09 August, 2012
DRB-HICOM - BANDAR AUTOMOTIF RM1B DI TANJONG MALIM
DRB Hicom Bhd bercadang membangunkan semula projek bandar automotif bernilai lebih RM1 bilion di yang tergendala sejak 15 tahun yang lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan, selepas melalui perbincangan dengan kerajaan negeri, DRB Hicom bersetuju untuk menjadikan kawasan seluas 4,000 ekar di Tanjung Malim sebagai pusat industri automotif.
“Syarikat berkenaan telah membentangkan pelan baru yang cukup komprehensif bagi menjadikan Tanjung Malim sebagai pusat pengeluaran utama Proton,” katanya.
Beliau juga dimaklumkan bahawa satu pasukan khas telah ditugaskan untuk melawat beberapa bandar automotif terbesar di luar negara seperti Jerman yang menjadi bandar pengeluar kereta berjenama Volkswagen.
Dengan adanya perancangan besar yang dikemukan DRB-Hicom, beliau percaya projek Proton City yang dilaksanakan di kawasan itu bakal menjadi salah satu mercu tanda setelah terbiar sekian lama.
“Saya percaya dengan pengurusan baru DRB-Hicom dan komitmen yang ditunjukkan juga begitu baik sekali,” ujarnya.
Dr Zambry berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK, dekat sini, hari ini.
Sementara itu, beliau katanya, pasti kesungguhan pengurusan DRB-Hicom yang ingin menjadikan Tanjung Malim sebagai pusat pengeluaran kereta dan bandar automotif mampu dilaksanakan.
Di samping itu, perbincangan mengenai keperluan mendirikan sekolah serta kemudahan pendidikan yang lain akan diadakan memandangkan berlakunya penambahan penempatan penduduk di situ.
“Kawasan 4,000 ekar itu termasuk kawasan Universti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan dijangka penduduk kampus mencapai 20,000 atau lebih ditambah dengan pembangunan hartanah oleh DRB melalui anak syarikatnya,” jelasnya lagi.
Sehingga kini, projek pembangunan di kawasan tersebut sudah mencapai hingga 30 peratus dan untuk pelaksanaan secara menyeluruh, DRB-Hicom memerlukan kawasan tanah yang baru untuk mendirikan kawasan komersial di Tanjung Malim.
Sumber : Perak Today
30 July, 2012
LAJIM UKIN DALAM KENANGAN
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, Janang Gayuh kaum Bisaya di Beaufort, Sabah dengan jelas telah menunjukkan haluan politiknya menjelang Pilihanraya Umum Ke-13. Beliau tidak lagi akan berada dalam kapal Barisan Nasional (BN), sebaliknya akan bersama Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang ditubuhkannya bersama seorang lagi Ahli Parlimen yang meninggalkan BN, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing. PPS hampir pasti akan bersekongkol dengan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Itulah politik Lajim sebenarnya. Bermula daripada 1985
ketika memenangi kerusi DUN Klias,sehinggalah semalam ketika
Ahli Parlimen Beaufort itu mengumumkan perletakan jawatannya daripada beberapa posisi penting BN dan
UMNO, Lajim adalah tokoh politik Sabah yang tidak punya rasa setia kepada parti
politik yang dianggotainya.
Mengenali Lajim sejak 1986 dan pernah menghasilkan buku
autobiografinya ketika saya di Sabah, beliau dilihat seorang ahli politik opportunis
yang sentiasa mengambil kesempatan yang menguntungkan dirinya sendiri, tanpa
menghiraukan kepentingan partinya.
Lajim bertanding atas tiket PBS di DUN Klias pada 1985
setelah hasratnya untuk menjadi calon parti Berjaya dipandang sepi oleh Datuk
Harris Salleh yang menjadi Presiden parti dan Ketua Menteri Sabah ketika itu.
Beliau menang dan kemudiannya menjadi anak emas kepada Presiden PBS, Datuk
Joseph Pairin Kitingan (kini Tan Sri).
