Kasihan Encik Md Saad Hasan ini seperiuk nasi hujan panasnya dilarikan pemimpin pembangkang dari parti PKR semasa majlis kenduri perkahwinan dua anak lelakinya di Kampung Pulau Betong dekat Georgetown, Pulau Pinang pada 4 Mac lalu.
Tujuan pemimpin PKR itu melarikan nasi hujan panas milik Encik Md Saad adalah untuk menjamu sekumpulan pemimpin DAP yang membuat program Penang Green Cleaner di kampung berkenaan.
Mungkin pemimpin pembangkang itu tak tahu nak masak nasi hujan panas agaknya untuk dijamukan kepada puak-puak Lim Guan Eng. Marilah kita sama-sama ajarkan dia macamana cara nak memasak nasi hujan panas tu supaya lain kali dia tak melarikan juadah yang sama di majlis kenduri perkahwinan lain pula.
NASI HUJAN PANAS
Bahan-bahan ( for 8 org makan )
- 6 pot kecil Beras biasa (brasmathi pun boleh)
- 1 sudu minyak sapi
- 1 sudu susu pekat
- Rempah 4 sekawan (bg lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh)
- Garam secukup rasa
- 1 Bawang besar dihiris
- Minyak untuk menumis
- 2 helai daun pandan
- 1 Sudu sos tomato
- 1 inci halia diketuk
- Pewarna ikut suka, saya guna hijau, kuning n merah
Cara-cara
- Basuh beras & sukat air macam masak nasi biasa
- Panaskan minyak untuk menumis
- Masukkan bawang & rempah & halia & daun pandan. Tumis sampai naik bau
- Kemudian masukkan sos tomato, susu, minyak sapi & garam.
- Sudah menggelegak masukkan bahan tadi dalam periuk nasi n kacau sebati
- Setelah nasi agak kering cucukan lidi bersama pewarna td ke dalam nasi. Biar sehingga setengah jam baru di kacau.
Selamat mencuba wahai pemimpin pembangkang PKR. Jamulah juak-juak Guan Eng sepuasnya hasil masakan sendiri.


2 comments:
Terbaik artikel YB untuk puak2 Dap
pehhh..melayu PR ni dah anggap cina Dap ni macam wali...
silap2 maunya dijilat kasut cina Dap ni kalau disuruh...
Post a Comment