Pakatan pembangkang nampaknya mahu buat hal lagi dalam Sidang DUN Perak yang akan bermula pada 5 April nanti. Adun Pasir Panjang, Nizar Jamaluddin sudahpun memberi amaran akan memboikot persidangan itu sekiranya polis campur tangan.
Bercakap di Kuala Lumpur, Nizar berkata setiap kali Sidang DUN, anggota polis bukan sahaja dikerahkan mengawal Bangunan SUK, tetapi berkawal sehingga di dalam dewan, dan menutup laluan dan mengunci semua pintu kecuali pintu utama bagi menghalang ADUN masuk ke dewan.
Saya tak tahu nak cakap apa lagi terhadap tabiat berprasangka yang cukup menebal dan begitu buruk dalam hati ketua pembangkang Perak ini. Dia lupa agaknya bagaimana sejarah hitam dalam persidangan wakil rakyat di negara ini tercetus pada Mei 2009 dalam DUN Perak gara-gara sikap tidak bertamadun wakil-wakil DAP-PAS-PKR.
Tidak dinafikan bahawa pihak polis terpaksa mengambil langkah lebih ketat dan berhati-hati kesan daripada sikap buruk yang ditonjolkan oleh Adun-Adun pembangkang dalam Sidang DUN berkenaan yang mencetuskan kekecohan sehingga Pemangku Raja Perak terpaksa menunggu hampir lima jam untuk menyampaikan titah perasmian. Lihat DI SINI.
Sikap Adun pembangkang ini berlarutan sehingga beberapa Sidang DUN berikutnya yang menyaksikan mereka memboikot dan bertindak keluar daripada dewan. Dalam satu sidang lain, mantan Speaker S. Sivakumar membuat provokasi untuk masuk ke dewan dengan mengenakan jubah Speaker yang beliau larikan sebelum itu. Tindakan Sivakumar ini dibantu oleh Adun-Adun pembangkang lain sehingga memaksa pihak polis menghalangnya. Lihat DI SINI.
Tetapi pihak polis telah mengendurkan kawalannya ketika dua sidang DUN sebelum ini, dengan hanya membuat pemeriksaan di pintu masuk ke Bangunan SUK dan pintu masuk dewan. Langkah ini amatlah wajar bagi memastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini sepanjang sidang DUN, khususnya yang melibatkan tindakan membawa masuk senjata berbahaya ke dalam Dewan. Itu pun ada juga kejadian buruk apabila ADUN Kuala Sepetang (PKR) menghampiri dan cuba mengasari Menteri Besar menggunakan fail tebal dan Nizar pula mengeluarkan kata-kata kesat kesat berbunyi “babi Pangkor” terhadap Dr. Zambry. Lihat DI SINI.
Tidak benar sebagaimana dakwaan Nizar bahawa kawalan keselamatan terhadap Sidang DUN Perak mengatasi Dewan Rakyat sendiri, sedangkan hakikatnya kawalan yang sama wujud di bangunan Parlimen di mana pihak polis membuat pemeriksaan di pintu masuk utama dan ke bangunan Dewan Rakyat.
Tidak benar juga dakwaan Nizar bahawa pihak polis mahu menghalang Adun daripada memasuki Sidang DUN. Semua ADUN masuk melalui pintu yang sama, dan melalui pemeriksaan keselamatan yang sama, tanpa mengambil kira mereka ADUN BN, ADUN bebas atau ADUN pembangkang. Apakah mereka dihalang daripada berbahas dengan bebas dalam Sidang DUN yang lalu?
Tidak benar juga dakwaan Nizar bahawa pihak polis mahu menghalang Adun daripada memasuki Sidang DUN. Semua ADUN masuk melalui pintu yang sama, dan melalui pemeriksaan keselamatan yang sama, tanpa mengambil kira mereka ADUN BN, ADUN bebas atau ADUN pembangkang. Apakah mereka dihalang daripada berbahas dengan bebas dalam Sidang DUN yang lalu?
Nampaknya Nizar cuba mencari alasan untuk sekali lagi memboikot sidang DUN dan mengabaikan tanggungjawab hakiki sebagai wakil rakyat, iaitu membawa masalah rakyat untuk dibahaskan. Sekiranya itu berlaku, maka malang bagi rakyat yang mereka wakili. Serta malang juga kerana Sidang DUN kali ini melibatkan majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
Begitulah jadinya apabila seorang pemimpin tidak mahu mengakui hakikat bahawa dirinya bukan lagi berstatus Menteri Besar, sehingga Nizar terbawa-bawa memperkenalkan dirinya sebagai ‘Menteri Besar Rakyat’ dalam setiap ceramah yang dihadirinya.
Yang sudah tu sudahlah wahai Dato’ Seri Nizar. Jangan nanti rakyat mentertawakan sikap YB.

1 comment:
Inilah manusia yang gila meroyan a.k.a gila kuasa menjadi MB..orang macam ni ke kita nak dijadikan wakil untuk mewakili rakyat di DUN mahupun
Parlimen,amanah rakyat dinodai dengan agenda yang tidak meenguntungkan rakyat,cukup la nizar terima kenyataan.Kalau betul rakyat mahupun PR memerintah Perak tunggu jer PRU13,masa ni kita tengok yang mana rakyat mahu serta ditolak...tak lama dah pun tunggu jerrr ..aku harap nizar tewas semua kerusi dia pertandingkan nanti.
Post a Comment