Besout 5 untuk mencukupkan korum mesyuarat, kerana bukan sahaja ahlinya sudah ramai, tetapi mereka juga berkualiti dan komited.
Saya bersama Jaafar (kanan) dan
Ketua Pemuda Cawangan baru, Jamaluddin Md Nor (kiri sekali)
Ketua Pemuda Cawangan baru, Jamaluddin Md Nor (kiri sekali)










2 comments:
Tahniah dari saya. Semoga pemuda tersebut akan dapat berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.
Salam YB,
Nampak nye UMNO akan kembali di Felda Besout..Bagaimana dgn pemuda UMNO cawangan Felda Besout yg lain?adakah masih aktif? sll sy blik kg felda besout 2, mcm x aktif je..
Post a Comment