Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming cuba menegakkan benang yang basah. Setelah terhantuk baru terngadah. Ceramahnya di atas menjelaskan segaja-galanya samada perkataan 'hitam metalik' itu merujuk kepada kerajaan Negeri Perak yang kononnya diambil alih secara haram, atau pun perkataan itu merujuk kepada warna kulit Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir.
Dalam kenyataan akhbar Kor Ming ketika meminta maaf atas isu ini, ADUN Pantai Remis itu memadamkan perkataan 'jadah' dan hanya menyebut 'haram' sahaja. Perkataan 'haram jadah' begitu teruk bunyinya, makian yang jika si kena maki ada di depan, pastinya ketika itu juga yang memaki menerima penangan buku lima.
Tapi lihatlah wajah-wajah di atas di sekeliling Kor Ming. Mereka bertepuk sorak apabila warna kulit pemimpin sebangsa seagama dihina, dan dimaki pula dengan bahasa yang cukup kesat dalam khamus adab sopan orang Melayu.Apa pula perasaan pemimpin-pemimpin DAP berbangsa India? Pemimpin-pemimpin NGO berkulit gelap? Rakyat Malaysia yang kulitnya tak secerah Kor Ming?
Samada permohonan minta maaf Kor Ming diterima atau tidak, terpulanglah kepada rakyat menilainya dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Apa yang jelas, sikap Kor Ming adalah manefistasi sebenar sikap rasis majoriti pemimpin DAP.
0 comments:
Post a Comment