10 March, 2010

SAIPOL JAWAB PEMUDA PAS PERAK


Jawapan kepada pertanyaan bertulis  Salman Saleh (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak) terhadap penggunaan masjid sempena program Juara Rakyat pada 5 Mac hingga 7 Mac 2010
(Rujukan : Sinar Harian- Selasa – 09 Mac 2010 – Edisi Negeri Perak – Halaman PK5 – Guna masjid: Salman minta Maipk beri penjelasan)

Dari:                      Saipol Bahrin b Hj. Sulaiman
                                Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhgn. Tg. Malim

1                     UMNO tidak mempolitikkan institusi masjid

Merujuk kepada pertanyaan Salman adakah UMNO telah membenarkan parti politik menggunakan  masjid, ia merupakan pertanyaan yang lebih cenderung kepada  dakwaan yang sengaja dibuat untuk mencari isu bagi menimbulkan rasa kebencian rakyat kepada kerajaan negeri setelah dibaca keseluruhan artikel tersebut.

Secara tepatnya program yang diadakan iaitu qiamulail merupakan salah satu pengisian program Perak Aman Jaya cetusan fikiran Dato` Seri Zambry – Menteri Besar Perak (MB). Program ini adalah kesinambungan kepada pelancaran Program Juara Rakyat yang telah dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) pada 6.3.2010. Program qiamulail ini lebih merupakan ibadah kepada Allah s.w.t. tanpa ada niat untuk menunjuk-nunjuk kepada sesiapa. Ia bukanlah kali pertama  MB bersama rakyat mengikuti program qiamulail ini, bahkan rakyat telah sinonim dengan pengisian seperti ini di mana sahaja MB berkesempatan berbuat begitu.

MB Perak bersama Ketua Bahagian UMNO Tg. Malim Dato` Khusairi dan beberapa orang pemimpin UMNO peringkat negeri serta rakyat sekitar  menghadirkan diri ke Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River mulai jam 12.00 tengah malam. Pada jam 3.00 pagi program Qiamullail dijalankan yang diketuai Al-Fadhil Utz Putra Tezzaruddin dari Intim, diikuti solat subuh dan kuliah subuh dijalankan seperti kebiasaan di masjid tersebut dan ia disampaikan oleh pensyarah dari UPSI. Selesai kuliah subuh MB Perak terus meninggalkan masjid untuk bertemu rakyat di kedai kopi di pekan Slim River dan di Pasar Minggu Slim River pada hari tersebut.

Jelas tiada langsung unsur-unsur penyebaran fahaman politik dimasukkan atau diselitkan sepanjang program tersebut. MB sendiri tidak berucap walau pun beliau boleh berbuat begitu.

        Untuk membuktikan ketelusan program ini Kita telah menjemput semua masyarakat tanpa  mengira fahaman politik  untuk turut bersama dalam program mengimarahkan masjid tersebut, namun   di kalangan ahli PAS  tidak hadir dan kemudian membuat dakwaan bahawa ia adalah program politik. Persoalannya, dimanakah lagi tempat yang paling sesuai untuk menjalankan program sebegitu jika tidak di masjid?

Sebagai perbandingan, dua bulan yang lalu, Nizar sendiri telah dinaikkan sebagai imam solat Jumaat oleh pengikut PAS yang menjadi AJK di masjid yang sama di Slim River secara mengejut tanpa ada perbincangan dengan sesiapa..  Setelah selesai solat Jumaat seluruh makmum tertanya-tanya mengapa Nizar yang mengimamkan solat tersebut?  Tiada apa istimewanya Nizar sama ada dari segi bacaan, kedudukan atau keutamaan untuk dijadikan imam pada hari itu, bahkan dari segi bacaan imam tempatan lebih baik dari Nizar sendiri.

Tapi UMNO tidak mahu mempolitikkan isu tersebut demi menjaga keharmonian kawasan Slim River.  Mengapakah apabila UMNO mengadakan program untuk mengimarahkan masjid Salman mendakwa UMNO mempolitikkan masjid?

 MB Perak hadir ke masjid Jamek Kuala Slim, bukan atas permintannya tetapi atas inisiatif penduduk kampung yang memikirkan ia adalah tempat terbaik untuk menyambut pemimpin tertinggi peringkat negeri dan pusat.

Kehadiran MB mulai jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari hanya untuk  majlis makan tengahari secara santai bersama ratusan penduduk. Sebelum itu MB telah bersama masyarakat setempat untuk membina rumah warga miskin dan bertemu dengan penduduk kampung yang uzur. Tiada pembesar suara, tiada ucapan dari mana-mana pemimpin. Hanya yang ada program ramah mesra pemimpin bersama rakyat dan makan tengahari.

