Seramai 20 anak-anak yatim dari Rumah Amal Buah Hatiku, Bangi telah diraikan oleh Rangkaian Sahabat (RS) UMNO dalam majlis berbuka puasa di Golfers Terrace, Tropicana Golf and Country Club petang tadi.
Menteri Pertanian, Dato' Ismail Sabri Yaakub turut sama meluangkan masa meraikan mereka.
Seramai 44 anggota RS hadir, termasuk Presidennya, Datuk Yahaya Mat Ghani yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu, Wilayah Persekutuan.
Dalam majlis berkenaan, Ismail Sabri mengumumkan bantuan bulanan berupa beras, ayam dan ikan kepada rumah amal itu, yang akan diuruskan oleh Bernas, LKIM dan FAMA.
RS juga menyumbangkan wang Hari Raya RM100 kepada setiap anak-anak yatim berkenaan.
Semalam, akhbar Harian Metro menyiarkan berita sedih di mana 28 anak-anak yatim yang menghuni rumah amal berkenaan berkongsi seekor ayam sebagai hidangan.
Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan, sila berhubung dengan Penyelia Rumah Amal Buah Hatiku, Puan Asiah di nombor telefon 0173925392.
![]() |
| Dato' Sri Ismail Sabri Yaakub dan sebahagian ahli RS meraikan anak-anak yatim berkenaan |
|
| Berita Harian Metro semalam |

No comments:
Post a Comment