01 July, 2013

LAWATAN NAJIB KE LONDON BUKA ERA BARU


Lawatan kerja Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak selama empat hari ke United Kingdom (UK) mulai Isnin akan mempertingkatkan lagi hubungan yang sedang mekar antara kedua-dua negara.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK Datuk Seri Zakaria Sulong berkata lawatan itu juga bertujuan memastikan hubungan perdagangan dua hala Malaysia-UK berada pada landasan betul, bagi mencapai matlamat menggandakan nilai dagangan kepada RM26 bilion menjelang 2016.

Inisiatif penting itu akan dibincangkan antara Najib semasa pertemuan dengan rakan sejawatannya, David Cameron pada Khamis, katanya kepada pemberita Malaysia di sini, pada Ahad sempena lawatan kerja Najib ke London.

Perjanjian untuk menggandakan perdagangan dua hala daripada RM13.64 bilion pada tahun lepas kepada RM26 bilion dalam tempoh tiga tahun dicapai kedua-dua pemimpin itu, semasa lawatan rasmi pertama Cameron ke Malaysia, April tahun lepas, iaitu sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Britian pada Mei 2010 serta sebagai membalas lawatan rasmi Najib ke UK, pada 2011.

Zakaria berkata matlamat tersebut agak mencabar bagi kedua-dua negara memandangkan kadar pertumbuhan perdagangan antara Malaysia dan UK ialah sebanyak 2.1 peratus, setahun.

Bagaimanapun dengan wujudnya kumpulan kerja khas antara Suruhanjaya Tinggi British dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau yakin kumpulan itu mampu mengenal pasti dan menerokai bidang baharu untuk faedah bersama.

Najib dijangka tiba di London pagi Isnin dari Tanzania selepas mengadakan lawatan kerja ke negara itu bagi menghadiri Dialog Perkongsian Bestari Global, sejak Sabtu lepas.

Zakaria berkata Najib dan Cameron dijangka mengadakan perbincangan dua hala itu pada Khamis, sebelum kedua-duanya melakukan upacara pecah tanah Projek Stesen Jana Kuasa Battersea, London.

Pembangunan semula projek Stesen Kuasa Battersea bernilai 8 bilion, dimiliki konsortium Malaysia terdiri daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Sime Darby Bhd dan SP Setia Bhd, merupakan projek terbesar Malaysia di negara tersebut.

Zakaria juga berkata pertemuan Najib dengan Cameron juga dijangka menyentuh konsep Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang diperkenalkan Najib dalam menghadapi suasana yang semakin berubah di negara itu dari sebuah negara homogenous ke arah multiculturalism, dengan UK melihatnya sebagai sesuatu yang mencabar.

Selain menyentuh mengenai perkembangan di arena antarabangsa terutama isu di Syria serta kedudukan perdagangan dunia yang masih lesu pada masa ini, katanya.

Zakaria berkata semasa itu juga, Najib akan turut menghadiri taklimat media mengenai Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-9 yang akan diadakan dari 29 hingga 31 Okt di London, juga merupakan WIEF pertama diadakan di Eropah, dihoskan negara bukan Islam, bagi menjadikan forum tersebut sebahagian daripada komuniti global.

UK juga merupakan antara negara Eropah yang mempunyai penduduk Islam yang ramai, tambahnya.

Perdana Menteri akan juga menghadiri jamuan teh dengan Rakan Barisan Nasional atau lebih dikenali sebagai Friends of Barisan Nasional UK (FBNUK) yang dianggotai rakyat Malaysia di UK serta rakan rakyat Malaysia di negara itu. Pertubuhan itu dilancar Najib pada Mei tahun lepas, di sini semasa lawatan kerjanya.

Menteri Kanan Hal Ehwal Luar dan Pejabat Komanwel bagi Kepercayaan dan Komuniti dan Menteri Bagi Kepercayaan dan Komuniti, Baroness Warsi dan Timbalan Menteri di pejabat Hal Ehwal Luar dan Komanwel Hugo Swire, antara tetamu kehormat yang akan menghadiri pertemuan yang dianjurkan Lord Sheikh, yang merupakan penyokong FBNUK, di House of Lords di sini.

Zakaria berkata Najib juga akan bertemu dengan rakyat Malaysia di UK, termasuk kumpulan kedua pelajar tajaan Felda seramai 130 orang yang sedang mengikuti pengajian selama tiga bulan, di Lim Kok Wing University di sini.

