09 March, 2011

PAS PERAK ANGKUH - HARUSSANI

BANGI (4 Mac 2011) - Setelah berdiam diri hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meluahkan apa yang terbuku di hati. Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP)."Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi.

Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN."Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu."Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini yang dipengerusikan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Idris Zakaria.Panelis lain yang turut menyertai program itu ialah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof. Madya Datuk Abdul Halim Sidek.
 
Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud Pas akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina."Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.
 
"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang."Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi.

Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu."Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi Pas telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka."Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat," katanya.
 
Artikel daripada blog PEMUDA PARIT

6 comments:

vulcan933 said...

pas is idiot.they dont want to share their heaven with other muslim brothers.now see what happen to them.realy hate these type of persons.

Shade said...

PRU 1969 Perikatan kalah teruk..berlaku kejadian 13Mei..MAGERAN ditubuhkan..PM pada masa itu Tun Razak terbang ke Kota Bharu berjumpa dan memujuk Datuk Asri YDP PAS pada masa itu supaya PAS bergabung dalam BN demi kekuatan Melayu dan Islam..PAS menerima, bersetuju dan berterima kasih pada Tun Razak..

Dalam PRU 1974 calun2 UMNO dan PAS yang mewakili BN menang hampir 100% kerana penentang mereka hanyalah terdiri dari calun bebas..Tun Razak, Datuk Asri, Tun Dr.Mahathir, Tun Hussain Onn, Tun Ghafar Baba, Tengku Razaleigh menang dalam PRU 1974 kerana kerana saingan mereka CALUN BEBAS..

Melayu dan Islam sangat kuat..Tun Razak meninggal Dunia setelah berjaya menyatukan orang Melayu dan memantapkan kedudukan Ugama Islam..Tun Razak sebenar2nya pemimpin yang sangat kasihkan melayu dan Islam..Alfatihah..

1978 UMNO telah merasakan mereka sangat kuat dan tidak memerlukan PAS..peluang diambil oleh mereka setelah wujud krisis dalaman PAS yang tidak sepatutnya UMNO masuk campur..PAS ditendang keluar dari BN macam kucing kurap..Darurat diistiharkan diKelantan dan Parti BERJASA diwujudkan sebagai parti boneka untuk UMNO...SEMATA2 UNTUK MERAMPAS KELANTAN pelbagai tektik tipu muslihat ala yahudi dan munafiq digunakan..

Dalam PRN Kelantan selepas darurat UMNO/BN BERJAYA MENAWAN KELANTAN....TETAPI DENGAN HARGA YANG SANGAT MAHAL..iaitu PERPADUAN MELAYU DAN ISLAM...hasil usaha yang sangat murni dan mulia Tun Razak selama 6 tahun telah dimusnahkan oleh Tun Hussin, Tun Dr.Mahathir, Tun Ghafar, Tengku Razaleigh dan gerombolan2 yang sewaktu dengannya dalam beberapa bulan sahaja.. Inilah bermulanya wujud sifat kebencian tahap tinggi diantara PAS dengan UMNO yang meruntuhkan perpaduan melayu dan Islam diMalaysia..bila UMNO lemah mereka mahu BERGABUNG tetapi bila UMNO kuat mereka mula MENENDANG ..1979 PAS kesaorangan yang sering menjadi bahan belasah dan kutukan UMNO/BN..

12 tahun PAS berusaha membina kekuatan sendiri..keputusan PRU 1982 dan PRU 1986 PAS tewas teruk...cuma setelah Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46 dan bergabung dengan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah melalui PRU 1990 ALLAH memberi semula Kelantan kepada PAS sehingga hari ini...

PAS tidak keluar dari BN pada 1978 tetapi diTENDANG...Semangat 46 tidak ditendang dari APU tetapi mereka yang MWMBUBARKAN parti mereka untuk masuk UMNO...sampai sekarang PAS tetap berpegang pada janji dan teguh pada PAKATAN RAKYAT...PAS sangat konsistan dengan janji mereka..cuma UMNO dan Harussani saja yang mahukan PAS mungkir pada janji...mana lebih baik Kafir DAP atau Munafiq UMNO...?

Anonymous said...

As salam utk semua.Shade berpegang kpd prinsip, "Lebih baik pertahankan 'harga diri' dan 'maruah diri' yang tinggi dari bersekongkol dgn org2 Islam sendiri... Lebih baik benarkan org2 bukan Islam mbina kuil dan patung2 yg lbh tinggi dr mimbar masjid dr bekerjasama dgn org2 Islam dr parti2 lain terutama UMNO." Teruskan perjuangan kalian jk itu yg kalian rasakan betul dan penting utk harga diri dan maruah kalian, wpun pemimpin2 berkenaan telah tiada di muka bumi Allah SWT ini..

Anonymous said...

org2 PAS ni adalah kelompok laknatullah tau tak. kerja mereka tak de lain melainkan hisap p*L*r karpal sink, kitsiang guaneng dan nuarjubur.

Anonymous said...

yeeee ke pas ditendang??pd apa yg aku dpt maklum..pas yg tikam belakang parti umno yang mana pas telah memasuki felda2 dgn buat mcm2 dakyah terhadap umno...klau tk salah aku...Nik Aziz la kepala damnya...cuba buat search!!!!!!....

sasha2020 said...

siapa salah siapa betul tak penting?

yang lepas dijadikan iktibar.

yang penting sekarang ialah perpaduan orang melayu dan islam.

lagipun, pemimpin lama yg terlibat pun hampir semuanya dah tiada atau dah tak berkuasa...so, kenapa nak ungkit yg lama...

pemimpin sekarang lain dari yg dulu...

saya sokong Harussani...

saya sanggah "shade"...

hidup perpaduan melayu dan islam..
UMNO dan PAS perlu bekerjsama...

Tapi, sekarang ..yg menghalang kerjasama itu ialah seorang agen israel ...yg memang tak mahu org islam/melayu kuat dirantau ini...

Israel, dapat merasakan akan ada satu kuasa islam dari sebelah timur yg akan bangkit kuat menggoncang dunia...kuasa itu ialah kebangkitan orang islam/melayu dimalaysia dan rantau ini...

Untuk menggagalkan perpaduan islam/melayu ini, maka mereka hantar agen mereka utk menghalang kerjasama melyu/islam antara UMNo dan PAS...

Rasanya semua org dah tahu siapa agen yahudi ini!!!! Akhlak dia sangat rendah dan jijik...