Petang tadi sempat berkunjung ke 10 buah rumah dalam program 'Ziarah Ramadhan' di Kampung Kuala Slim, sebuah kampung tradisional dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Slim, Perak yang saya wakili.
Baru-baru ini Kampung Kuala Slim dinobatkan sebagai juara pertandingan Anugerah Desa Perdana 2017 Peringkat Negeri Perak. Tahniah saya ucapkan.
Sebagai wakil Negeri Perak ke pertandingan ADP2017 Peringkat Kebangsaan, Kuala Slim kini menjadi tumpuan pelbagai pihak yang datang bagi membantu persiapan. Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri juga turut sama menghulurkan bantuan daripada pelbagai sudut.
Program ziarah sempena bulan Ramadhan telah saya lakukan sejak lebih 10 tahun lalu, termasuk ke Kampung Kuala Slim. Selain sedikit sumbangan wang raya, warga uzur yang saya kunjungi turut menerima kotak makanan yang disediakan oleh Yayasan Bina Upaya (YBU) Negeri Perak. Bukan sangat pada nilai pemberian, tetapi lebih penting adalah atas rasa keikhlasan dan peluang untuk saya bertanya khabar.
Petang tadi saya berbuka puasa di Surau Tok Wan, Kampung Jaya, Kuala Slim. Hajat saya untuk berbuka puasa dan bertarawih di masjid baru Kampung Kuala Slim tahun ini masih belum kesampaian. Masjid bernilai RM2.7 juta atas peruntukan khas yang diluluskan oleh Perdana Menteri pada tahun 2014 masih lagi dalam pembinaan. Kontraktor asal telahpun ditamatkan kontraknya dan kini pihak JKR sedang memproses perlantikan kontraktor baru. InsyaAllah semoga tahun hadapan hajat saya tertunai.




1 comment:
Tahniah dato'..teruskan berkhidmat utk masyarakat..
Post a Comment