Pairin mengangkat Lajim ke jawatan penting bermula daripada
Pembantu Menteri hinggalah Menteri penuh dalam Kerajaan PBS. Sepanjang di dalam Kerajaan PBS, Lajim
bercita-cita besar untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri yang mewakili kuota
Bumiputera-Islam, tetapi hasrat beliau itu selalu dibayangi oleh seorang lagi
anak emas Pairin, iaitu Datuk Bahrom Abu Bakar Titingan, pemimpin suku kaum
Suluk dari Tawau. Kaum Suluk, yang hampir keseluruhannnya beragama Islam adalah
suku kaum Bumiputera-Islam yang terbesar di Sabah, mengatasi kaum Bisaya.
Selepas Pilihanraya Negeri 1990, biarpun Bahrom tewas di
Balung atas tiket PBS, tetapi Pairin masih melantiknya ke jawatan ADUN dan
mengekalkan jawatannya selaku Timbalan Ketua Menteri mewakili Bumiputera-Islam yang menyebabkan
Lajim mengamuk semasa upacara angkat sumpah di Istana. Lajim ketika itu menang
di Klias menewaskan calon USNO, Azizah Mohd Dun dengan majioriti 791 undi.
Sepanjang penguasaan PBS di Sabah, bukan rahsia lagi berlaku
perebutan jawatan penting antara Lajim dan Bahrom bagi kuota Bumiputera-Islam,
samalah keadaannya di antara Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Chau Tet On bagi
kuota kaum Cina. Dalam setiap kali pertandingan, kemenangan berpihak kepada
Bahrom. Teck Lee pula berjaya menewaskan Tet On yang kemudiannya mengerakkan MCA di Sabah.
Lajim memendam rasa sejak sekian lama di dalam
PBS, walaupun beliau memegang jawatan Menteri dalam kabinet Pairin. Sebaliknya Teck
Lee bertindak menjelang Pilihanraya Negeri Sabah pada 1994 dengan meninggalkan
PBS dan menubuhkan Parti Maju Sabah
(SAPP). Tindakan Teck Lee itu agak menghairankan kerana beliaulah antara individu yang kuat mempengaruhi Pairin supaya membawa PBS keluar daripada BN menjelang Pilihanraya Umum 1990.
Lajim, walaupun menang sekali lagi kerusi DUN Klias dalam Pilihanraya Negeri 1994, telah mula
menunjukkan reaksi untuk mengkhianati PBS dan Pairin. Bukan rahsia lagi ketika ADUN-ADUN
PBS berkampung di Sri Gaya, kediaman rasmi Ketua Menteri dalam peristiwa di
luar pintu pagar Istana sebaik selesai pilihanraya itu, Lajim sudah menghantar
mesej mahu meninggalkan PBS dan melompat ke BN. Dalam pilihanraya tersebut, PBS
menang tipis dengan 25 kerusi, berbanding 23 dimenangi BN.
Ketika itu Pairin menunggu dalam kereta di luar pintu pagar
Istana selama 36 jam bersama penyokong-penyokong PBS untuk masuk mengangkat
sumpah Ketua Menteri di hadapan Yang Di-Pertua Negeri Sabah ketika itu, Tun Haji
Said Keruak. Lajim yang berada di Sri Gaya dalam keadaan ‘terkurung’ bersama
ADUN-ADUN PBS yang lain berjaya meloloskan mesej untuk mengkhianati partinya
itu yang menjadi antara sebab upacara angkat sumpah Ketua Menteri tertangguh.
Ketika itu, Lajim sudah merasakan bahawa keinginannya untuk
menjadi Timbalan Ketua Menteri bagi kuota Bumiputera-Islam tidak akan
kesampaian kerana anak Tun Mustapha, Datu Amirkahar juga turut menang di DUN
Banggi atas tiket PBS. Jelas, Pairin melantik Amirkahar selaku Timbalan Ketua
Menteri bagi kuota Bumiputera-Islam yang meningkatkan api kemarahan Lajim
terhadap Pairin dan PBS.
