27 March, 2010

SIDANG DUN PERAK - LAKONAN NIZAR


Bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dan Adun-adun pembangkang lain mahu berselindung lagi. Kononnya atas jemputan bekas Speaker, V. Sivakumar, maka beliau dan kuncu-kuncunya bersetuju menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perak bermula pada 30 Mac nanti.

Ironinya, jemputan yang dibuat oleh Sivakumar itu sama tarikh dengan perkenan yang telah diberikan oleh DYMM Sultan Perak kepada Speaker yang sah, Dato’ R. Ganesan untuk mengadakan sidang DUN. Ini kali kedua Sivakumar bertindak serupa itu setelah kali pertama ia berbuat demikian menjelang sidang 28 Oktober 2009.

Hakikatnya mereka bimbang kerusi yang disandang ketika ini menjadi kosong sekiranya tidak menghadiri Sidang DUN. Maka berselindunglah dengan apa cara sekalipun, asalkan mereka dapat memasuki Dewan dan menandatangani borang kehadiran.

Atas sifat mahu menjaga air muka dan tidak dimalukan sekiranya menjawab surat jemputan Speaker Ganesan, maka jemputan palsu Sivaji Sivakumar dijadikan galang ganti. "Kami buat keputusan untuk hadir berdasarkan surat Speaker yang sah YB V. Sivakumar pada perasmian dan perbahasan 31 haribulan,” kata Nizar dalam sidang akhbarnya.

Nizar lupa agaknya, apabila beliau menghantar surat kepada Dato’ Seri Dr. Zambry bagi memohon diadakan satu mesyuarat dengan Menteri Besar itu dan Ganesan pada 29 Mac jam 9.00 pagi di Dewan Bandaraya Ipoh dengan tujuan “untuk kepentingan negeri perak yang lebih cemerlang”, itu bermakna beliau telahpun mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker yang sah.

Apakah perlunya Nizar menjemput Ganesan bersama dalam mesyuarat itu jika beliau tidak mengiktirafnya sebagai Speaker yang sah?

Nizar, Ngeh Ko Ham, Nga Kor Meng dan lain-lain Adun dari parti pembangkang sepatutnya tidak perlu risau dengan perjalanan sidang DUN pada 30 Mac nanti, selagi diri mereka sendiri tidak mula mencetuskan huru-hara sebagaimana yang berlaku dalam dua sidang sebelum ini. Rakyat sebenarnya sudah muak dengan perlakuan sumbang mereka meladeni persidangan.

Dua sidang sebelum ini sepatutnya berlangsung selama lebih dari dua hari, tetapi atas sikap luar batasan Adun-adun pakatan pembangkang maka ianya hanya mampu bertahan selama sehari. Apakah mereka yakin bahawa sikap mereka akan lebih bertamadun untuk mengheret persidangan selama lima hari sebagaimana Nizar harapkan?

Nizar mengatakan bahawa Adun pakatan pembangkang telah menghantar 216 soalan untuk sidang DUN nanti tetapi kepada siapakah soalan-soalan itu dihantar? Soalan itu tidak dihantar melalui prosedur yang telah ditetapkan oleh Speaker dan Setiausaha Dewan, sebaliknya dihantar kepada Sivakumar. Adun Tronoh itu pula bertindak seperti posmen menghantar soalan-soalan itu kepada Setiausaha Dewan.

Menurut Ganesan, hanya 7 daripada 28 Adun pembangkang yang menghantar soalan melalui e-mail yang telah ditetapkan, maka sewajarnya hanya soalan-soalan itu yang perlu dimasukkan dalam senarai soalan yang sah.

Dewan tidak perlu terjerat dengan perangkap yang dibuat oleh Sivakumar, Nizar, Ngeh dan Nga. Memasukkan kesemua 216 soalan itu ke dalam senarai bermakna Dewan secara tidak langsung mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker kerana soalan-soalan itu dihantar kepada beliau.

Sivakumar perlu akur bahawa dirinya bukan lagi Speaker setelah dilucutkan oleh Sidang DUN pada 7 Mei 2009. Apa lagi mahu ditegakkan benang yang basah dengan membangkitkan persoalan yang tidak masuk akal semata-mata mahu mengekalkan jawatan yang sudah tiada?

