03 August, 2010

DUN PERAK : RAKYAT DIKHIANATI LAGI


Kerusi Adun-Adun pembangkang kosong

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini meluluskan perbekalan tambahan sebanyak RM80 juta bagi tujuan pembangunan dan pelaburan. Enakmen itu dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir.
Sessi perbahasan terhadap enakmen itu agak panas sehingga Adun Pasir Panjang, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin diarah keluar dewan oleh Speaker kerana tidak mematuhi peraturan mesyuarat dan berdegil tidak mahu menamatkan perbahasan setelah masa 15 minit yang diberikan berakhir. Adun-Adun pakatan pembangkang bertindak meninggalkan Dewan  bersama-sama Nizar.
Perbekalan tambahan yang diluluskan itu adalah sebahagian daripada hasil pendapatan luar jangka (extra ordinary income) yang diperolehi Kerajaan Negeri sebanyak RM117.26 juta. Pendapatan luar jangka ini tidak termasuk dalam Bajet 2010 yang ketika itu memperlihatkan defisit RM23.89 juta. Sebahagian besar hasil ini datangnya daripada bayaran premium tanah.
Fakta dari sumber mana peruntukan tambahan sebanyak RM80 juta itu diperolehi telah menafikan tohmahan dan tuduhan pembangkang sejak seminggu lalu kononnya defisit Kerajaan Negeri akan meningkat kepada RM103.9 juta sekiranya enakmen itu diluluskan. Hakikatnya, RM80 juta itu bukannya diambil dari rezab Kerajaan, tetapi dari sumber luar jangka kesan daripada kecekapan pentadbiran Kerajaan menjana pendapatan.
MB Dr. Zambry dalam Sidang Akhbar selepas Sidang Dewan


Seperti yang diumumkan oleh Dr. Zambry ketika membentangkan enakmen berkenaan, RM30 juta akan digunakan bagi tujuan pembangunan, khususnya yang berkaitan dengan kepentingan rakyat. Antaranya adalah untuk tujuan aktiviti kemasyarakatan, keagamaan, pendidikan, sukan, sosio-ekonomi, bantuan bencana alam, membekal paip air, memasang lampu jalan kampung tradisi dan perkampungan Orang Asli.
Sementara RM50 juta lagi digunakan untuk tujuan pelaburan terpilih yang akan diluluskan oleh Jawatankuasa Pelaburan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar sendiri. Antara lain peruntukan ini akan digunakan bagi pelaburan awam berisiko rendah seperti yang diwujudkan oleh institusi-institusi kewangan Kerajaan. Pengurus-pengurus dana akan dilantik bagi melicinkan lagi pentadbiran peruntukan tambahan ini.
Sejak seminggu lalu, Nga Kor Meng melemparkan pelbagai tuduhan kepada BN dan Dr. Zambry kononnya semakin terdesak dan tidak bijak mentadbir kewangan negeri sehingga terpaksa mendapatkan peruntukan tambahan. Tetapi jawapan Menteri Besar  menyebabkan dia terpinga-pinga. Defisit yang beliau jangkakan akan meningkat kepada RM104 juta, rupanya menjadi surplus kepada RM13.4 juta. 

Pendapatan luar jangka RM117.3 juta apabila ditolak RM23.9 juta (defisit Bajet 2010) menjadi sejumlah RM93.4 juta. Setelah ditolak RM80 juta untuk perbekalan tambahan maka bakinya adalah sebanyak RM13.4 juta. Bagaimana Nga Kor Meng boleh terus-terusan menipu di dalam akhbar dan ceramahnya bahawa Kerajaan Negeri akan mengalami defisit terburuk dalam sejarah sekiranya RM80 juta itu digunakan? 

Setelah Dr. Zambry memberikan fakta sumber perolehan pendapatan tambahan itu, nampaknya Kor Ming dan beberapa Adun pembangkang hilang punca untuk membahaskan enakmen berkenaan. Mereka mula mencari helah untuk melarikan diri dari menyokong perbekalan tambahan yang ternyata untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat, khususnya di luar-luar bandar.
Nizar yang diberi peluang oleh Speaker Dato’ R. Ganesan untuk membahaskan enakmen itu ternyata jauh tersasar daripada topik yang dibincangkan. Apa yang diperkatakannya sama sekali menyimpang daripada topik perbekalan tambahan, sebaliknya lebih kepada penghujahan fakta-fakta songsang yang sering dibawanya dalam ceramah-ceramah politik sebelum ini.
Beliau sengaja melanggar arahan Speaker untuk berhenti berbahas setelah masa tamat, mungkin atas harapan supaya dirinya diarahkan keluar Dewan. Provokasi itu seperti memenuhi kehendak Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Ming yang sudah hilang modal untuk berbahas setelah mendapati tuduhan mereka sebelum ini mengenai defisit negeri tersasar.
Ketika saya membahaskan enakmen berkenaan, Nizar terus berdiri dan berhujah tanpa menghiraukan arahan Speaker supaya duduk. Akhirnya Speaker menerima satu usul dari pihak Kerajaan di bawah Perintah Tetap untuk menggantung Nizar daripada Sidang Dewan hari ini dan mengarahkannya keluar.
Setelah berlaku pertikaman lidah yang agak panjang antara Speaker dan Adun-Adun pakatan pembangkang, akhirnya Nizar keluar Dewan diikuti oleh semua rakan-rakannya.Sebenarnya memang itulah yang mereka idamkan, keluar dari Dewan dan mengelak untuk memberikan sokongan kepada satu enakmen yang memberikan manfaat kepada rakyat.
Maka buat sekian kalinya sejak tiga Sidang DUN yang lalu, Adun-Adun pakatan pembangkang melepaskan peluang untuk membawa dan membahaskan masalah rakyat di kawasan yang mereka wakili, dengan bertindak meninggalkan Dewan.
Suara rakyat yang mereka wakili sekali lagi dikhianati.

