28 April, 2012

ATM : VIDEO NIZAR MENIPU RAKYAT


Buat kesekian kalinya bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin menipu rakyat dalam siri ceramahnya. Sama seperti penipuannya yang lalu-lalu, Nizar tak pernah ambil peduli samada penipuan-penipuan-penipuannya itu memberi kesan negatif terhadap ketenteraman awam.

Seperti dalam video di atas, kali ini Nizar berbohong kononnya Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak telah memanggil pemimpin-pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan memberi arahan 'supaya berbuat sesuatu sekiranya BN kalah (dalam PRU13 nanti)'. Dan kononnya pegawai-pegawai tinggi tentera membalas balik amaran Najib itu bahawa tentera akan mengikut kehendak rakyat. "Najib pun jadi pucat lesi, pucat sepucat-pucatnya," kata Nizar.

Hebat dan berani sungguh Nizar membuat auta di depan rakyat. Autanya kali ini dia nak katakan bahawa tentera menolak arahan Najib supaya melakukan rampasan kuasa jika BN tewas dalam PRU13 nanti. Pasti hati Nizar puas apabila audience yang tegar PAS itu melaungkan 'takbir' tanda termakan hasutan dan penipuannya. MasyaAllah.
 
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin sudahpun menafikan tuduhan Nizar itu dan menyifatkannya sebagai berbaur politik dan hasutan sehingga boleh mengelirukan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.

Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis akan dibuat oleh ATM terhadap dakwaan palsu Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang tersebut dalam masa terdekat supaya siasatan lanjut dapat dilaksanakan dan tindakan undang-undang sewajarnya boleh diambil.

"Saya mewakili ketiga-tiga cabang pertahanan negara menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak bertanggungjawab itu. Ini kerana ia tidak benar dan berniat jahat. Dewasa ini, wujud banyak pihak tidak bertanggungjawab yang sentiasa berusaha meracuni pemikiran rakyat bertujuan menghakis keyakinan mereka terhadap ATM dan kerajaan pimpinan BN serta tidak terkecuali individu tertentu dalam usaha melindungi politik mereka.

"Justeru semua pihak diseru tidak terpengaruh dengan tohmahan pihak berkaitan kerana ATM sentiasa mendokong Perlembagaan dan bersikap profesional," katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur semalam.

Tapi si bebal tetap dengan kebebalannya. Begitu mudah Nizar membuat tuduhan, begitu mudah juga dia memutarbelitkan tuduhan itu. Katanya dia cuma mendengar khabar angin dan terpulang kepada siasatan.

Sebagai seorang pemimpin politik dan pernah pula menjadi Menteri Besar, Nizar sepatutnya tahu batas-batas isu yang hendak disampaikan kepada rakyat, bukannya berdasarkan maklumat tidak sahih dan khabar angin semata-mata. Dia sepatutnya tahu menapis isu, apatah lagi sekiranya isu yang nak diajukannya itu boleh mendatangkan kesan terhadap ketenteraman awam.

Bagaimana jika ada pihak menyebarkan khabar angin bahawa Nizar telahpun mengarahkan penyokong-penyokongnya mengebom TLDM sekiranya pakatan pembangkang tewas di Parlimen Lumut dalam PRU13 nanti? Dan pihak yang membuat tuduhan itu kemudiannya berkata itu hanya khabar angin dan meminta Nizar menyiasat dakwaan tersebut.

Nampaknya Nizar tak henti-henti hendak mengkartunkan politik Malaysia. Dia bercakap ikut sedap mulut saja, tanpa berfikir panjang terhadap kesan keceluparannya itu.

Politik Nizar ini penuh dengan penipuan. Menipu....membohong...menipu...membohong....


2 comments:

Anonymous said...

Nizar manusia bodoh keturunan yang lupa daratan . Dia menjadi IR belajar dari mana. Anak kampong yang lupa dari mana asalnya.

Saya selaku Pegawai ATM tidak akan belok dengan kerajaan yang ada. Yang menyokong tu Pengkhainat Bangsa, Bangsat demi Allah sesiapa yang kami warga ATM akan mempertahankan tanah Malaysia ke titisan darah kami yang terakhir. Nizar pernah pergi perang ke. Saya terlibat banyak aktiviti membantu kerajaan , Oleh itu Nizar oh Nizar jang lupa kamu di jadikan Allah dan kamu pergi pun kepada Allah. Nama berparti politik PAS tetapi PAS apa tidak bertunggangkan ISLAM.

Anonymous said...

Nizar manusia bodoh keturunan yang lupa daratan . Dia menjadi IR belajar dari mana. Anak kampong yang lupa dari mana asalnya.

Saya selaku Pegawai ATM tidak akan belok dengan kerajaan yang ada. Yang menyokong tu Pengkhainat Bangsa, Bangsat demi Allah sesiapa yang kami warga ATM akan mempertahankan tanah Malaysia ke titisan darah kami yang terakhir. Nizar pernah pergi perang ke. Saya terlibat banyak aktiviti membantu kerajaan , Oleh itu Nizar oh Nizar jang lupa kamu di jadikan Allah dan kamu pergi pun kepada Allah. Nama berparti politik PAS tetapi PAS apa tidak bertunggangkan ISLAM.