YB ZULKIFLI NOORDIN "Saya merujuk kepada kenyataan YB Khalid Samad yang menyatakan persetujuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31.12.2009 yang membenarkan permohonan puak Kristian melalui akhbar The Herald untuk menggunakan perkataan ALLAH bagi ganti nama "God" dalam penerbitan mereka. Hujjah YB Khalid menyokong puak Kristian menggunakan perkataan ALLAH boleh disimpulkan kepada 3 iaitu:
1. Nama "ALLAH" bukan milik ekslusif umat Islam;
2. Bahawa Al Quran sendiri membenarkan dan menggalakkan Kristian menggunakan perkataan ALLAH berdasarkan Surah Az Zukhruf: 86-87 dan Al Ankabut: 63;
3. Rasulullah sendiri tidak menghalang orang 'arab musyrikin Quraisy menggunakan perkataan ALLAH.
Apa yang menghairankan saya bagaimana orang terpelajar saperti YB Khalid Samad yang duduk didalam PAS yang memperjuangkan Islam boleh menyokong keputusan Mahkamah ini. Saya diberitahu bahawa pandangan YB Khalid Samad tidak mewakili pandangan PAS sebagai parti. Malahan YB Ust Taib Azzamuddeen, mantan Imam Besar Masjid Negara dan Ahli Parlimen Baling, seorang ulama' yang dihormati lagi disegani telah secara terbuka menegur YB Khalid Samad didalam Parlimen (rujukan boleh dibuat didalam Hansard Parlimen).
Apakah YB Kahlid Samad selepas ini redho kalau segala gurdwara, gereja dan lain-lain rumah peribadatan bukan Islam mempamerkan perkataan ALLAH di rumah 'ibadat mereka. Apakah beliau redho Kristian mencatat perkataan ALLAH disalib mereka. Apakah beliau redho golongan punjabi mengukir nama ALLAH diatas gurdwara mereka. Kalau itu berlaku saya akan persalahkan YB Khalid Samad.
Malahan saya akan pergi lebih jauh dan menyeru YB Khalid Samad supaya menimbang semula keahlian beliau dalam PAS, sebaliknya saya mencadangkan kepada YB Khalid Samad supaya menimbang menyertai parti lain pilihan beliau, termasuk DAP. Ini adalah kerana saya lihat tindak tanduk YB Kahlid Samad akhir-akhir ini, terutamanya sejak diberi anugerah dan amanah oleh ALLAH menduduki kerusi empuk Parlimen Shah Alam lebih banyak yang merosakkan nama dan imej PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
Beliau adalah orang yang memalukan PAS termasuk Presiden YB Tuan Guru Haji Hadi apabila menarik balik usul yang diluluskan mu'tamar agung PAS yang mengkritik golongan Sisters In Islam setelah segelintir golongan membantah usul tersebut. Beliau mendakwa berlaku kesilapan walaupun setelah mu'tamar agung PAS menerima dan meluluskannya dan YB Presiden telah membuat tindakan susulan berdasarkan usul tersebut.
Kedua, beliau mengambil sikap menyokong tindakan penganut hindu untuk membina kuil hindu di Seksyen 23, kawasan perumahan yang majoritinya orang Melayu beragama Islam walaupun sudah ada tapak gantian yang siap disediakan di Seksyen 18 Shah Alam. Orang Melayu yang membantah dan memprotes dikritik oleh beliau dan diberi pelbagai macam label.
Beliau turut memalukan PAS apabila mendedahkan kepada umum amalan dikalangan sebahagian wakil rakyat PAS yang mengangkat bai'ah akan menceraikan bini dengan talaq 3 jika keluar daripada PAS dan mneyertai UMNo. Walaupun pimpinan PAS telah menegur dan cuba menafikan isu itu, beliau tetap berkeras mengakuinya sehingga menjejaskan imej PAS khususnya dikalangan wanita Islam.
Beliau mengkritik secara terbuka kepimpinan PAS Selangor khususnya Pesuruhjaya PAS Negeri YB Datuk Hassan Ali yang telah menegur Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam beberapa isu saperti penjualan minuman arak, Selcat dan lain-lain. Malahan beliau telah memalukan YB Datuk Hassan Ali apabila menuntut supaya YB Datuk Hassan meletakkan jawatan!