Lihat juga DI SINI.

8 comments:

Anonymous said...

padan muka rakyat yang mengundi mereka

Anonymous said...

Kadang-kadang kita berasa heran, kenapalah rakyat yang mengundi puak-puak yang kepala batu ni tak nampak lagi kerasnya kepala wakil rakyat yang mereka pilih. Keras kepala dalam erti mereka takkan mahu menerima sebarang kenyataan benar yang ditunjukkan buktinya di depan mata lendir mereka. Agaknya inilah yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran yang menggambarkan betapa tertutupnya pintu hati, deria pendengaran dan deria penglihatan mereka terhadap sesuatu kebenaran walaupun terserlah di depan mereka. Nyahkanlah mereka dari menjadi pemimpin dalam PRU-13 nanti.

Anonymous said...

buang negara jer laaaa buat semak malaysia bangsat-bangsat ni

budakbalun said...

Ye la..
Sementara kamu masih lagi hidup dan masih lagi memegang kuasa..
Buatlah apa yang kamu nak buat..
Laporlah apa yang kamu nak lapor..
Selewenglah apa yang kamu nak seleweng..
Sebatlah apa yang kamu nak sebat...

Mulut kamu berkata lain.. hakikatnya hati kamu berkata lain..

Wallahua'lam..

Anonymous said...

salam..

Unknown said...

Semoga Budak Balun terus merasa dan menggunakan nikmat kemajuan dan pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu lagi di Kampung Balun. Tolonglah senaraikan, kerana semuanya itu adalah hasil 'penyelewengan' BN untuk kesejahteraan rakyat. Wallahualam.

Unknown said...

Pembangunan yang dibawa oleh BN di Kampung Balun melata di semua sudut - jalan, longkang, masjid, surau, tanah pertanian, lot-lot rumah, skim pertanian, lampu jalan, sekolah, tadika, rumah bla bla bla.
Pembangunan yang dibawa oleh parti yang Budak Balun dokong adalah menaikkan bendera parti di simpang jalan. Hahaha

Unknown said...

Salam Perjuangan,

TAHNIAH, kerana perjuangan kita dalam menegakkan kebenaran mengenai kepincangan Pakatan Pembangkang pimpinan Anwar Al Juburi mendapat maklum balas positif dari kalangan pengunjung. Kami juga begitu teruja membaca artikel2 yang disampaikan di dalam blog anda.

Untuk pengetahuan saudara, blog kami yang dahulunya diberi nama UNIT MEDIA WANGSA MAJU telah dibubarkan dan kini telah melakukan beberapa penjenamaan semula. Kami telah membuat keputusan untuk menukar blog kami kepada GELOMBANG WANGSA MAJU.

Nama GELOMBANG WANGSA MAJU ditubuhkan atas permintaan beberapa pengunjung setia yang mahu blog kami dikekalkan di samping semangat perjuangan kami untuk meneruskan agenda menidakkan Anwar Al Juburi serta barisan keparat beliau.

GELOMBANG WANGSA MAJU akan menjadi lebih kritis dan terus mengkritik pihak pembangkang secara konsisten. Pihak pemerintah juga tidak akan terkecuali dari kritikan dan teguran blog ini. Tidak ada satu pun parti politik yang akan terlepas pandang.

Wadah perjuangan blog ini akan menjadi lebih universal dan bebas sekalipun masih tertumpu kepada usaha menyampaikan mesej pada isu isu nasional dan khususnya isu isu tempatan berkisar Parlimen Wangsa Maju.

KAMI juga TIDAK LAGI TERIKAT DALAM MANA2 PARTI POLITIK sebaliknya bebas menumpukkan isu2 yang dirasakan wajar ditegur dan dikritik.

Oleh itu, Kami berharap agar anda dapat MENUKAR NAMA BLOG KAMI DARI UNIT MEDIA WANGSA MAJU kepada GELOMBANG WANGSA MAJU di dalam list blog anda agar tidak berlaku sebarang kekeliruan dari pihak anda mahupun sahabat2 kita yang lain..


SEKIAN,

UMNO Didahulukan...
BN Diutamakan...