26 May, 2013

NAJIB DEDAH AKUJANJI DENGAN ANWAR SEBELUM PRU13


Ketika berucap di Putrajaya malam ini, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mendedahkan tindakan seorang pemimpin pembangkang yang berjanji menerima keputusan pilihanraya tetapi tidak mengotakannya.

"Ada pemimpin pembangkang telah berjanji dan menandatangani perjanjian untuk terima keputusan pilihanraya tetapi apabila keputusan tidak memihak kepada dia, dia tak terima dan menolak perjanjian yang sudah dibuat,

"Ini bukan cara kita maknanya dalam perjuangan mesti ada prinsip," kata Perdana Menteri di perasmian Festival Belia 2013, dipercayai merujuk kepada pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai sikap buruk Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Jusuf dalam interviewnya dengan Wall Street Journal pada Jumaat lalu telah mendedahkan tentang Anwar memungkiri perjanjian sulitnya dengan Najib supaya masing-masing menerima dan menghormati keputusan PRU 13.

Perdana Menteri di perasmian Festival Belia 2013, Putrajaya
Hanya selepas Jusuf membuat pendedahan itu secara rasmi mengenai sikap buruk Anwar yang tidak berpegang kepada janji, barulah Najib 'buka mulut'.

Perdana Menteri walaupun dihentam depan belakang oleh pembangkang termasuk dituduh mencuri kemenangan tetap menyimpan rahsia perjanjian itu.

Jelaslah Najib bukan seperti Anwar yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat jadi Perdana Menteri termasuk memungkiri janji dan buat bodoh pasal sistem pilihanraya dengan mengambarkan seolah Pakatan Rakyat menang atas dasar 'undi popular'.

Dalam ucapannya, Najib menegaskan, beliau boleh bertanding dengan Anwar jika ada sistem pilih undi popular bagi memilih presiden.

Bagaimanapun katanya, negara ini memilih kerajaan melalui sistem demokrasi berparlimen dengan parti yang ada kerusi lebih menang bukannya melalui undi popular.

Seterusnya baca tulisan Roslan Bian, wartawan Agenda Daily di SINI dan tulisan Clara Chooi, Assistant News Editor, The Malaysian Insider di SINI,  

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: