16 April, 2012

DANA PILIHANRAYA - PAS, SATE DAN PELAJAR SEKOLAH


Kecoh di Felda Gugusan Besout hari ini apabila seorang guru (ustaz) yang mengajar di sebuah sekolah menengah di situ mengedarkan kupon kepada pelajar-pelajar sekolah untuk menghadiri majlis makan sate bersama Bob Lokman malam ini.

Seorang ibu menghantar sms mengadukan hal itu kepada saya, bagaimana anaknya menerima kupon daripada seorang ustaz yang amat dikenali pro-PAS. Selepas itu beberapa aduan dan mms saya terima dari penduduk di Besout menunjukkan bentuk kupon yang anak mereka terima.

Oh... nak kutip dana pilihanraya rupanya. Di kupon berkenaan jelas tertera harganya RM15 siap dengan nombor siri.

Kesemua ibubapa yang menghubungi saya menyatakan rasa kecewa dengan tindakan ustaz itu kerana cuba mengheret anak mereka dalam program politik partinya.

Tak salah PAS nak buat apa juga program bagi mengutip dana pilihanraya asalkan ada permit. Lagipun bukan perkara baru PAS mengutip wang daripada rakyat, khususnya pengikut mereka untuk tujuan dana politik. Asal ada program ceramah PAS, maka akan adalah tong yang beredar. Kalau di Kelantan, mereka sebutnya 'jahe'.

Tetapi apa yang tak kena di Felda Besout adalah kerana kupon itu diedarkan kepada pelajar sekolah. Ustaz yang mengedarkannya itu memang sudah lama dikesan membawa unsur-unsur dan fahaman politik ke dalam pagar sekolah.

Sekolah bukan medan untuk berpolitik. Jadi janganlah salahkan pihak jabatan atau pihak-pihak lain jika tindakan dikenakan ke atas ustaz berkenaan.


8 comments:

Rafhan said...

sekurang-kurangnya kita tahu nilai duit yang diambil adalah RM15 seorang. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan nilai korupsi yang berlaku dalam kerajaan barisan nasional sekarang ni. Kes cincin RM24 juta Ros*** Man*** pun xsetel2 lagi kan. Minta maaf, kalau komen saya agak kasar. Tapi saya tetap menghormati YB Khusairi sebagai seorang YB yang berjiwa rakyat. Keep It Up.

Richards said...

To bro Rafhan, I wonder about your query bout the RM 24 mil ring that not settled yet as your claimed, please check back with the local news before this about the explanation about that ring, and do also check with company of the owner for that ring, they had made PC and official statement bout that ring which is BELONG to them and not to the accused person as you said. Because of the warning for legal action to be taken given by the Company, the person who raised this issue has fully stop and shut his mouth about this issue since he knows the story that he created was just a slander. You may refer this with the foreign Company which owns that ring directly or you can just visit their website. This Company is ready to take any legal action for those who're still bring up this slander. Little advise from me, make sure you have a right information before you put any comments or words about it.
Thank you.

Anonymous said...

Rafhan. sorry la. you ni bodoh dan buta kayu. Isu cincin itu sebenarnya satu penipuan puak-puak penjilat kaum Lut. PAS ni penipu no wahid di Malaysia. Negara Kebajikan apa kalau sendiri pun dok minta sedekah kat orang.

Anonymous said...

Kesian Rafhan ...pemikiran tahap rendah ... komen anda tidaklah kasar tapi ... longkang

Unknown said...

Sdr Rafhan. Saya tak pertikaikan berapa dan cara mana Pas nak kutip derma bagi mengisi dana pilihanraya atau untuk apa juga tujuan. Apa yang saya pertikaikan adalah kewajaran seorang guru mengedarkan kupon yang jelas bermotifkan politik kepada pelajarnya, apatah lagi perbuatan itu dilakukan di dalam kawasan sekolah. Mengenai cincin itu, bro Richards sudah menjawab dengan jelas. Thanks. Wassalam.

Rafhan said...

thnx to richard and YB Khusairi for the respons. Kepada anonymous, aku x kisah korang nak kate aku bodoh atau buta kayu. Sebab orang bodoh dan guta kayu ni la yang akan turun mengundi ok. Every person have their own opinion. Please respect.

Budak Trolak said...

Saya rasa mana-mana parti politik di Malaysia ni menggunakan pelajar-pelajar sekolah. Dah jelas beberapa kes di Malaysia ni... Institusi sekolah yang dipergunakan untuk kepentingan politik pun memang dah berlambak... so... itu tiada masalah. Masalah cincin Rosmah, lantak la dia nak pakai cincin sebesar lori treler pun... nak guna wang sapa... pedulikan... benar salah... bergelempangan dengan tuduhan... kita tau ke tentang kesahan perkara tersebut. Dah dapat lihat yang sebenar-benar ke? tuduhan tu fitnah, fitnah lebih teruk dari zina... harus ingat...

Pada yang nak pertahankan tentang DS RM tu... tak perlulah buat terlebih-lebih. Apa yang perlu anda lakukan ialah ANDA ada OTAK... GUNA OTAK ANDA TANPA PENGARUH YANG LAIN...

Tuduhan fikiran orang tahap rendah, anda berfikir tahap tinggi ke? Kalau anda berfikir tahap tinggi... dah tau tentang "Higher Order Thingking Skills" (HOTS) yang sebenar dan siapa yang mewujudkan teori HOTS ini? Tak perlu melabelkan seseorang dengan itu ini, tapi tanya kita ni siapa, apa sumbangan kita, di mana kita sekarang?

Apa yang sekarang kita buat penilaian, tiba masa memilih, pilihlah pilihan anda, jika pilihan anda tidak berjaya, kenalah akur... sebab Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa

Anonymous said...

Cincin RM 24 Juta beli guna pos? betapa bodohnya si RM beli cincin guna pos. Inilah dakwaan asal dari mana tersebarnya berita cincin RM bernilai RM24 juta.Dari slip pos berdaftar. Kalu sya ada duit RM 1000 dan nak beli cincin rasanya tak beli dengan pos. Tak tahu lah RM tu kenape nak sangat beli cincin tu.

Pada sayalah,,, BN merupakan saluran terbaik untuk kita pangkah dalam PRU13 nanti. Ingat lagu warisan,,, anak kecil main api ,terbakar dirinya yang sepi akibat sengketa sesama lah kita , bumi dipijak milik orang.

cuba renung renung kanlah bait bait lagu ni.

bumi dipijak milik orang tu ialah oleh DAP akan memerintah negara kita dengan dasar yang paling kejam lebih kejam dari cina singapork dan regim thai lakukan kepada minoriti melayu di negara mereka. percayalah.

jangan bila dah negara ini terlepas kepada DAP, barulah menyesal nak bersatu sesama melayu.

masa tu,, nak berkumpul 3 orang pun dah kena tangkap. percaya lah, ini bukan persepsi, tetapi andaian yang jelas akan berlaku.

kalau kita lihat cina laksanakan dasar ekonomi terhadap melayu macam mana?

kita tak blh bersaing dgn mereka.