02 April, 2013

BN TERBAIK!! - MOF LULUS SEMUA RAYUAN BR1M 2.0

Satu berita yang terbaik diterima pagi ini daripada seorang pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - semua rayuan untuk mendapatkan BR1M 2.0 adalah diluluskan.

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) telahpun mengeluarkan arahan bagi tujuan ini, dan kelulusan ini termasuklah bagi kes-kes rayuan daripada pemohon yang telah mendapat BR1M 1.0 tetapi didapati tidak layak mendapat BR1M 2.0 sebelum ini.

"MoF akan mengeluarkan satu surat makluman bertarikh 3hb April 2013 sebagai pemberitahuan kelulusan kepada pemohon," tambah sms yang dihantar oleh Pegawai LHDN Teluk Intan, Encik Zainal Ahmad sebentar tadi.

Keputusan MoF yang diterajui Menteri Kewangan, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri ini sudah pasti menggembirakan banyak pihak dan menambahkan kesan positif kepada Kerajaan BN menjelang PRU13 nanti.

Sebelum ini, MoF telah menolak penerima berdasarkan laporan dan maklumat yang diperolehi daripada beberapa agensi, termasuklah LHDN dan bank-bank berhubung pendapatan isi keluarga pemohon yang dipercayai melebihi syarat kelayakan, iaitu di bawah RM3,000 sebulan.

Kesemua penerima BR1M 1.0 pada awal tahun lalu tidak mengisi borang permohonan semula bagi mendapatkan BR1M 2.0, kerana LHDN membuat penilaian berdasarkan rekod pemohon sebelum ini dan situasi pendapatan semasa.

Dalam masa terdekat, semua mereka akan menerima baucer RM500. Alhamdulillah. Terima kasih PM, terima kasih BN.

"1Malaysia!, Sokong Najib! Undi BN!"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Anonymous said...

Surat lulus permohanan dah dapat tapi kutipan baucer 500 tak disebutkan dalam kandungan surat itu.hanya di sebut"pejabat SUK atau jabatan pembangunan negeri akan menghubungi anda".apa maksud nya?-Karim

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.