11 November, 2010

JENTERA UMNO PERAK DI GALAS


Jentera Pilihanraya UMNO Negeri Perak telah ditugaskan membantu Peti Undi Bihai dan Peti Undi Belatim dalam Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri N45 Galas. Seramai 28 orang menganggotai jentera UMNO Perak yang mula bertugas sepenuh masa sejak 24 Oktober sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur. Bagi pihak Badan Perhubungan UMNO Perak, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua. Pahit dan manis menjadi asam garam ketika berjuang. Yang pasti keputusan yang dicapai (seperti di bawah) menceritakan keberkesanan gerak kerja kita semua.

Setiap keping foto di bawah ini menceritakan seribu ayat.

Sebahagian jentera UMNO Perak bergambar bersama masyarakat Orang Asli Kampung Tendrik

KUNJUNGAN AWAL (10 & 11 OKTOBER 2010)


Suasana di Kampung Tendrik, Bihai (10 Oktober 2010)


Makan tengahari di sungai berhampiran Kampung Chemal, Belatim



Bersama penduduk Belatim bergotong-royong membersih kawasan. Di sini menjadi pusat pembuangan undi Peti Undi Belatim

Tersangkut dalam perjalanan pulang dari Belatim ke Bihai. UMNO Perak mengeluarkan sedikit peruntukan membaikpulih laluan ini

 CABARAN LUMPUR DAN JURANG KE POS BIHAI DAN BELATIM
Pazli dan Wak Nuar menukar tayar lipan yang hanya sesuai untuk masuk ke Bihai dan Belatim
Jalan berlumpur ketika hujan adalah fenomena dan cabaran yang perlu ditempuh
Jurang yang cukup dalam di kanan jalan
Bersama Sdr Pazli Abdulah Sani (Setiausaha Jentera UMNO Perak) menyeberang sungai ke Pos Belatim
 
DI DAPUR RUMAH PERAK
Encik Anuar (berbaju merah) yang menjadi ketua chef. Walaupun memasak ala-tentera, tetapi sedap!
Dinner di Rumah Perak, Kampung Tendrik
Menyediakan nasi bungkus untuk jamuan rakyat

MENONTON SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA (KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN) MELALUI ASTRO DI RUMAH PERAK 

Meraikan gol pasukan Kelantan

KUNJUNGAN YAB MB PERAK KE PETI UNDI BIHAI
(31 OKTOBER 2010)


Rombongan MB bertembung dengan konvoi dari Perak yang berkelah
MB menandatangani plak perasmian dua gelanggang sepaktakraw sumbangan UMNO Perak untuk Kampung Tendrik dan Kampung Belatim
 
Team MB Perak melawan Team Pemuda Kampung Tendrik diadili Dato' Yusof Kassim. Team MB Perak tewas 15-13. Satu set saja sebab kasut tak sesuai. :)
Berat tu Wak!!

Bergambar di pintu masuk Kampung Tendrik



Bertembung dengan Dato' Ramli Zahari bersama anak buahnya pemuda Orang Asli dari Kampung Chemal

MENDAPATKAN BEKALAN MAKANAN 
DARI PEKAN GUA MUSANG




Berhenti makan nasi dagang bungkus yang dibeli di Gua Musang

SUKAN RAKYAT






MALAM MESRA BUDAYA DI KAMPUNG BELATIM
Menyampaikan hadiah pertandingan karaoke. Kelihatan YB Dato' Tarmizi Idris (Pak Tok) yang menjadi Ketua Zon Peti Undi Belatim dan penyanyi popular masyarakat Orang Asli, Itam Jelmol.
Penyanyi popular Orang Asli, Kajol.


GERAK KERJA DI PETI UNDI BELATIM

Haji Saidin (Penolong Setiausaha Jentera) memberi taklimat kepada ketua-ketua perkampungan Orang Asli di Peti Undi Belatim. Haji Saidin boleh bertutur bahasa suku Temiar, sama seperti Pazli yang bercakap macam ayor.
Bergambar bersama ketua-ketua perkampungan Orang Asli di pintu masuk Kampung Belatim
Bersama Pak Tok Tarmizi dan Encik Harun menyampaikan hamper makanan ke rumah-rumah penduduk

1Malaysia!!

