18 June, 2012

BEKAS ISTERI PENEROKA LAYAK TERIMA DURIAN RUNTUH

Melegakan. Felda memutuskan bekas isteri atau janda peneroka layak menerima durian runtuh yang bakal diserahkan pada 7 Julai nanti.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, walaupun peratusan peneroka berkahwin lebih dari satu adalah kecil, namun Felda mengambil perhatian sewajarnya berkaitan isu tersebut.

Semasa 'klinik rakyat' pada Selasa lalu, lima janda peneroka datang ke pejabat saya mengadukan bahawa Felda sebelum itu memutuskan bahawa durian runtuh fasa 2 sebanyak RM5,000 hanya untuk isteri peneroka, dan bekas isteri peneroka (janda) tidak layak menerimanya.

Saya juga merasakan perkara itu tidak adil memandangkan isteri peneroka yang diceraikan ini telah lama bertungkus-lumus membangunkan ladang bersama-sama suami mereka.

Saya mengadukan hal ini kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Ahmad Maslan supaya keputusan lain dibuat oleh Felda agar janda peneroka juga diberikan kelayakan untuk menerima durian runtuh berkenaan.


Selepas merasmikan Karnival dan Penjenamaan Kolej serta Pelancaran Alumni Yayasan Felda di Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga semalam, Mohd Isa berkata pembahagian durian runtuh sebanyak RM5,000 itu hendaklah sama rata iaitu RM2,500 setiap seorang, antara isteri dan janda peneroka.

“Begitu juga sekiranya isteri  pertama atau kedua-duanya mempunyai anak, wang agihan durian runtuh turut membabitkan semua anak,” katanya.

Mohd Isa berkata, bagi memastikan urusan penyerahan durian runtuh berjalan lancar, mereka (bekas isteri peneroka) diminta tampil ke pejabat rancangan untuk memberi maklumat.

Menurutnya, bantuan ketua peneroka juga diperlukan untuk mengesan kes seperti itu. Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Felda akan mempergiatkan aktiviti turun padang bertemu peneroka untuk menjelaskan
kekeliruan terutama berkaitan pembahagian saham.

Menurutnya, beliau yakin peneroka faham dengan jelas berhubung perkara itu dan tidak lagi terpengaruh dengan pembangkang yang nyata ketandusan isu.

Lihat SINAR HARIAN


3 comments:

tanpa nama said...

Assalammualaikum..

Komen ini ditujukan khas buat Adun BN Slim River, Datuk Khusairi Abdul Talib. Saya mrupkn salah sorg warga Felda Gunung Besout, Perak yg mrupkan slh sorg pyokong kerajaan/ Barisan Nasional yg setia dr dlu. Cuma di sini, saya serta masyarakat Felda Gunung Besout berasa hampa dan teramat kecewa dengan keadaan jalan raya utk masuk ke Felda Gunung Besout.Yg paling teruk seperti jalan raya dari Felda Besout 1 ke felda Besout 4. YB bleh dtg sendiri tgok bgaimana teruknya keadaan jalan raya di sini. Itu belum diambil kira projek jalan raya yang menelan jutaan ringgit dari Felda Gunung Besout ke Slim River yg dijangka siap tahun 2011 sehingga ke hari ini masih terbengkalai dan masih mnjadi tanda tanya. Utk makluman, setahu sy analisis serta kmenangan bg YB/ BN utk PRU sblum ni bg DUN Slim River majoritinya adalh bergantung drp bhg Felda Besout. Perlu diingat, kami bukan rakyat KELANTAN yg perlu dilayan begini. PRU juga akan menjelang tidak lama lg. Adakah kami perlu suarakan perkara ini melalui undi nanti. Perkara ini telah lama dibangkitkan namun masih diabaikan. Sekiranya YB tidak dapat berbuat apa-apa adalah sangat rugi kami memilh YB untuk PRU akan datang..

Terima Kasih..

Unknown said...