Biarpun Pairin berjaya mengangkat sumpah sebagai Ketua
Menteri, kekuasaannya tidaklah kekal lama apabila Lajim bertindak melompat ke
parti UMNO bersama dengan ADUN Kemabong, Rubin Balang dan ADUN lantikan, Haji
Zaini Md Isa.
Biarpun jasa Lajim dilihat begitu besar hingga menyebabkan
peralihan kuasa daripada PBS kepada BN di Sabah, tetapi dia menyimpan cita-cita
pula untuk menjadi pemimpin nombor satu Sabah, iaitu sebagai Ketua Menteri
dalam sistem penggiliran jawatan itu yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri
ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Penggiliran pertama pastinya bukan
milik beliau kerana Tun Sakaran Dandai lebih senior dan mempunyai hairaki
kepimpinan yang lebih kanan dalam UMNO Sabah. Selepas 11 bulan, atas faktor kesihatan, Tun
Sakaran melepaskan jawatan itu tetapi kuota UMNO itu tidak singgah kepada
Lajim, sebaliknya Datuk Salleh Tun Said Keruak dilantik.
Selepas Yong Teck Lee dan Tan Sri Bernard Giluk Dompok
mengambil giliran bagi kuota Cina dan Bumiputera Bukan-Islam, jawatan itu tidak
jatuh juga kepada Lajim, tetapi kepada Datuk Osu Sukam. Selepas digilirkan kepada Dato’ Chong Kah
Kiat, kemarahan Lajim semakin membuak-buak apabila jawatan idamannya itu jatuh
pula ke tangan Datuk Musa Aman yang menjadi Ketua Menteri Sabah sejak Mac 2003
hingga sekarang.
Ketika ini Lajim mempersalahkan semua pihak. Baik Musa yang dilihat menjadi musuh ketatnya dalam politik Sabah, mahupun Perdana
Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang diwar-warkan tidak akan
mencalonkan lagi Lajim dalam Pilihanraya Umum akan datang.
Lajim tidak boleh menerima hakikat bahawa karier politiknya
sudah sampai ke dinding. Sikapnya yang
tidak istiqamah kepada perjuangan parti sudah dapat dihidu sejak beberapa tahun
lalu. Ugutan kepada pucuk pimpinan parti bukanlah cara yang baik bagi
kelangsungan politik peribadi.
Lajim kini mahu mencari landasan lain untuk meneruskan
kerier politiknya. Bagi Lajim, sejak
sekian lama hidup dan matinya adalah bergantung kepada politik. Selaku ahli
politik opportunis, beliau sentiasa merangka langkah politik yang boleh
menguntungkannya.
Perhitungan Lajim meninggalkan Berjaya dan bertanding atas
tiket PBS terbukti mengena pada cita-cita politiknya apabila PBS menang dalam
Pilihanraya Negeri 1985. Tindakannya meninggalkan PBS dan melompat ke UMNO juga
ternyata mengena sehingga membolehkan BN mengambil alih pemerintahan Kerajaan
Negeri Sabah dari PBS pada 1994 dan seterusnya menyambung nasib politik beliau.
Entah apalah pula perhitungan dan bacaan politik Lajim kali ini
sehingga sanggup meninggalkan BN dan mahu bersekongkol pula dengan PR. Tetapi
Lajim perlu akui pepatah Melayu akan tiba ke atas dirinya – sepandai-pandai
tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Hari ini Kabinet akan membuat keputusan terhadap kedudukan
Lajim, sebagaimana dinyatakan oleh Najib semalam. Setelah tokoh Bisaya itu
mengumumkan perletakan pelbagai jawatannya dalam UMNO dan BN, apalah gunanya
lagi beliau duduk di kerusi Timbalan Menteri Kerajaan Persekutuan. Apa gunanya
juga beliau kekal menjadi ahli UMNO.
