06 April, 2013

PERAK KECEWA ANWAR TANDING DI PERMATANG PAUH


Akhirnya Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kembali bertanding di Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Keputusannya itu amat mengecewakan pengundi-pengundi di Perak, negeri yang Anwar sasarkan mahu bertanding.

Seperti dilaporkan Sinar Harian, Anwar mengumumkan keputusan itu di hadapan kira-kira 500 penyokongnya ketika menghadiri ceramah umum di Padang Awam Taman Pauh malam tadi, sekali gus menamatkan spekulasi yang berlarutan hampir sebulan lalu.

Para pengundi di Negeri Perak sebelum ini begitu teruja dengan hasrat Anwar mahu bertanding di sana. Dari satu kawasan Parlimen ke satu Parlimen lain di Perak diwar-warkan mahu ditandingi oleh Anwar. Antaranya di Ipoh Timor, Lumut, Tambun, Bagan Datoh dan Tanjong Malim.

Kawasan yang menjadi idaman utama Anwar di Perak pada peringkat awal adalah Ipoh Timor. Semuapun faham kenapa beliau begitu berminat dengan kawasan berkenaan, yang majoriti besarnya terdiri daripada pengundi-pengundi kaum Cina. Apabila Lim Kit Siang mengumumkan akan berpindah dari Parlimen Ipoh Timor ke Gelang Patah di Johor, Anwar bersungguh-sungguh mahu mengisi tepat yang ditinggalkan pemimpin veteran DAP itu.

Keghairahan awal Anwar mahu bertanding di kawasan majoriti Cina di Perak begitu ketara. Anwar dilihat seolah-olah telah dapat menghidu bahawa sokongan pengundi Melayu dan India di negara ini telah merosot dengan begitu ketara terhadap dirinya dan parti pimpinannya. Malang bagi Anwar kerana DAP tidak merestui keghairahannya itu, malahan awal-awal telah menamakan mantan ADUN Pasir Pinji, Thomas Su sebagai calon parti itu di Parlimen Ipoh Timor.

Anwar kemudian membawa angan-angannya di beberapa kerusi lain di Negeri Perak yang menjadi tempat tokoh-tokoh penting UMNO. Beliau mahu bertanding di Bagan Datoh, kerusi Parlimen yang diwakili oleh Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di Tambun yang diwakili Menteri Kewangan Kedua dan Bendahari Agung UMNO Dato' Seri Mohd Husni Hanazlah dan di Lumut, kerusi yang menempatkan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir yang juga ADUN Pangkor, salah sebuah kawasan dalam Parlimen Lumut.

Tanjong Malim juga menjadi sasaran Anwar, dengan alasan bagi memudahkan beliau mengawal dua negeri yang bersempadan iaitu Perak dan Selangor.

Maka ternanti-nantilah pengundi Perak, kawasan manakah yang mahu ditandingi Anwar. Cabaran demi cabaran oleh pemimpin-pemimpin UMNO Perak dilontarkan terhadap Anwar. Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato' Tajuddin Abdul Rahman mencabar Anwar datang bertanding di kawasannya.

Disebabkan Anwar juga ada menyebut Parlimen Tanjong Malim, saya secara peribadi juga telah membuat posting di twitter dan tagging beliau agar datang bertanding di sini. Lagipun Tanjong Malim adalah kerusi kuota bagi calon PKR, dan tidak perlu bagi Anwar merayu kepada DAP untuk bertanding di kerusi majoriti Cina seperti di Ipoh Timor.

Tweet saya pada 29 Mac 2013 menjemput Anwar bertanding di Tanjong Malim
Dengan pengumuman Anwar malam tadi untuk bertanding semula di Permatang Pauh, sudah pasti pengundi-pengundi di Bagan Datoh, Tambun, Lumut dan Tanjong Malim berasa kecewa. Kekecewaan mereka bukanlah kerana tidak berpeluang mendapatkan khidmat Anwar sebagai wakil rakyat, tetapi kerana tidak dapat 'memandikan' Anwar dalam pilihanraya nanti.

Harapan para pengundi Perak mahu menguburkan karier politik Anwar di bumi Perak kini tidak kesampaian. Anwar mungkin sudah menghidu sikap para pengundi di kawasan-kawasan yang disasarkannya di Perak. Mana mungkin untuk Anwar memperjudikan nasib dan rela menghadapi kekalahan, sedangkan cita-cita besarnya adalah untuk menjadi Perdana Menteri dan menguasai Putrajaya.

Jika Anwar kekal dengan keputusannya malam tadi untuk bertanding semula di Permatang Pauh, maka kempunanlah rakyat Perak mahu menamatkan angan-angan melangit pemimpin PKR itu. Bolehlah dikatakan bahawa rakyat Negeri Perak kini berputih mata.

Kini rakyat di seluruh negara yang cintakan kemakmuran dan keamanan menyerahkan tugas itu kepada para pengundi di Permatang Pauh pula, kawasan yang telah Anwar abaikan sejak sekian lama.

Ayuh kita kuburkan cita-cita politik Anwar Ibrahim!


03 April, 2013

FOTO : PM MENGADAP AGONG


Foto YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengadap DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong sebentar tadi.

Apakah PM akan mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

02 April, 2013

BN TERBAIK!! - MOF LULUS SEMUA RAYUAN BR1M 2.0

Satu berita yang terbaik diterima pagi ini daripada seorang pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - semua rayuan untuk mendapatkan BR1M 2.0 adalah diluluskan.

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) telahpun mengeluarkan arahan bagi tujuan ini, dan kelulusan ini termasuklah bagi kes-kes rayuan daripada pemohon yang telah mendapat BR1M 1.0 tetapi didapati tidak layak mendapat BR1M 2.0 sebelum ini.

"MoF akan mengeluarkan satu surat makluman bertarikh 3hb April 2013 sebagai pemberitahuan kelulusan kepada pemohon," tambah sms yang dihantar oleh Pegawai LHDN Teluk Intan, Encik Zainal Ahmad sebentar tadi.

Keputusan MoF yang diterajui Menteri Kewangan, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri ini sudah pasti menggembirakan banyak pihak dan menambahkan kesan positif kepada Kerajaan BN menjelang PRU13 nanti.

Sebelum ini, MoF telah menolak penerima berdasarkan laporan dan maklumat yang diperolehi daripada beberapa agensi, termasuklah LHDN dan bank-bank berhubung pendapatan isi keluarga pemohon yang dipercayai melebihi syarat kelayakan, iaitu di bawah RM3,000 sebulan.

Kesemua penerima BR1M 1.0 pada awal tahun lalu tidak mengisi borang permohonan semula bagi mendapatkan BR1M 2.0, kerana LHDN membuat penilaian berdasarkan rekod pemohon sebelum ini dan situasi pendapatan semasa.

Dalam masa terdekat, semua mereka akan menerima baucer RM500. Alhamdulillah. Terima kasih PM, terima kasih BN.

"1Malaysia!, Sokong Najib! Undi BN!"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

01 April, 2013

LAHAD DATU - TUJUH DIDAKWA

LAHAD DATU - Tujuh warga selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan  pengganas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di  hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.

Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.

Lima tertuduh didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121  Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan menjadi ahli kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Seorang lagi tertuduh menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 121, 130KA dan Seksyen 130E iaitu merekrut orang  sebagai ahli kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda dan Seksyen 130K iaitu melindungi orang yang melakukan perbuatan pengganas yang membawa  hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda jika sabit kesalahan.

Seorang lagi tertuduh pula menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 130KA.

Pendakwaan diketuai Ketua Unit Pendakwaan Sabah Jamil Aripin dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu Shukor Abu Bakar. Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Acara Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.

Sementara itu seorang anggota polis berpangkat Koperal juga didakwa di  tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara  maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ini menjadikan sehingga hari ini 16 orang didakwa di mahkamah. Pada 20 Mac lepas, lapan warga Filipina didakwa di tempat  sama mengikut Seksyen 121 dan Seksyen 130KA dan sehari selepas itu kes berkenaan disebut di Mahkamah Tinggi Tawau.

Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi 12 April ini bagi mengetahui perkembangan perbincangan Peguam Negara  dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat guaman yang akan diberikan kepada tertuduh. - Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

31 March, 2013

RAHSIA JACEL KIRAM IKUTI TWITTER ANWAR


'Princess' Jacel Kiram, anak perempuan 'Sultan' Jamalul Kiram 111, ketua perancang pencerobohan tentera Sulu ke atas Lahad Datu dan Semporna di Sabah mula membuka akaun twitternya sejak 13 Mac lalu.

Jacel sudah terbukti begitu celupar terhadap Kerajaan Malaysia setiap kali memberikan komennya mengenai peristiwa di Sabah, selain turut menyelar secara sinis Kerajaan Filipina pimpinan Benigno Aquino.

Biarpun baru 17 hari, akaun twitter Jacel ( @jacelkiram ) sudah mempunyai seramai 7362 pengikut (followers), dan 'puteri' itu telah membuat 21 tweets yang kebanyakannya menyentuh isu pencerobohan tentera Sulu di Sabah.

Jacel hanya mengikuti (following) enam rakan twetter. Dua daripadanya adalah akaun twetter yang dipercayai milik warga Filipina bernama Dennis Cabral Datu dan Edwin P. Salve. Dua yang lain adalah akaun twitter milik syarikat, Inquirer Group (Manila) dan UN Sys Staff College (Turin, Itali).