Beliau juga dijadual melancarkan pusat Outreach 1Malaysia for Youth (1M4U) UK yang merupakan program pertama di luar negara dalam usaha melibatkan generasi muda negara di UK, katanya.

Sementara itu, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang mengiringi suaminya dalam lawatan kerja itu akan turut mengadakan lawatan ke pusat autisme di Treehouse School di sini pada Selasa, katanya.-1/7/2013 - Agenda Daily.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.








28 June, 2013

DEVAMANY DIPILIH SPEAKER PERAK


Naib Presiden MIC, Dato' S. Devamany a/l Kishnasamy dipilih menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dalam Sidang DUN Perak yang sedang berlangsung.

Nama beliau dicadangkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Pihak pembangkang pula mencadangkan mantan Adun DAP Tronoh, V. Sivakumar untuk jawatan yang sama.

Dalam pengundian bertulis yang dijalankan, Devamany memperolehi 31 undi dan Sivakumar 28.

Tahniah kepada Dato' Devamany.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

24 June, 2013

JEREBU : TIP2 PENTING

Saya menerima mesej ini dalam group whatsapp. Rasanya penting untuk dikongsi bersama dalam keadaan jerebu yang semakin buruk. Tip-tip dalam mesej itu boleh menyelamatkan nyawa kita, keluarga dan insan-insan tercinta.

"Message from someone who works for National Environment Agency and here's what she advises: Hi all, pls make sure that u keep all windows shut at all times n bathroom doors too. Wat u breathe in gets lodged deep in ur lungs n can't get out. It's the PM2.5 particulate matter that's dangerous. Make sure u cover your nose when outdoors.

From someone who is doing Phd in biochem, he said that these particulates (in the haze) are too tiny and they will bypass the hairy and mucous nose to lodge into the lungs. As these particulates are non-water solvent, they will stay in the lungs, will cause cells to mutate and potentially cancer cells can develop from there. So do take care and keep your children and elderly folks indoors. And wear N95 masks even though it's a short walk from home to car and office.

Please take care everybody!

Forwarded -Please bring a huge umbrella out today.. and avoid rain water at all cost... government is planning to seed the clouds to rain and according to my chemist friend, the rain water is harmful to human skin. So if u see rain falling.. stay indoor and dun rain dance arnd...

FYI, pass to people that you care.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

15 June, 2013

FOTO2 : KESAN BENDERA BN DIBAKAR


Foto-foto kesan terbakar bahan kempen Barisan Nasional (BN) untuk calon Pasir Pinji yang dirakamkan oleh kakitangan Pejabat UMNO Negeri Perak pada Khamis lalu di kawasan belukar berhampiran Simpang Pulai, Gopeng. Bendera BN yang masih baru dan tidak pernah digunakan turut dibakar. Jika pelakunya benar-benar menyokong BN, mereka tidak akan tergamak membakar bendera parti. Mereka adalah petualang dalam BN.

Posting saya semalam DI SINI.





14 June, 2013

CALON BN PASIR PINJI DISABOTAJ


Perasaan saya bercelaru sejak semalam melihatkan beberapa keping gambar yang dihantar melalui e-mail dan whatsupp oleh staff pejabat UMNO Perak.

Gambar-gambar itu jelas menceritakan sikap dajjal sekumpulan petugas BN yang tidak melaksanakan amanah, sebaliknya mensabotaj parti dan calon yang bertanding.

Pada petang Selasa lalu, seorang anggota keselamatan telah menemui longgokan bendera, poster dan bahan-bahan kempen BN di sebuah kawasan belukar berhampiran Simpang Pulai, Gopeng.

Beliau merakamkan gambar-gambar itu dan menghantarnya kepada salah seorang staff Pejabat UMNO Negeri Perak.

Berdasarkan cara pembungkusan, dipercayai bahan-bahan kempen itu tidak pernah digunakan, dan besar kemungkinan telah dibuang di kawasan berkenaan dalam tempoh kempen Pilihanraya Umum ke-13 lalu.

Sebilangan besar poster calon BN bagi DUN Pasir Pinji, Dato' Thong Fah Chong turut ditemui dalam timbunan bahan-bahan kempen itu, sebagai petanda bahawa beliau telah disabotaj. DUN berkenaan terletak dalam kawasan Parlimen Ipoh Timor.