3.            Sangsi sama ada Salman benar-benar mahu bertanya atau sebagai cara ingin menimbulkan rasa kebencian rakyat terhadap kerajaan BN.

                Saya merasa agak janggal melihat pertanyaan bertulis Salman apabila ia turut memuatkan kenyataan bahawa semasa Pakatan DAP, PKR dan PAS memerintah dahulu penggunaan institusi masjid dilarang dari sebarang aktiviti politik. Apa yang diketahui oleh umum semasa mereka berkuasa, mimbar-mimbar masjid digunakan secara berterusan memaksa jemaah Jumaat yang tiada pilihan untuk terus mendengar khatib mereka membacakan khutbah yang secara terang tanpa berselindung berkenaan politik. Sedangkan perkara ini tidak dilakukan dibawah pemerintahan kerajaan BN sekarang.

                Dakwaan Salman bahawa rakyat cukup terkejut kerana UMNO menggunakan masjid  juga menggambarkan daya pemikiran Salman dan kepimpinan DPPNP yang telah didik untuk berhujah  dan mengeluarkan kenyataan secara  sewenangnya tanpa bersandarkan pada fakta yang  sahih. Pertanyaan Salman lebih didorongi mendengar khabar dari jauh. Salman sepatutnya hadir sendiri ke program tersebut, barulah beliau mempunyai autoriti untuk bertanya atau memberi komen berkenaan program tersebut.

 UMNO secara jelas dan konsisten tidak mahu masjid dijadikan medan politik. UMNO mahu melihat masjid diimarahkan dan disuburkan dengan roh Islam, dipenuhi dengan majlis-majlis ta`mir dan sebagainya.  Semua rakyat dapat menjalankan ibadah dengan selesa tanpa perasaan syak wasangka sesama masyarakat.

                Saya kurang pasti rakyat mana yang terkejut seperti dakwaan Salman. Apa yang dapat disimpulkan bahawa yang buat-buat terkejut hanyalah ahli-ahli PAS sahaja kerana mereka merasakan bahawa rakyat semakin menerima kepimpinan UMNO dan BN yang diterajui oleh YAB Dato` Seri Dr. Zambry. Pada saya   Maipk tidak perlu untuk menjawab apa yang dilontarkan oleh Salman, kerana apa yang dilakukan oleh UMNO  hanyalah tugas manusia sebagai hamba Allah, dan tugas pemimpin menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada orang yang dipimpinnya.

3 comments:

Lintau Perak said...

Salman Saleh Naib Ketua dewan Pemuda PAS Perak patut muhasabah diri.

Apakah beliau memiliki keikhlasan dalam beragama.

Memang rakyat telah sedia maklum bahawa tarbiyyah Pas memang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

Sebab itulah ustaz2 mereka tidak takut untuk bercakap bohong, memutarbelitkan fakta, mengada2kan cerita dan sebagainya yang bercanggah sama sekali dengan ajaran Islam yang maha suci.

Kerana itulah juga mereka terbuka hati bersekongkol dengan DAP hanya kerana untuk mendapatkan undi.

Pas adalah parti politik yang melacurkan agama Islam.

DAP adalah cauvinist yang memperalatkan Pas dan PKR dalam satu gerombolan Pakatan haram.

Di Perak telah tumbang kerajaan DAP tetapi yang naik gila mempertahankannya ialah PAS.

Kita terus bermohon kepada Allah agar hati mereka terbuka kembali ke jalan yang benar.

Anonymous said...

NKP,

Terima kasih atas jawapan balas tersebut.teruskan berkhidmat untuk pemuda dan rakyat, amnya d kawasan Tg. Malim..jgn di layan sgt perkara perkara remeh ni. Pembangkang sentiasa berpolitik kerana itu mereka lupa akan kelebihan bersolat d masjid, sampaikan hal ini pun nak d politikkan..dan lebih lucu ia dtg dr parti yg kononnya memperjuangkan Islam. Buat Qiamulail di masjid d anggap berpolitik, tp buat solat hajat utk tujuan turunkan bala dan segala mcm kepada pemimpin di bolehkan pulak..patut si Salman Saleh ni tgok hal dlm parti sendiri sblm mempersoalkan tindakkan org lain..jgn spt mengata dulang paku serpih, mangata org sendiri yg lebih..lebih bodo hahaha..

-anggun ppsk-

Unknown said...

hebat , bernas dan bernafas segar hujah Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian TG Malim ni..semoga penjelasan ini membuka mata gerombolan sonsang Pas dalam memain dan menjolok isu..kekadang Pemimpin Muda Pas ni macam tak pegi sekolah..cakap main balun je..Porah si Salman ni.. tak cukup tarbiah lagi...