Pecatlah sahaja Lajim, kerana kaum Bisaya di Sabah selama
ini menyokong Lajim bukan kerana dirinya, tetapi kerana parti yang diwakilinya.
Lajim akan menjadi seperti Yong Teck
Lee, yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai paramount leader (pemimpin agung) kepada kaum
Cina di Sabah, tetapi akhirnya tersungkur dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi, Sandakan
yang majoriti pengundinya di kalangan kaum tersebut. Ironinya, Teck Lee tewas di tangan seorang wanita
yang tidak menonjol dalam arena politik Sabah.
Akan muncul Janang Gayuh yang baru bagi kaum Bisaya di Beaufort. Lajim akan menjadi
kenangan dalam lipatan sejarah politik Sabah selepas PRU-13 nanti.
11 July, 2012
495 ISTERI PENEROKA FELDA BESOUT 2 KUMPULAN PERTAMA TERIMA DURIAN RUNTUH RM5,000
"SLIM RIVER - Seramai 495 isteri peneroka Felda Gunung Besout
2 dekat sini dipercayai menjadi kumpulan pertama dari seluruh tanah rancangan
yang menerima durian runtuh Fasa 2 pagi ini.
Setiap mereka menerima cek RM5,000 yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.
Rata-rata mereka merasa terkejut kerana dalam ucapan pengurus Felda Besout 2, Encik Fadhil Mansor sebelum itu berkata cek durian runtuh itu hanya akan disampaikan beberapa hari lagi setelah mendapat keputusan mesyuarat antara Pengurus Besar Wilayah (RGM) seluruh negara hari ini.
Mohd Khusairi menyampaikan berita yang menggembira para isteri peneroka itu, setelah beliau mengetahui bahawa cek-cek berkenaan sudah ada di pejabat pengurus rancangan dan telah mendapat lampu hijau daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan sejurus sebelum memulakan ucapan.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim hadir ke program perhimpunan bulanan peneroka (roll-call) tanah rancangan itu pagi ini bagi menyampaikan cek peruntukan RM100,000 untuk membina menara Masjid Saidina Umar Al-Khattab yang telah diluluskan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada April lalu.
Setiap mereka menerima cek RM5,000 yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.
Rata-rata mereka merasa terkejut kerana dalam ucapan pengurus Felda Besout 2, Encik Fadhil Mansor sebelum itu berkata cek durian runtuh itu hanya akan disampaikan beberapa hari lagi setelah mendapat keputusan mesyuarat antara Pengurus Besar Wilayah (RGM) seluruh negara hari ini.
Mohd Khusairi menyampaikan berita yang menggembira para isteri peneroka itu, setelah beliau mengetahui bahawa cek-cek berkenaan sudah ada di pejabat pengurus rancangan dan telah mendapat lampu hijau daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan sejurus sebelum memulakan ucapan.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim hadir ke program perhimpunan bulanan peneroka (roll-call) tanah rancangan itu pagi ini bagi menyampaikan cek peruntukan RM100,000 untuk membina menara Masjid Saidina Umar Al-Khattab yang telah diluluskan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada April lalu.
| Mohd Khusairi menyampaikan cek kepada Pengerusi Masjid Felda Besout 2 |
Dalam ucapannya, Mohd Khusairi berkata beliau bersimpati
melihat kehadiran hampir keseluruhan isteri peneroka tanah rancangan itu,
kerana beberapa hari lalu ada yang menghebahkan kononnya cek durian runtuh akan
disampaikan dalam program berkenaan.
“Biarlah saya mendahulukan keputusan mesyuarat RGM dan bertanggungjawab atas perkara ini demi menggembirakan isteri-isteri peneroka yang begitu berharap untuk mendapatkan cek itu hari ini. Saya minta cek itu diserahkan hari ini juga,” katanya dalam ucapan disambut sorakan dan tepukan gemuruh.
