23 April, 2012

PELAJAR UPSI TERBUNUH AKIBAT GANGGUAN MAKHLUK HALUS?

 

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamh Fatimah Mina bte Md Jufery, pelajar UPSI berasal dari Muar, Johor yang meninggal dunia semalam akibat terjatuh daripada Tingkat 3 Bangunan E-Learning. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para solehah. Amin.

Berikut ini satu tulisan yang saya petik dari sebuah blog PemikirPolitik :

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi (program PAKK, minor Bahasa Arab). Dipercayai TERJATUH dari tingkat 3 Bangunan Elearning (disahkan oleh forensik dari Ipoh). Hanya ada seorang saksi di tempat kejadian (masih trauma & tidak berupaya ditemubual lagi). Jenazah berada di tmpt kejadian sehingga jam 10 malam td. Dato VC dan Datin turut bersama di tempat kejadian sehingga jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk post mortem. InsyaAllah, menurut sumber, Allahyarhamah sempat di ajar mengucap dua kalimah syahadah dan semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang beriman. Al-Fatihah. (Saya berada di tempat kejadian setengah jam selepas tragedi berlaku kerana kebetulan saya parkir kereta di situ) - pensyarah UPSI


Menurut rakan-rakan mangsa murung dan sering bercakap sendirian serta berkemungkinan menghadapi tekanan perasaan. 

Pemikir sungguh sedih dengan berita mengejutkan di UPSI pada pukul 5.15 petang semalam (Sabtu) 21/4/2012 kerana setiap kali sampai masa untuk konvokesyen pasti ada kematian yang melibatkan mahasiswa UPSI. Namun kali ini melibatkan kematian di Banggunan E-Learning iaitu sebuah banggunan yang baru menempatkan bilik kuliah di UPSI. Post Mortem masih lagi dijalankan pihak polis bagi menentukan kejadian sebenar yang berlaku. Allahyarhamah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kaki dan kepala. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Fatimah Mina Binti Md Juferi semoga roh Allahyarhamah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. 


Sementara itu laporan Utusan Malaysia pula memetik kenyataan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar yang berkata mangsa sudah lama 'sakit' akibat diganggu makhluk halus sebelum dia memasuki UPSI.

"Mangsa dikatakaan sering terdengar bisikan suara memanggilnya. Perkara ini berlaku di luar kawalan malah kadangkala dia menangis atau ketawa tiba-tiba," katanya.

Dr. Junaidi menambah, beberapaa jam sebelum terjatuh, Fatimah Mina mendapatkan rawatan di sebuah klinik panel UPSI dan diberikan ubat telinga bagi mengurangkan 'bisikan' itu.

4 comments:

adeq said...

Assalamu'alaikum, saya kawan arwah. arwah bukan bunuh diri, mohon untuk tidak memperkakatakan perkara yang buruk kepada arwah dan menyebabkan keluarganya bersedih. arwah adalah seorang yang baik, moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang saleh. ameen.

DARUSSINAD said...

Salam,kami(persatuan pengamal perubatan islam) mengucapkan takziah kepada beliau,bagi yang pernah mengalami gangguan seperti itu,boleh dapatkan kasturi ruqyah keluaran pusat rawatan islam...boleh hubungi (019-9188105)

"Suatu ikhtiar penyembuhan..."

DARUSSINAD said...

Salam,kami(persatuan pengamal perubatan islam )mengucapkan takziah kepada beliau,bagi sesiapa yang pernah mengalami gangguan seperti itu,boleh mendapatkan "KASTURI RUQYAH",keluaran pusat rawatan islam,suatu ikhtiar penyembuhan.......
*Ingin mengetahui maklumat lanjut boleh hubungi (019-9188105).

DARUSSINAD said...

Salam,kami(persatuan pengamal perubatan islam )mengucapkan takziah kepada beliau,bagi sesiapa yang pernah mengalami gangguan seperti itu,boleh mendapatkan "KASTURI RUQYAH",keluaran pusat rawatan islam,suatu ikhtiar penyembuhan.......
*Ingin mengetahui maklumat lanjut boleh hubungi (019-9188105).