Sebagai anak peneroka Felda, saya berasa amat sedih dan kesal apabila ada pemimpin yang menganiayai peneroka. Tapi itulah hakikat yang dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bukan sahaja mengambil kesempatan atas kesempitan, malahan membiarkan peneroka malang, Encik Mahmud A. Rahman berusia 54 tahun, hidup melarat dan terpaksa pulang ke kampung asalnya di Luit Maran, Pahang.
Mahmud menyertai Felda Jengka 13, Pahang sekitar awal 1980an. Setelah hampir 27 tahun memerah keringat dan air mata di tanah rancangan Felda, beliau terpaksa tunduk terhadap tekanan kewangan sehingga membuka jalan kepada seorang pemimpin kanan PAS mengambil kesempatan atas keadaan sulit peneroka berkenaan.
Atas nama isterinya, Tuan Ibrahim membeli tanah kebun seluas kira-kira 10 ekar dan rumah serta tapaknya sekali seluas suku ekar milik Mahmud pada 1 Januari 2008 dengan harga hanya RM80,000. Harga itu terlalu rendah jika dibandingkan dengan nilai pasaran, lebih malang lagi bayaran bukan dibuat sekaligus, tetapi secara berperingkat-peringkat menyebabkan hidup Mahmud lebih merana dan tertekan.
Perkara ini dilaporkan kepada Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka oleh Pengurus Felda Jengka 13, Encik Hazizan Abdul Malek.
Jika mengikut peraturan Felda, seseorang individu lain tidak boleh membeli atau memiliki tanah peneroka kecuali dengan kebenaran Menteri Besar. Itupun pertukaran nama hanya boleh dilakukan kepada waris terdekat sahaja.
Tetapi Tuan Ibrahim mengikat Mahmud dengan satu perjanjian berasingan melibatkan khidmat guaman dengan niat menguasai kebun dan rumah Mahmud dengan harga yang cukup murah. Malahan kos guaman juga dipotong daripada wang RM80,000 itu, iaitu sebanyak RM5,000. Mahmud hanya mendapat RM75,000, itupun dengan tiga kali pembayaran.
Sebagai pemimpin, Tuan Ibrahim sepatutnya membantu Mahmud keluar daripada masalah yang dihadapinya, bukan mengambil kesempatan secara tidak bermoral seumpama itu. Beliau sepatutnya menasihatkan Mahmud bahawa tindakannya mahu menjual tanah dengan harga RM80,000 amat merugikan. Sepatutnya Tuan Ibrahim mengingatkan Mahmud terhadap peraturan Felda yang tidak membenarkan tanah peneroka bertukar milik kepada orang ketiga yang bukan waris terdekat.
Sekarang rakyat nilaikanlah sendiri sikap PAS dan pemimpinnya. Mereka bercakap pasal Islam, tetapi tidak berpegang kepada semangat Islam yang menuntut ummahnya membantu saudara seagama.
Baca juga di SINI.


7 comments:
jahat sungguh perangai calon PAS tu. Ambil kesempatan pada yg lemah & tak berdaya utk keuntungan sendiri. Harap kopiah je lah yg putih...hati lgi hitam dari arang...
Orang-orang yang macam itu memang hina.
Inilah sikap sebenar manusia ini! Yang teruknya dia mengaku org Islam dan memperjuangkan amal kebajikan dan nahi mungkar. Tetapi berlaku sebaliknya. Dia seperti anjing yang akan menerkam mangsanya jika ada peluang!
untung atas angin bt modal nak bertanding nanti
Ni blog macai ni...
La,blur btol org umno ni,ap y menjadi mslah, ad jual beli secra pksaan dan peras ugut ke kt situ? Sp y bstuju utk jual tanah dgn hrga mcm tu?klu rasa murah,ltak lah hrga lg tggi pd pmbeli lain. Lg satu,sp y stju dgn byrn ansuran 3kali tu? Mestlah dua2 phak dah bstju dgn syrat tu. Klu xstju, buat ap stju nk jual tanah tu,cr org lain y nk beli dgn byran cash skali gus. Blur btol,
Post a Comment