26 May, 2013

NAJIB DEDAH AKUJANJI DENGAN ANWAR SEBELUM PRU13


Ketika berucap di Putrajaya malam ini, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mendedahkan tindakan seorang pemimpin pembangkang yang berjanji menerima keputusan pilihanraya tetapi tidak mengotakannya.

"Ada pemimpin pembangkang telah berjanji dan menandatangani perjanjian untuk terima keputusan pilihanraya tetapi apabila keputusan tidak memihak kepada dia, dia tak terima dan menolak perjanjian yang sudah dibuat,

"Ini bukan cara kita maknanya dalam perjuangan mesti ada prinsip," kata Perdana Menteri di perasmian Festival Belia 2013, dipercayai merujuk kepada pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai sikap buruk Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Jusuf dalam interviewnya dengan Wall Street Journal pada Jumaat lalu telah mendedahkan tentang Anwar memungkiri perjanjian sulitnya dengan Najib supaya masing-masing menerima dan menghormati keputusan PRU 13.

Perdana Menteri di perasmian Festival Belia 2013, Putrajaya
Hanya selepas Jusuf membuat pendedahan itu secara rasmi mengenai sikap buruk Anwar yang tidak berpegang kepada janji, barulah Najib 'buka mulut'.

Perdana Menteri walaupun dihentam depan belakang oleh pembangkang termasuk dituduh mencuri kemenangan tetap menyimpan rahsia perjanjian itu.

Jelaslah Najib bukan seperti Anwar yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat jadi Perdana Menteri termasuk memungkiri janji dan buat bodoh pasal sistem pilihanraya dengan mengambarkan seolah Pakatan Rakyat menang atas dasar 'undi popular'.

Dalam ucapannya, Najib menegaskan, beliau boleh bertanding dengan Anwar jika ada sistem pilih undi popular bagi memilih presiden.

Bagaimanapun katanya, negara ini memilih kerajaan melalui sistem demokrasi berparlimen dengan parti yang ada kerusi lebih menang bukannya melalui undi popular.

Seterusnya baca tulisan Roslan Bian, wartawan Agenda Daily di SINI dan tulisan Clara Chooi, Assistant News Editor, The Malaysian Insider di SINI,  

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

18 May, 2013

POTFOLIO EXCO PERAK

IPOH 18 Mei - Berikut adalah senarai penuh Exco Kerajaan Negeri Perak yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir - Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam

Datuk Saarani Mohamad - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid- Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor

Datuk Zainol Fadzi Paharuddin - Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air

Datuk Rusnah Kassim - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional

Datuk Shamsudin Abu Hassan - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil

Mohd. Nizar Zakaria - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan Koperasi

Nolee Ashilin Mohammed Radzi - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan

Dr. Muhammad Amin Zakaria - Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Datuk Shahrul Zaman Yahya - Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Komunikasi dan Multimedia

- UTUSAN ONLINE
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SENARAI EXCO NEGERI PERAK

Exco Negeri Perak yang mengangkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebentar tadi - Dato' Shaarani Mohamad (Kota Tampan), Dato' Zahir (Kamunting), Dato' Zainol Padzi (Sungai Manik), Dato' Rusnah Kassim (Behrang), Dato' Shamsudin Abu Hassan (Air Kuning), Ustaz Nizar Zakaria (Belanja), Norlee Ashilin Radzi (Tualang Sekah), Dr Amin (Batu Kurau) dan Dato' Shahrul Zaman (Rungkup).

Tahniah semua dan selamat bertugas.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

16 May, 2013

KEPUTUSAN PENUH N58 SLIM

Salam. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri N58 Slim kerana memberi kepercayaan sekali lagi kepada saya untuk mewakili rakyat dengan majoriti yang lebih besar.

Begitu juga ucapan terima kasih dan syabas kepada semua petugas Barisan Nasional yang telah mencurahkan bakti tanpa mengira masa dan tenaga bagi mengekalkan kemenangan calon-calon BN di P77 Tanjong Malim dan N58 Slim serta merampas kembali N59 Behrang.

BN tewas di N57 Sungkai, namun sekiranya ada perubahan sikap pengundi Cina, kawasan ini juga mampu ditawan pada masa depan.

Berikut adalah keputusan penuh Pilihanraya Umum ke-13 
bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N58 Slim, Perak 

(Sila klik pada foto untuk lebih jelas)

N.58 Slim
Datuk Khusairi Abdul Talib (BN) - 11,152
Aminuddin Zulkipli (Pas) - 7,299
Mosses Ramiah (Bebas) - 200
Majoriti - 3,853

06 May, 2013

BN KEMBALI PERINTAH PERAK

BN menang 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak.

Keputusan ini akan diumumkan sebentar lagi secara rasmi oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir di kediaman rasminya di Ipoh.

Berita baik ini juga menangkis dakwaan pihak tertentu malam ini kononnya pakatan pembangkang sudahpun menang 33 kerusi DUN Perak.





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

01 May, 2013

LAGI TERKINI PROJEK JALAN BARU BESOUT-KUALA SLIM

Kerja-kerja pembinaan jalan baru dari Felda Besout ke Kuala Slim sejauh 11.8 km terus rancak dilakukan.

Ketika melalui jalan tersebut untuk ke Kampung Orang Asli Sungai Teras petang tadi, didapati semakin banyak jentera berat dibawa masuk ke tapak kerja.

Dengan siapnya pembinaan jalan ini, penduduk di Felda Gugusan Besout akan dapat menjimatkan perjalanan ke Slim River dari kira-kira 50 km kepada hanya 17 km.

Jalan ini dijangka siap dalam tempoh 18 bulan bermula daripada tarikh 7 Februari 2013.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.