Ketika berucap melancarkan prospektus saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) pada 31 Mei lalu, Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak memberitahu bahawa penyampaian wang durian runtuh Fasa 2 kepada isteri-isteri peneroka akan dilaksanakan pada 7 Julai bersempena sambutan Hari Peneroka 2012 dan perasmian Menara Felda.
“Biarlah saya mendahulukan keputusan mesyuarat RGM dan bertanggungjawab atas perkara ini demi menggembirakan isteri-isteri peneroka yang begitu berharap untuk mendapatkan cek itu hari ini. Saya minta cek itu diserahkan hari ini juga,” katanya dalam ucapan disambut sorakan dan tepukan gemuruh.
Ketika berucap melancarkan prospektus saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) pada 31 Mei lalu, Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak memberitahu bahawa penyampaian wang durian runtuh Fasa 2 kepada isteri-isteri peneroka akan dilaksanakan pada 7 Julai bersempena sambutan Hari Peneroka 2012 dan perasmian Menara Felda.
“Terima kasih kepada wakil rakyat kami kerana berusaha supaya cek tu disampaikan kepada kami pada hari ini. Terima kasih juga kepada Perdana Menteri kerana telah mempertimbangkan supaya kami isteri peneroka juga menerima durian runtuh RM5,000 ini,” katanya yang juga Pengerusi GPW tanah rancangan berkenaan.
Puan Masnah Othman, 48 yang juga isteri peneroka turut bersyukur menerima cek durian runtuh itu hari ini dan berhasrat untuk menyimpan wang berkenaan dalam akaun Tabung Haji miliknya." - Berita Felda
08 July, 2012
ORANG ASLI SUNGAI TERAS 2004 DAN KINI
![]() |
| Tok Batin Kuloh A/L Bah Rintih menyambut tetamu dengan tarian sewang. |
'Dewan' terbuka mereka juga dibuat dari bahan-bahan tradisional tersebut, dan lantainya adalah tanah tanpa simen. Tidak ada kerusi plastik seperti kebiasaannya, melainkan pangkin dahan kayu yang diikat ke tiang dengaan kulit pokok.
Itulah keadaannya ketika saya mula-mula menjejakkan kaki ke Kampung Sungai Teras ketika dalam kempen Pilihanraya Umum ke-11 pada Februari 2004 seperti digambarkan oleh dua foto di bawah.
![]() |
| 2004 - Batin Kuloh menyampaikan cenderahati kepada saya. Lihatlah 'dewan'nya. |
![]() |
| 2004 - Anak-anak Orang Asli yang bercangkung di lantai tanah. Kini usia mereka sudah menjangkau 18 tahun. |
Sebulan selepas itu mereka menerima binaan berasaskan batu yang pertama, iaitu jalan kampung bertar di sekitar kawasan penempatan dengan kos kira-kira RM30,000. Setahun kemudian, 20 buah rumah PPRT dibina daripada peruntukan kerajaan yang disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).
Pada 2006, penduduk Kampung Sungai Teras menerima sebuah dewan orang ramai dengan kos RM50,000 seperti dalam foto terawal di atas. Dewan itu dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika itu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang berkunjung di kampung tersebut.
Kini beberapa lagi program pembangunan diwujudkan di Kampung Sungai Teras. Namun projek pembangunan tidak berhenti di situ sahaja. Lebih banyak lagi kemudahan awam akan dinikmati oleh masyarakat Orang Asli suku kaum Semai itu apabila siapnya projek pembinaan jalan Besout ke Kuala Slim sepanjang 11.2 km yang jajarannya berhampiran perkampungan berkenaan.
Tahniah kepada Tok Batin Kuloh a/l Bah Rintih yang memimpin Kampung Sungai Teras sejak 2004 lagi. Anak-anak berusia 10 tahun yang saya temui lapan tahun lalu kini sudah muda remaja dan ada yang sudah berumahtangga.
