![]() |
| Lengang jalan di depan UPSI, tempat SMM berdemontrasi dan berbaring di atas jalan awal pagi tadi |
![]() |
| Klinik Syifa ditutup rapat |
![]() |
| Pintu utama UPSI |
![]() |
| Pintu masuk di belakang UPSI |
Walaupun dikhabarkan kumpulan mahasiswa pro-SMM mahu berdemontrasi dan menyerbu UPSI lagi malam ini, namun tinjauan di sekitar pusat pengajian tinggi terulung negara yang terletak di Tanjong Malim itu nampak tenang pada jam 11.15 tadi.
Suasana di sekitar pintu utama UPSI agak sepi. Begitu juga di pintu masuk belakang. Klinik Syifa, klinik keluarga saya, yang dipecah masuk oleh penunjuk perasaan awal pagi semalam ditutup rapat, biarpun kebiasaannya dibuka selama 20 jam setiap hari.
Harapan kita semua supaya tidak ada lagi demontrasi seumpamanya di sekitar UPSI yang sebelum ini sentiasa damai. Semoga siswa-siswi yang berdemontrasi awal pagi tadi telah sedar bahawa sikap mendesak keterlaluan seperti itu tidak mendatangkan apa-apa keuntungan.
Kembalilah kepada tujuan hakiki sebagai mahasiswa, menimba ilmu secukupnya di menara gading dan keluar sebagai graduan cemerlang dan bermaruah bagi sama-sama membangunkan negara di bawah kepimpinan Barisan Nasional yang sentiasa adil dan saksama.
Jauhkan diri daripada menjadi alat pemimpin pembangkang yang sudah lemas dengan isu dalaman parti dan peribadi.
Salam TSB untuk semua!!














