Sehari selepas kembali menunaikan umrah di tanah suci Mekah, saya berpeluang menziarah warga emas dan uzur di Bandar Baru Slim River dan di Kampung Kuala Slim. Sepanjang seminggu berada di Tanah Haram, wajah-wajah mereka sesekali muncul dalam fikiran saya. Sempat juga mendoakan semoga mereka diberikan kesejahteraan dan dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Kepada semua yang sudi membuka blog kerdil saya ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin. Sama-samalah kita membantu mereka yang memerlukan.
Felda Trolak Timur, tanah rancangan dalam DUN Slim yang terakhir diziarahi pada 9 September 2009 bermula jam 5.00 petang, sebelum berangkat menunaikan umrah. Seramai 13 warga uzur dapat dikunjungi di rumah mereka diiringi oleh Ketua Umno Cawangan Encik Sulaiman Jalil, Ketua Wanita Cawangan Kak Hayati dan kepimpinan Cawangan.
Pada 9hb September 2009 jam 3.30 petang menzirah 10 warga uzur di Felda Trolak Selatan dalam DUN Slim. Turut mengiringi Pengurus Felda Trolak Selatan, Tuan Haji Habib dan Ketua Umno Cawangan, Encik Arshad Abdullah atau mesra dipanggil Pak Chat. Juga oleh Ketua Wanita Cawangan Kak Jamilah Saad, Pemuda dan Puteri Cawangan.
Pada 8hb September 2009, dapat menziarah warga uzur dan memerlukan bantuan di Felda Trolak Utara dalam DUN Slim. Seramai 10 warga dapat dikunjungi di rumah mereka. Semoga Allah s.w.t. dapat merahmati kehidupan mereka. InsyaAllah. Amin.