Laporan Bernama di bawah memperlihatkan pendirian tidak berubah DAP dan Karpal Singh terhadap prinsip asas acuan Pas :
"Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.
Karpal berkata partinya tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini.
"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," katanya pada sidang akhbar di ibunegara hari ini.
Karpal mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa adalah wajar untuk berbalik kepada hudud oleh kerana beliau dakwa undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial.
Namun, kata Nik Aziz, keutamaan mestilah menerapkan taqwa atau pendidikan agama terlebih dulu di kalangan rakyat.
Karpal berkata beliau amat jelas dalam perkara itu dan tidak mahu berhujah dengan Nik Aziz kerana pandangan beliau (Karpal) berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan negara sekular.
Karpal berkata pada 1988, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hanya undang-undang sivil terpakai di sesebuah negara sekular.
Katanya, beliau tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengenakan hukuman mati dalam kes buang bayi, dan menambah adalah lebih baik menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dan mengenalpasti punca masalah sebenar. - Bernama"
KOMEN SAYA - Pas nampaknya sekali lagi akan mengikut telunjuk Karpal dan DAP. Sama seperti amaran Karpal suatu ketika dahulu yang mencabar Pas supaya melangkah mayatnya dahulu sekiranya mahu menubuhkan Negara Islam. Sejak berada di bawah ketiak DAP, para pemimpin Pas tidak berani lagi menyentuh soal penubuhan Negara Islam.
Malahan bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin semasa berbahas dalam Sidang DUN Perak ketika beliau berkuasa, dengan tegas meminta Adun-Adun BN supaya menunjukkan bukti samada dalam perlembagaan Pas atau mana-mana transkrip mengatakan Pas mahu menubuhkan Negara Islam.
Semuanya gara-gara Pas takut kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya kaum Cina. DAP bebas untuk memperlekehkan perjuangan asal Pas, khususnya dalam soal penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan Hukum Hudud seperti yang diacu oleh Pas.
DAP dan Karpal pula terus-terusan mempertahankan prinsip menolak idea penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan Hukum Hudud seperti yang pernah dicanangkan oleh Pas, atas faktor untuk menunjukkan kepada pengundi bukan Melayu, khususnya Cina, bahawa DAP lebih berkuasa daripada Pas walaupun mereka duduk dalam satu pakatan ketika ini. DAP mahu membuktikan bahawa Pas akan terus mengikut telunjuk dan kehendak yang ditetapkan oleh Kit Siang, Karpal dan Guan Eng.
Ini terbukti sebaik sahaja PRU12 lalu, apabila Kit Siang dan Guan Eng dengan angkuh mengingatkan Pas supaya tidak lagi menyentuh soal penubuhan Negara Islam dan Hukum Hudud, khususnya di negeri-negeri yang Menteri Besarnya terdiri dari pemimpin Pas iaitu Kelantan, Kedah dan Perak (ketika itu). Arahan itu nampaknya diikuti sehinggalah Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membuka semula mulutnya beberapa hari lalu mengenai perlaksanaan hukum hudud. Seperti dijangka, DAP melalui Karpal segera menyanggah dan menukul idea tokoh Pas itu.
Apakah Nik Aziz mampu meladeni keangkuhan Karpal kali ini? Yang pasti, Pas sukar untuk melangkah 'mayat' Karpal, gara-gara kemarukkan sokongan politik. Maka terus-terusanlah Karpal ketawa mendengar salakan Pas yang semakin sumbang.
"Hey dog, just follow my instructions!!"


5 comments:
Salam, yang tersurat, nanti n.ajis kata itu bukan pendapat DAP, itu pandangan peribadi kapal singh. dah standard dah tu.
yang tersirat - DAP hendak melingkupkan islam dan melayu dari malaysia. kalau n.ajis nak tau, lepas dia mati nanti, generasi anak2 dan cucu2nya akan bekerja dan tunduk kepada parti DAP.
tapi n.ajis telah tiada waktu tu. dia sedang diazab oleh Allah Subhanahu Wata'ala
-art-
kapal singh tu tak lama lg padam la tu. Muka expired dah tu. boleh la nik aziz langkah mayat dia pastu boleh la buat hudud. ada berani ka?
Masyaallah...harap tidaklah sampai ada anak cucu yang kencing di atas kubur Tuan Guru.
Berkat kebodohan wali selipar yang tak mau jugak mangaku diri sendiri diperlekeh macam anjing leh DAP dan PKR.....Orang PAS akui lah Ton Nik kau tu No 3 jer dalam Pakayan Rakyat...Bulan mulia ni eloklah muhasabah diri buang kan ego yang melampau.....Pada PAS manyakkan berkerja dari dengar ceramah..iman yang berkerja adalah lebih baik dari iman yang berkata-kata,,,
karpal singh tu kafir...memang wajar la dia cakap macam tu...yg risau kalau orang islam sendiri yg perlekehkan hudud,ak rasa ni lagi hina dari orang kafir..
Post a Comment