Dalam pilihanraya lalu, Thong yang mendapat 4,264 undi tewas kepada calon DAP, Howard Lee Chuan (17,896) dengan majoriti 13,632.

Ketika beberapa staff pejabat UMNO Perak pergi ke tempat berkenaan pada Khamis untuk mengambil peralatan kempen itu, didapati semuanya sudah dibakar oleh pihak-pihak tertentu.

Inilah satu bukti perbuatan sabotaj yang cukup keji pada setiap kali pilihanraya. Keji kerana pelakunya adalah individu yang ditugaskan untuk membantu kempen parti. Tugas itu bukan sahaja tidak dilaksanakan, sebaliknya dikhianati.

Tidak sukar untuk membaca niat dajjal bertopengkan manusia ini. Dia mahu memastikan calon itu kalah, BN kecundang dan dalam hatinya tidak ada sekelumit rasa sayangkan parti, walaupun di tubuhnya mungkin menyarung pakaian berlambangkan parti.

Dan mungkin sikap chauvanistnya mengatasi segala-salanya.

Sehingga kini laporan polis belum lagi dibuat oleh mana-mana pihak. Saya sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan itu. Pelakunya wajar menerima balasan setimpal.

Dalam hati kecil saya bertanya, berapa banyakkah lagi kejadian seumpama ini berlaku sepanjang tempoh PRU lalu, khususnya terhadap calon-calon BN di kawasan majoriti Cina?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

11 June, 2013

NGEH LUDAH MUKA SENDIRI

Ngeh Ko Ham
Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Dato' Ngeh Ko Ham yang menyelar Kerajaan BN Perak kerana mengadakan Sidang DUN selama sehari pada 28 Jun ini ibarat 'meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri'.

Pengerusi DAP Perak itu dalam akhbar Sinar Harian Edisi Perak hari ini mengeluarkan kenyataan yang tidak wajar dengan menuduh Kerajaan BN Perak takut untuk berdebat dan "masih dibayangi dengan kerajaan perompak kerana menjalankan sidang dewan dalam waktu yang singkat".

Ko Ham sepatutnya menyelidik kembali apakah yang sebenarnya berlaku semasa sidang dewan pertama sewaktu pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Negeri Perak pada 2008.

Sidang pertama pada 25 April 2008 yang bermula pada 3.00 petang juga berlangsung selama beberapa jam sahaja, semata-mata bertujuan memilih Speaker dan Timbalan Speaker serta mengangkat sumpah oleh ADUN-ADUN.

Sudah menjadi kelaziman tidak ada perbahasan pada sidang pertama dewan pada awal penggal, dan ini juga berlaku semasa pakatan pembangkang memerintah Negeri Perak.

Selepas sidang pertama, Kerajaan PR Perak ketika itu mengambil masa dua bulan untuk mengadakan sidang berikutnya, iaitu dari 24-27 Jun 2008 yang ketika itu barulah sessi perbahasan dijalankan.

Nampaknya Ko Ham hanya pandai menuding dan 'meludah' muka orang lain, tetapi dia terlupa sebenarnya dia menuding dan meludah mukanya sendiri.

Sinar Harian 11 Jun 2013
Adun-Adun pembangkang juga tidak banyak memainkan peranan yang aktif sepanjang tempoh sidang dewan pada penggal lalu, yang hanya dipenuhi dengan adengan memboikot dan keluar beramai-ramai dari dewan serta tidak berminat membahas dan membawa masalah rakyat.

Kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh Adun-Adun PR sekadar berkisar isu politik negeri dan negara, tetapi kurang memberikan tumpuan kepada masalah-masalah rakyat termasuklah di Pasir Panjang, Setiawan dan Pantai Remis ketika itu.

Kata-kata Ko Ham kononnya sidang dewan tidak memberi banyak ruang untuk mereka membahaskan masalah rakyat adalah tidak masuk akal, kerana masa yang sepatutnya digunakan untuk tujuan itu telah disalahgunakan dan tidak ditumpukan kepada penyelesaian masalah rakyat.

Ko Ham sepatutnya mencermin diri dan partinya terlebih dahulu, sebelum melempar pelbagai tohmahan buruk kepada pihak lawan.