Waalaikumsalam. Untuk pengetahuan 'tanpa nama', masalah jalan ke Besout tidaklah seteruk yang dicatatkan dalam tulisan sdr. Saya akui jalan dari Besout 1 ke Besout 5 agak beralun dan terdapat tempat-tempat tertentu telah rosak, tetapi masih boleh dilalui kerana pihak Belati Wangsa melakukan mantainance serba sedikit. Peruntukan untuk menaiktaraf jalan Besout 1 ke Besout 5 masih belum diperolehi dan sedang dalam pertimbangan JKR.

Untuk makluman sdr, semasa saya mula-mula dipilih menjadi wakil rakyat DUN Slim, jalan dari simpang masuk Besout (dari simpang MRSM sekarang)belum lagi siap ditar dan banyak kes cermin kereta pecah akibat lantunan batu. Alhamdulillah beberapa bulan selepas itu, jalan berkenaan telah siap sepenuhnya setelah masalah itu dibawa ke dalam perbahasan Sidang DUN dan perbincangan dengan pihak kontraktor dan JKR.

Selepas itu juga jalan baru Changkat Sulaiman ke simpang Tiang Bertarah juga siap mendekatkan jarak antara Besout ke Sungkai.

Jalan baru Besout ke Kuala Slim sejauh 11.2km berharga hampir RM50 juta yang sepatutnya siap pada Julai 2011 tidak dapat disiapkan mengikut jadual kerana masalah antara kontraktor dan JKR berkaitan skop kerja. Proses untuk menyingkirkan kontraktor berkenaan sedang dilakukan oleh JKR dan kontraktor penyelamat akan meneruskan kerja-kerja berkenaan.

Jalan baru ini telah saya cadangkan pada 2005 kepada pihak Kementeriam Pembangunan Luar Bandar dan telah diluluskan pada 2007 dan kerja2 dimulakan pada Julai 2008 yang sepatutnya siap dalam tempoh 2 tahun. Pampasan kepada 40 peneroka yang tanahnya terlibat dengan projek ini telahpun lama diselesaikan, begitu juga pampasan kepada Felda Plantation dan pemilik-pemilik tanah pinggir berhampiran Kuala Slim dan Sungai Teras.

Jalan baru ini mendekatkan jarak perjalanan antara Besout ke Slim River dari antara 40-50 km kepada hanya 17 km. Inilah hasrat saya mencadangkan pada 2005 agar projek berkenaan dilaksanakan untuk keselesaan rakyat Felda Gugusan Besout.

Cumanya apabila ada masalah perlaksanaannya, itu adalah antara kontraktor dan JKR selaku jabatan pelaksana. Tetapi projek ini tidak diabaikan dan jalan penyelesaian sedang diambil. Saya juga telah banyak kali membangkitkan masalah ini di Sidang DUN Perak dan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah, termasuk mengajukannya kepada Menteri Kerja Raya dan Pengarah JKR Perak. Mesyuarat demi mesyuarat telah dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan dan pada peringkat ini, langkah untuk memecat kontraktor sedia ada dan melantik kontraktor penyelamat sedang diambil oleh JKR.

Semoga kita dapat bersabar, kerana masih boleh melalui jalan sedia ada dengan selesa, cuma jaraknya sahaja agak jauh. Yang penting adalah untuk kita sama-sama bersyukur dengan perancangan pembangunan yang telah dibawa oleh Kerajaan BN sejak sekian lama, termasuk di Felda Gugusan Besout. Lihatlah keadaan Besout hari ini berbanding 10-20 tahun lalu.

Walaupun begitu, undi adalah hak anda. Namun saya yakin majoriti besar rakyat di Besout masih kuat menyokong BN.

Wassalam.

Anonymous said...

salam,saya nak tanya.jika seoranf peneroka mempunyai isteri 2 orang atau lebih,kemudian semuanya telah diceraikan adakah isteri pertama sahaja layak menerima rm2500???? sedangkan isteri kedua cuma layak mendapat saki baki hasil ihsan daripada duit isteri pertama...???sedangkan kedua-duanya adalah sama,maksud saya,janda kepada peneroka felda tersebut...dengan alasan isteri pertama lebih berhak kerana sama2 meneroka felda bersama bekas suami suatu ketika dulu....bagaimanakah hak isteri kedua??? harap dapat jelaskan