Rakan lama ketika saya bertugas di Sabah, Kamaruddin Liusin telah kembali ke rahmatullah pada malam Jumaat lalu. Beliau telah banyak berbakti dalam dunia kewartawanan, khususnya berkaitan Negeri Sabah. Saya mula mengenali Allahyarham sejak 1989, dan ketika itu beliau adalah wartawan muda anak jati Sabah yang cukup aktif.
Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan didoakan Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.
Bernama melaporkan - DUNIA
kewartawanan Sabah kehilangan seorang warganya apabila wartawan kanan
New Sabah Times, Kamaruddin Liusin, 47, meninggal dunia di Hospital Ratu
Elizabeth 1, Kota Kinabalu, malam Jumaat lalu.
Adik
beliau, Hanafi berkata abangnya yang koma sejak dimasukkan ke hospital
pada Rabu akibat serangan strok itu menghembuskan nafas terakhir
kira-kira jam 10.10 malam.
Katanya
sebelum itu, arwah pengsan di rumahnya di Kota Kinabalu kira-kira pukul
7 pagi dan dibawa ke hospital oleh seorang kawannya.
"Saya
tidak menyangka abang saya pergi begitu cepat," katanya ketika ditemui
selepas pengebumian di Tanah Perkuburan Ruayan, Kampung Lawa, Beaufort,
Sabtu.
Antara
yang hadir ialah anggota Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad dan lebih
20 wartawan dari media cetak dan elektronik di Sabah.

No comments:
Post a Comment