30 March, 2010

SIVAKUMAR DAN GILA TALAKNYA


Sambil berbaring-baring mahu melelapkan mata untuk mendapatkan sedikit rehat menjelang Sidang DUN Perak pagi esok, rasa nak tergelak membaca kenyataan Adun Tronoh, V Sivakumar di dalam sebuah blog yang terkinja-kinja menjaja surat jawapan bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Diraja Tajol Rosli Ghazali. 

Tak tahu bahasa apa yang mahu saya gunakan untuk menggambarkan betapa jahilnya bekas Speaker itu dalam menilai satu kesilapan kecil yang tidak disengajakan. Ketawa besar Sivakumar kerana umpannya dengan menyamar menggunakan kepala surat Speaker sudah mengenai ‘ikan besar’. 

Maka dimanipulasilah oleh Sivakumar kononnya Tajol Rosli mengiktiraf dirinya Speaker kerana menjawab jemputannya untuk menghadiri sidang DUN esok. Dan kononnya Tajol Rosli berpegang kepada prinsip dan mengiktiraf Sivakumar, sedangkan Dr. Zambry pula mengiktiraf R. Ganesan selaku Speaker.

Lalu digambarkan oleh bacaan politik dangkal puak-puak Nizar ini kononnya Dr. Zambry dan Tajol Rosli sudah tidak sehaluan. Berkompanglah mereka meraikannya dengan harapan itu petanda keruntuhan BN di Perak dan Nizar boleh kembali dijulang selaku Menteri Besar dan Ngeh Ko Ham akan terus tersengih sementara Nga Kor Meng akan terus terngaga menunggu udang harimau akuakultur melompat masuk ke mulutnya.

Begitulah lazimnya sikap seorang suami yang gila talak terhadap isterinya. Isteri membuka pintu untuk melihat bulan mengambang disangkanya mahu membenarkan dirinya masuk ke rumah. Tulang ikan yang dibaling isterinya tersilap sasaran disangka mahu mengguraui dirinya minta dirujuk semula.

Kasihanlah saya melihat sikap politikus yang gila talak seperti Sivakumar ini. Tak hairan jika dia terus meracau dalam Sidang DUN pagi esok. Sabar sajalah yop!

4 comments:

zahari1950 said...

Adakah surat jawapan penerimaan untuk hadir sidang DUN dari Dato Sri Tajol Rosli dengan prasangka bahawa surat tersebut dari Ganesan (YDP DUN yang sah). Jika demikian Sivakumar jelas telah menipu. Dato Sri Tajol patut buat laporan polis kerana telah tertipu dengan penyamaran Sivakumar.

Sivakumar patut di tahan dibawah seksyen 117 KPJ (tahan untuk siasatan)kerana menyamar/menipu jadi YDP DUN negeri Perak.

Anonymous said...

Salam:-

Pelik jugak mcamana DS Tajol boleh silap. Nampak kecik tapi kesannya besar. Bukan tak tahu si malauan Nizar dan gengnya tggu silap saja nak ngap!

Anonymous said...

Sebab tu Tajol Rosli tak layak jadi MB Perak...

rahimi said...

Aku gelihati bila baca kisah bekas speaker yang dah macam sarkis.
Kalau kat sarkis biasalah kita tahu sape penghuninya tapi sarkis yang seorang nie dah boleh buat cerita wayang.
Sarkis sarkis kesian betul mengalahkan orang gila meroyan.