CABARAN KE KAMPUNG LALOK

(Dua foto di atas) Perjalanan ke Kampung Lalok untuk menghantar bekalan makanan hanya boleh mencecah tiga suku jalan sahaja. Hampir setahun kampung ini tidak dimasuki kenderaan empat roda.
Jambatan menghala ke Kampung Lalok
DI PERKEMAHAN PENGUNDI SEHARI SEBELUM PEMBUANGAN UNDI

Melihat keadaan seorang kanak-kanak yang baru menjalani pembedahan
Bersama Wak Nuar membantu memasak makan malam untuk pengundi dan keluarga mereka dari Kampung Bihai Lama
Memberi taklimat akhir cara membuang undi kepada pengundi muda di Kampung Hau

Perkhemahan pengundi dari Kampung Sau
HARI PENGUNDIAN (4 NOVEMBER 2010)

Pazli dan Angah Along (Ketua Cawangan Belatim)
Menerima berita kemenangan melalui siaran Astro di Rumah Perak, Kampung Tendrik
Jamuan kesyukuran dan doa selamat atas kemenangan
Post-mortem dan mesyuarat akhir Jentera UMNO Perak

BERKEMAS UNTUK PULANG




Foto kenangan sebelum berpisah dengan penduduk Kampung Tendrik
Perjalanan pulang setelah selesai tugas (5 November 2010)
Bergambar di hadapan pejabat Felcra Panggung Lalat, Gua Musang setelah selamat keluar dari Bihai dan Belatim


KEPUTUSAN DI PETI UNDI BIHAI DAN BELATIM

PETI UNDI BIHAI


PERATUS %
JUMLAH PENGUNDI
267

MENGUNDI BN
 233
87.00
MENGUNDI PAS
5
1.87%
UNDI ROSAK
6
2.24%
TIDAK KELUAR MENGUNDI
23
8.61%

PETI UNDI BELATIM



PERATUS %
JUMLAH PENGUNDI
160

MENGUNDI BN
117
73.10%
MENGUNDI PAS
9
5.62%
UNDI ROSAK
5
3.12%
TIDAK KELUAR MENGUNDI
29
18.12%


Apa kata satu blog pendokong PAS? Lihat DI SINI.

09 November, 2010

PROJEK JALAN BESOUT-KUALA SLIM TERTANGGUH LAGI


Projek pembinaan jalan baru Felda Gugusan Besout ke Kuala Slim sejauh 11 km tertangguh lagi buat kali kedua. Kerja-kerja pembinaan jalan ini yang terletak dalam Parlimen Tanjong Malim dan Dewan Undangan Negeri Slim dimulakan pada Julai 2008 dan sepatutnya siap dalam tempuh 2 tahun. Tetapi setelah tertanggung kali pertama selama 8 bulan pada Ogos 2009 hingga April 2010, tidak nampak bayangnya ia boleh disiapkan pada jadual baru iaitu pada April 2011 setelah penangguhan kali kedua sejak lebih sebulan lalu.

Projek ini pada mulanya berharga RM46 juta dan setelah ditangguhkan nilainya meningkat kepada harga syiling RM50 juta. Nilainya menjadi hampir RM60 juta jika dicampurkan dengan pampasan yang telah dilangsaikan kepada 40 pemilik tanah terdiri dari peneroka Felda Gunung Besout 2 dan Felda Gunung Besout 3, selain pemilik tanah pinggir berkelompok, sebilangan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Teras dan tanah milik Felda Plantation. Ini angka yang cukup besar bagi pembinaan jalan sejauh 11 km.


Projek ini telah saya cadangkan pada tahun 2005, kira-kira setahun setelah saya dipilih selaku Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Slim pada Pilihanraya Umum 2004. Pembinaan jalan ini boleh mendekatkan jarak antara Felda Gugusan Besout ke Slim River daripada kira-kira 50 km kepada hanya 17 km, jika dicampurkan jalan sedia ada sepanjang 6 km dari Kampung Kuala Slim ke bandar berkenaan. Perjalanan yang kini memakan masa selama 45 minit boleh dijimatkan kepada hanya sekitar 15 minit.