Mahu mengatakan bahawa perlucutan jawatannya tidak sah kerana ianya turut diundi oleh 10 Adun yang dikatakan tidak layak memasuki Sidang DUN ketika itu? Siapakah yang memutuskan bahawa mereka tidak layak memasuki Dewan? Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan? Keputusan jawatankuasa itu yang menggantung Dr. Zambry dan enam exco lain adalah tidak berkuatkuasa selagi ianya tidak dibawa ke dalam Sidang Dewan untuk disahkan.

Mengatakan tiga Adun bebas sudahpun meletakkan jawatan dan tidak layak memasuki Dewan ketika itu? Mahkamah Tinggi sudahpun memutuskan bahawa surat perletakan jawatan tidak bertarikh yang mereka tandatangani adalah tidak sah dan kedudukan ketiga-tiganya selaku Adun adalah dikekalkan.

Jadi tidak timbul tuduhan Sivakumar mengatakan Timbalan Speaker tidak boleh mengambil alih peranan dalam pengundian usul undi tidak percaya terhadap Speaker yang dibawa oleh Menteri Besar. Hee Yit Foong berhak atas kedudukannya selaku Timbalan Speaker mengambil tugas itu ketika Speaker gagal memainkan peranannya mengawal suasana Dewan.

Mahkamah juga telah membuat keputusan bahawa Ganesan adalah Speaker yang sah. Jadi apa lagi yang mahu dipertikaikan oleh Nizar dan kuncu-kuncunya?

4 comments:

Ipin said...

Haaaaaaaaa Mereka dah jatohkan kemaluan mereka sendiri apalah bahlol punya Nizar ...............

Anonymous said...

tu le lain kali nak cakap org kata..pandang -pandang.sekarang jilat ludah sendiri...haiii nijar,kau ni cakap mengalah si siva pulak. kalau si siva tu aku tak kisah sgt.nama je ir..(ingatan rosak )kot.
Biar je Si kh.lid sorg tu dapat gelaran lembu,tak kan nak lahirkan sorg lagi tahap kepala hotak macam lembu kot.

Anonymous said...

Salam YB,

Apa punya kartun la dorg ni nk buat lawak..klu xiktirag ganeson jd speaker xpyhla dtg..ini siva kumar bleh plak luarkan surat pggil masa yg sama ngn ganeson pggil..aduyai kelakar tul la..nmpak sgt tkut byg2 sendiri..klu xhdir abisla kerusi DUN pembangkang semua..ada PRK MEGA la perak lepas 30 mac ni..

dorg ni dh plan nk buat kecoh esok..xpcaya tgokla apa si nizar n geng buat sok..aritu terima apa jua kputusan mahkamah..arini sudah pusing ka nizar pundek..sial pny melayu topeng cina..

Anonymous said...

Orang kata kalau kita layan orang gila maka kita boleh jadi gila. Sah ivakumari n i gila kuasa dn macam gila talak dgn bekas jawatan dia tu. Jangan di layan tabiat dan pe'el buruk ADUN-ADUN PR ni. Depa tak sedar lagi yang rakyat Perak dah menyampah tengok muka mereka. Hanya org yg berharap pada semua ADUN PR yg gila ni saja yg sokong mereka. Mereka BUKAN berjuang atas nam juara rakyat tapi hanya untuk juara perut mereka jer. Ada pulak yg bangang tu pi sokong puak juak PR ni lagi selepas Mahkamah kata Sivakumari bukan lagi speaker DUN Perak. Keling ni memang tak reti malu dan ditambah Nijar yg memang perangai macam beruk tu. Aku teringat lagi pada sidang akbar dulu Nijar jawab telefon bimbit dia dan kata Barrack Obma call untuk bagi dia sokongan! Kah kah kah...Nijar cub memperbodohkan kita tapi backfire bahawa sebenarnyadia tu yg bodoh! Obama tak kenal pun siapa Nijar ni... kah kah kah... lawak2.