Mungkin beliau begitu meminati Jennifer Lopez, maka Jacel turut mengikuti akaun twitter penyanyi keturunan Latin yang seksi itu.

Yang terakhir, Jacel mengikuti twitter Anwar Ibrahim!

Jacel Kiram
Wah!! Agak menghairankan kenapakah Jacel begitu berminat mengikuti Anwar, ketua pembangkang di Malaysia yang sedang bercita-cita besar mahu menawan Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Apakah Jacel mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Anwar sememangnya mempunyai hubungan istimewa dengan ayahnya, 'Sultan' Jamalul Kiram 111? Atau Jacel mahu mengambil hati Anwar yang bakal menabalkannya menjadi 'Princess of Sabah' dalam sebuah kerajaan autonomi sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah Malaysia nanti?

Berdasarkan intimnya Jacel dengan Anwar sehingga menjadikan Ketua Umum PKR itu satu-satunya ahli politik di dunia ini yang diikuti melalui twitter, tidakkah boleh mereka dikaitkan mempunyai matlamat dan perancangan yang sama dalam peristiwa pencerobohan tentera Sulu di Sabah?

Apa yang pasti, Jacel dan keluarganya dilihat mempunyai hubungan yang cukup akrap dengan Anwar. Ibaratnya, melihat Anwar samalah dengan melihat Sultan Jamalul Kiram 111, Princess Jacel Kiram dan Nur Misuari.

Siapa taja Jacel naik jet peribadi?
Jacel pernah dilihat menaiki jet peribadi entah milik siapa, yang menimbulkan seribu tanda tanya kepada rakyat negaranya, bagaimana 'puteri raja' itu tiba-tiba menjadi kaya raya sedangkan 'ayahanda'nya mendapatkan rawatan dialisis hasil ehsan Jabatan Kebajikan Filipina.

Semua jawapannya ada dalam diri Princess Jacel Kiram. Jika ada sesiapa yang pandai menyanyi seperti Anwar, bolehlah dendangkan lagu kepada Jacel untuk mendapatkan jawapan pasti.

Tanya sama Jacel
Apa sebab senang
Nanti jawab Jacel
Anwar yang hidang??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.











28 March, 2013

INIKAH BUKTI FELDA BANKRUP?

Sebelum FGV disenaraikan di Bursa Malaysia, berdegar-degar suara pihak pembangkang menuduh langkah Felda itu akan membuatkan tanah para peneroka tergadai dan Felda sendiri akan bankrup.

Mazlan Aliman dan pertubuhannya, Anak telah berjaya mempengaruhi sebahagian kecil peneroka supaya membantah penyenaraian FGV, biarpun merekalah dahulu yang berada di barisan hadapan untuk menerima cek durian runtuh fasa pertama RM5,000 daripada tiga fasa yang telah dilangsaikan oleh Felda.

Rupanya benarlah anggapan Mazlan dan kuncu-kuncunya bahawa akan berlaku kebankraban dengan penyenaraian itu. FGV bukan sahaja dapat menyuntik dana RM61 juta ke dalam tabung amanah yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan para peneroka, malahan FGV juga telah dapat membayar zakat RM10 juta kepada tujuh buah negeri iaitu Sabah, Kelantan, Pahang, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Lebih 112,000 peneroka di seluruh negara yang masing-masing memegang 800 unit saham FGV, bakal menerima bonus kira-kira RM600 hasil keuntungan anak syarikat Felda itu, iaitu bayaran kali kedua. Tahun lalu mereka menerima kira-kira RM400.

Felda telahpun melunaskan pinjaman peneroka dengan pihak bank untuk 800 unit saham itu, di mana para peneroka hanya perlu membayar semula kepada Felda RM50 sebulan, yang hingga kini merka belum diminta berbuat demikian.

Yang bankrup rupanya bukan Felda, kerana mana ada dalam hukum Islam pihak yang bankrup perlu membayar zakat? Felda sudah sekian kali membayar zakat, kini FGV juga membayar zakat.

Yang bankrup rupa-rupanya Mazlan Aliman dan juak-juaknya, kerana mereka semakin bankrup idea untuk merudumkan keyakinan para peneroka terhadap Felda.

Saya harap Mazlan Aliman tidak melontarkan cabaran seperti mana yang telah dibuat oleh salah seorang peneroka yang berjaya beliau pengaruhi. Kata peneroka itu, "Kalau betul peneroka dapat durian runtuh tu, aku lari telanjang dari Besout 1 ke Besout 4". Apabila bayaran pertama durian runtuh RM5,000 disampaikan, peneroka inilah yang berbaris di hadapan untuk menerima cek berkenaan, dan terlupa dengan janjinya nak lari telanjang.

Kebimbangan saya, ramai yang mungkin akan termuntah melihat Mazlan Aliman lari tanpa seurat benang!

Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini http://www.feldavoice.com/?p=2093

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.