Penduduk Felda Gugusan Besout yang mempunyai populasi hampir 20,000 orang kebanyakannya berurusan di Slim River sebagai bandar pentadbiran kerana di sini terletaknya Pejabat Daerah dan Tanah Slim River, Hospital Daerah, Pusat Kesihatan Daerah, Pejabat Pendaftaran Daerah, Pejabat Agama Daerah, Ibupejabat Polis Daerah Tanjong Malim, pejabat bomba, pejabat wakil rakyat, bank, klinik, stesyen KTM, supermarket, pasar basah, stesyen bas dan lain-lain. 

Jalan ini juga mendekatkan Felda Gugusan Besout ke bandar Tanjong Malim yang menempatkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Bandar Proton, Politeknik Sultan Idris Shah dan Institut Tadbir Tanah Negara (INSTUN). Sebab itulah pembinaan jalan baru ini begitu dinanti-nantikan oleh mereka.

Ketika membuat dua lawatan setelah kerja-kerja dilaksanakan semula selepas ditangguhkan selama lapan bulan pada Ogos lalu, saya menaruh sedikit keyakinan bahawa projek ini boleh disiapkan pada jadual baru iaitu pada April 2011. Harapan ini diberikan oleh pengarah urusan Azam Teknik Sdn Bhd, kontraktor dari Negeri Kedah yang melaksanakan projek ini. Begitu juga harapan yang diberikan oleh Jurutera JKR Daerah dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah pada Ogos lalu.

LAWATAN SAYA PADA 15 OGOS 2010





LAWATAN MENGEJUT 26 OGOS 2010
(3 jam selepas letupan bom memecahkan batu) 







Dalam perbualan telefon terbaru saya dengan pihak kontraktor tiga hari lalu, beliau meletakkan faktor ketidaksepakatan antara pihaknya dengan JKR mengenai kuantiti tanah, khususnya kerja-kerja pemecahan batu bagi meruntuhkan sebuah bukit yang menjadi jajaran jalan berkenaan. Menurutnya tuntutan bayaran tambahan berkaitan kerja-kerja berkenaan tidak dipersetujui oleh JKR Negeri, menyebabkan beliau selaku kontraktor terpaksa sekali lagi bertindak menghentikan kerja dan membawa jenteranya keluar dari tapak projek.

Apapun, saya mengharapkan jalan penyelesaian dapat diambil segera oleh pihak kontraktor dan JKR. Dalam soal ini, saya meminta Pengarah JKR Negeri Perak supaya terlibat secara langsung dalam mengatasi masalah berkenaan. Sebagai penjawat yang boleh membuat keputusan, beliau sewajarnya mempengerusikan setiap mesyuarat berkaitan projek ini.

Sudah pastinya isu ini akan menjadi topik utama saya dalam perbahasan Bajet Negeri Perak dalam Sidang DUN Perak bermula pada 30 November ini.  Sehingga tarikh berkenaan, saya mahu mendengar satu keputusan positif berkaitannya, dan semoga ada tanda kerja-kerja di tapak projek dijalankan semula. Berpeganglah kepada semangat 1Malaysia – rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

26 October, 2010

TIGA PENJURU DI P185 BATU SAPI

 

Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Datin Tsen Thau Lin (BN-PBS), Umsery @ Ansari Abdullah (PKR) dan Yong Teck Lee (SAPP).    

 

Seramai 25,582 pengundi akan menentukan nasib ketiga-tiga calon berkenaan di hari pengundian pada 4 November nanti, termasuk seramai 1,535 pengundi pos. Mengikut pecahan kaum, seramai 15,099 atau 59% adalah pengundi Bumiputera Islam, 9,737 (38%) pengundi Cina, 689 (2.69%) Bumiputera bukan-Islam dan 57 (0.22%) lain-lain. 


Pilihanraya kecil ini diadakan berikutan kematian Datuk Edmund Chong Ket Wah pada 9 Oktober lalu akibat kemalangan jalanraya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Panglima Haji Musa Haji Aman yang juga Pengarah Pilihanraya Kecil P185 Batu Sapi mengiringi calon ke pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Sandakan bermula jam 9.00 pagi. 

Antara pemimpin parti komponen Barisan Nasional yang kelihatan hadir ialah Dato' Seri Joseph Pairin Kitingan (PBS), Tan Sri Joseph Kurup (PBRS), Tan Sri Bernard Gilok Dompok (UPKO), Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek (MCA), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Gerakan), Dato' Seri Samy Vellu (MIC) dan Dato' M. Kayveas (PPP).