05 July, 2012
UNCLESEEKERS DITAHAN. SYABAS POLIS. DAULAT TUANKU!!
JOHOR BAHRU 5 Julai - Pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers yang didakwa mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di dalam blognya baru-baru ini ditahan di Plaza Tol Senawang malam tadi.
Difahamkan, dia ditahan oleh polis dari kontinjen Johor pada pukul 9.45 malam dan kini dibawa ke negeri ini dipercayai bagi siasatan lanjut ekoran laporan dibuat sekumpulan 30 individu mengenai tulisannya itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, 1 Julai lalu.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung perkara itu hari ini. - UTUSAN

3 comments:
Syabas...Polis yg cepat bertindak..harap jangan ada pemimpin Umno yg cuba halang ..sebab bapak dia mesti cuba sedaya upaya minta tangan ghaib dari pemimpin yg miang berpolitik.
Sama sama kita perhati siapa yg nak jadi tangan ghaib... nanti kita hukum..mereka ini.
Daulat Tuanku....
Hperancis...
Emmmmmmm....mana pihak yang betul dan mana pihak yang salah???
Dia ni gila glamor kot.Dulu sibuk dedahkan affair dia dengan bekas permaisuri aishah,konon syok gila kat dia.Kendian siap tayang gambar mesra dia dgn fauziah latif.
Dahlah merepek dalam cerita seekers dia yg tah apa2 yg tak pernah ada hantu pun.
Aku tengok siri sultan johor dlm blog dia tu aje sampai 50 lebih kalau tak silap.Selagi tak kecoh dan tak diambil tindakan,selagi tu lah dia tulis memprovok sultan.Gila mamat ni,kalau aku jadi sultan pun bengang berbulan2 dia cuba tarik perhatian supaya namanya glamor sebab kena tangkap ke apa.
kalau dia ke dalam 3 ke 4 tahun elok juga,baru dia tahu langit tinggi rendah,baru nak ingat anak cucu.
Post a Comment