Jadi saya melihat tindak tanduk dan sikap yang ditunjuk oleh YB Khalid Samad ini tidak selaras dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Malahan respon yang diterima jelas menunjukkan ada orang Melayu yang beragama Islam mula mempertikaikan perjuangan ikhlas PAS dalam memartabatkan Islam kerana ujudnya karektor-karekor saperti YB Khalid Samad. Saya sendiri dihujani dengan pelbagai kritikan kerana dilihat bersekongkol dengan YB Khalid kerana beliau duduk didalam barisan YB Pakatan Rakyat.
Maka ingin saya perjelaskan kepada umat Islam khususnya, dan rakyat umumnya bahawa saya bermufaraqah pendirian dengan YB Khalid Samad, dan saya tidak redho apatah lagi bersekongkol dengan beliau dalam pandangan-pandangan dan sikap beliau yang pada pendapat saya bercanggah dengan prinsip perjuangan Islam yang saya yakini.
Oleh itu saya mendesak supaya:
1. YB Khalid Samad supaya menimbang keluar daripada PAS dan menyertai mana-mana parti lain pilihan beliau termasuk DAP;
2. kepimpinan PAS perlu mengambil tindakan disiplin yang jelas terhadap YB Khalid Samad agar memberi mesej yang jelas kepada umat Islam khususnya bangsa Melayu bahawa PAS tidak bersekongkol dengan beliau dalam beberapa isu tersebut diatas. Malahan saya mencadangkan kepada kepimpinan PAS supaya menimbang mengambil tindakan memecat keahlian YB Khalid Samad daripada PAS. Kegagalan kepimpinan PAS mengambil tindakan akan memberi gambaran negatif terhadap kepimpinan PAS, dan menjejaskan imej dan persepsi PAS sebagai wadah perjuangan Islam.
3. Kepada rakan-rakan bukan Islam khususnya penganut Kristian dan Punjabi yang beriya-iya mahu menggunakan perkataan ALLAH, saya seru kamu semua supaya marilah kita menyembah ALLAH Tuhan yang Satu. Marilah kamu memeluk agama Islam. Apabila kamu memeluk Islam dan mengangkat syahadah mengaku ALLAH Tuhan yang Satu, kamu boleh menggunakan nama ALLAH sebanyak mana yang mungkin, dan kamu boleh menulis nama ALLAH sebesar mana yang kamu mahu."
Artikel penuh boleh dilihat di sini dan DI SINI.

4 comments:
salam YB:
Saya percaya bukan saja saya seorang yg akan bersikap menyokong Yb Zul, walaupun mereka dalam satu pasukan namun jika ada kesilapan sikap tegur menegur perlu ada. Begitu juga jika YB dalam BN sendiri. Wallahuaalam.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah melancarkan petisyen berkaitan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan memutuskan Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya. Sila klik di sini untuk turut memberi sokongan terhadap petisyen yang dibuat.
Marilah bersama-sama dengan pihak PPIM, berjuang untuk mempertahankan kalimah Allah, hanya untuk Islam.
Salam YB,
Saya rasa Yb Zul memberi komen yang tepat dalam isu ini. Ia bukannya persoalan undang-undang mahupun sejarah tetapi lebih kepada isu sensitif yang boleh menjejaskan keamanan dan kesejahteraan negara. Saya quote kata-katanya sekali lagi:
"Apakah YB Kahlid Samad selepas ini redho kalau segala gurdwara, gereja dan lain-lain rumah peribadatan bukan Islam mempamerkan perkataan ALLAH di rumah 'ibadat mereka...."
TDM juga berikan satu contoh menarik yg berlaku di negara Barat dalam isu agama (menara masjid). Maka, sebagai negara yang majoriti umat islam dan agama rasminya Islam, rasa perlu kita beri perhatian yg lebih dalam isu sebegini dan tidak mengambil sikap acuh tidak acuh seperti YB Khalid.
Terima kasih.
pernah dengar YB Khalid Samad berkempen semasa Pilihanraya Ke 12 bahawa beliau akan menutup sebuah kilang memproses arak di shah alam sekiranya mereka menang dalam PRU 12 tersebut..tapi sampai sekarang kilang tersebut masih beroperasi....
mana janji-janji semasa berkempen ...
Post a Comment