02 September, 2009

PUASNYA JADI WAKIL RAKYAT

Malam ini saya pulang ke rumah dengan rasa penuh kepuasan. Program ziarah warga uzur di Felda Besout 2 petang tadi cukup bererti bagi saya. Masih terbayang linangan air mata mereka ketika saya bersalam dan berbual. Sumbangan yang saya sampaikan mungkin tidak seberapa, tetapi ianya ikhlas seikhlas ikhlasnya dari saya untuk ayah-ayah, ibu-ibu dan adik abang di Felda Besout 2. Saya juga warga peneroka, anak peneroka Felda Sungai Behrang.

Di bawah ini saya abadikan foto-foto yang mengukuhkan keinsafan saya untuk sentiasa dekat dan terus berkhidmat kepada rakyat. Sesungguhnya saya berasa puas selaku wakil rakyat setiap kali selepas program ziarah seumpama itu.














5 comments:

kulatlapok said...

salam YB,

Semoga bantuan yang dihulurkan tidak hanya pada bulan Ramadan sahaja. Program YB diharapkan terus menerus selagi ada yang memerlukan bantuan. Satu lagi amanah untuk YB, jangan memisahkan orang2 yg memerlukan bantuan berdasarkan sokongan politilk mereka. Jika ini YB dapat laksanakan, INSYALLAH, ALLAH tetap bersama YB untuk meneruskan perjuagan dan tanggungjawab YB sebagai wakil kepada rakyat dikawasan YB dan seterusnya mengekalkan status YB.Insyaallah.

Unknown said...

Insyaallah kulatlapok. Dalam soal memberi kebajikan seumpama ini, latarbelakang politik tidak diambil kira. Malahan siang tadi mereka terdiri dari pelbagai ideologi politik. Kepuasan membantu timbul bukan kerana parti, tetapi atas dasar kemanusiaan.
Terima kasih atas nasihat dan komen yang amat berguna kepada saya.

TheStoryTeller said...

Salam...

Inilah yang dikehendaki oleh setiap rakyat yang telah memilih pemimpin mereka. Seorang pemimpin yang mengambil tahu hal2 kebajikan serta beramah mesra dengan mereka. Semoga usaha YB ini berterusan hendaknya. Di harap YB tidak tergolong dalam kelompok YB2 yang hanya dekat dan mengambil berat terhadap masyarakat setempat apabila hanya di musim pilihan raya sahaja. Selepas pilihan raya, hanyut ke laut..smOga YB menjadi contoh kepada semua wakil2 rakyat yang lain termasuk dari parti2 yang lain. Tahniah...hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas usaha YB dan rakan YB yang lain..

Unknown said...

Salam TheStoryTeller.

Terima kasih atas nasihat dan pandangan. Semoga kita diberi kekuatan untuk saling membantu sesama insan. InsyaAllah.

Anonymous said...

salam dato`.. tahniah di atas keprihatinan dato` terhadap sebarang permasalahan rakyat yg berada di bawah pentadbiran dato`.. di sini saya ingin mencadangkan agar dato` menyenaraikan jadual dato` sepanjang bulan ramadhan ini. semoga dgn jadual tersebut, dapatlah pengunjung blog ini & rakyat sekelian secara amnya mengetahui jadual aktiviti / program dato` sepanjang bulan yg mulia ini. teruskan perjuangan.. hidup umno, hidup islam.. tq..