Beberapa bulan lalu sekumpulan pendokong parti PKR memasuki kampung ini. Dengan berbekalkan sekampit beras untuk setiap keluarga, kumpulan ini cuba meracuni pemikiran masyarakat orang asli dan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kononnya tidak berbuat apa-apa untuk masyarakat Orang Asli.
Tetapi ternyata masyarakat Orang Asli di sini dengan jelas melihat jasa BN di sekitar mereka sejak lapan tahun lalu. Sebagai wakil yang telah mereka pilih sejak 2004, hati saya berasa puas melihat perubahan yang wujud di Kampung Sungai Teras sehingga kini.
Lihatlah kegembiraan mereka di bawah dalam kunjungan saya petang tadi bersama Ahli Parlimen Tanjong Malim, Dato' Seri Ong Ka Chuan.Tidak hairanlah jika lebih 80 pengundi di situ melaungkan ikrar akan terus menyokong BN dalam PRU-13 nanti.
![]() |
| Pertandingan menganyam atap |
![]() |
| Pertandingan menyumpit |
![]() |
| Anak-anak generasi Kampung Sungai Teras |
![]() |
| Batin Kuloh sedang menerima sumbangan. |
WISMA FELDA MENUTUP MULUT PEMBANGKANG
Kira-kira jam 9.00 malam tadi, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak merasmikan Wisma Felda, bangunan setinggi 50 tingkat terletak di wilayah segitiga emas ibukota Kuala Lumpur. Bangunan berhampiran menara berkembar KLCC itu dibina dengan kos RM700 juta, dan nilainya kini melebihi RM900 juta.
Mercu tanda baru di Kuala Lumpur ini menjadi kebanggaan warga Felda, khususnya para peneroka yang telah berpuluh tahun membanting tulang dan hidup serba marhaen pada peringkat awalnya. Inilah transformasi paling nyata yang dilakukan oleh Dato' Seri Najib terhadap Felda, selain penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) di Bursa Saham Malaysia pada 28 Julai lalu.
![]() |
| Dato' Seri Najib ketika berucap merasmikan Wisma Felda sempena Sambutan Hari Peneroka 2012 |
Wisma Felda adalah manifestasi ketekunan Felda, pelengkap kepada ilham Allahyarham Tun Abdul Razak yang mengasaskan LKTP (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) 56 tahun lalu, lambang globalisasi Felda yang ingin dibawa oleh anaknya selaku menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda dan lebih dari itu, ianya adalah ganjaran titik peluh dan kesabaran lebih 112,000 peneroka selama ini.
![]() |
| Gemerlapan pancaran bunga api mengiringi perasmian Wisma Felda |
Felda dibangunkan atas semangat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar dan memberi peluang mereka memiliki tanah. Idea asal ini telah berkembang begitu pesat di bawah kelolaan Dato' Seri Najib sehingga membawa Felda ke persada antarabangsa.
Idea inilah yang tidak wujud dalam parti pembangkang dan pakatannya. Idea yang berligar di kepala mereka adalah bagaimana mencari jalan untuk merudumkan Felda, lantas itu dijadikan sebagai senjata untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.
Pembangkanglah sebenarnya sudah bankrap. Mereka bankrap idea dan isu.
05 July, 2012
UNCLESEEKERS DITAHAN. SYABAS POLIS. DAULAT TUANKU!!
JOHOR BAHRU 5 Julai - Pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers yang didakwa mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di dalam blognya baru-baru ini ditahan di Plaza Tol Senawang malam tadi.
Difahamkan, dia ditahan oleh polis dari kontinjen Johor pada pukul 9.45 malam dan kini dibawa ke negeri ini dipercayai bagi siasatan lanjut ekoran laporan dibuat sekumpulan 30 individu mengenai tulisannya itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, 1 Julai lalu.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung perkara itu hari ini. - UTUSAN


.jpg)













