UMNO Bahagian Tanjong Malim memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak untuk terus memimpin negara, biarpun mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengkritik secara terbuka kepimpinan beliau beberapa hari lalu.
Selaku Ketua Bahagian, saya melihat corak kepimpinan Najib bersesuaian dengan eranya, berbanding di zaman Dr. Mahathir menerajui kepimpinan negara selama 22 tahun.
Dalam keadaan Najib memimpin sebuah kerajaan tanpa mandat dua pertiga di Parlimen, beliau masih mampu merangka dan memacu ekonomi negara sehinggakan kadar pertumbuhannya mengatasi banyak negara lain, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, United Kingdom dan Singapura.
Cabaran ketika Najib menjadi Perdana Menteri jauh lebih hebat jika dibandingkan pada zaman Dr. Mahathir, khususnya daripada segi teknologi maklumat yang kini begitu terbuka.
Di zaman Dr. Mahathir, majoriti rakyat mendapat maklumat hanya daripada media arus perdana dan televisyen, tetapi ketika ini segalanya menjadi begitu pantas dengan adanya sistem maklumat tanpa batasan, terutamanya melalui media sosial.
Malahan Dr. Mahathir sendiri menjadi pengamal media sosial yang aktif dalam menyampaikan pandangan dan kritikan, khususnya melalui blog dan tweeter.
Kita menghargai pandangan-pandangan Dr. Mahathir dalam media sosial, namun kritikan terbukanya terhadap Najib, termasuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri beberapa hari lalu, adalah tidak kena dan tidak wajar beliau lakukan.
Sebagai seorang negarawan, kritikan terbuka Dr. Mahathir terhadap Najib seumpama itu hanya akan mendatangkan lebih banyak kesan buruk kepada kerajaan, termasuk menjejas keyakinan pelabur-pelabur asing ke negara ini.
Saya berharap semoga Tun Dr. Mahathir memberi pandangan dan nasihat secara positif yang boleh membantu kepimpinan Najib sebagai seorang Perdana Menteri yang telah mendapat mandat rakyat, bukannya melalui pendekatan yang menampakkan niat seolah-olah mahu menjatuhkan beliau.
Salah satu punca kenapa Barisan Nasional secara tiba-tiba hilang majoriti dalam pilihanraya pada 2008 adalah kesan daripada kritikan terbuka Dr. Mahathir terhadap kepimpinan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga menjejaskan keyakinan pengundi kepada kerajaan.
Jika Dr. Mahathir benar-benar sayangkan BN dan UMNO, harap beliau tidak lagi mengulangi kesilapannya sebelum Pilihanraya Umum ke-12, dengan cara membuat kritikan terbuka terhadap pucuk pimpinan kerajaan yang diterajui Najib ketika ini.
Jika mahu menegur, ambillah pendekatan seorang bapa menegur anaknya, tanpa perlu menghebahkan kepada seluruh pelusuk kampung dan dunia.
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.
3 comments:
Tun M talking about the policies la...wake up
salam
akhirnya dapat juga orang yang tak membaca tulisan tun lepas tu pertahankan najid...bacalah dulu ye...
beritahu secara elok ye...ni sahih tak membaca tapi nak bodek punya pasal hentam je ye..
dah kena main dengan tun...tulah...tun suka membaca...penulis pun patut baca habis barulah tegur tun ye..apa pun terima kasih kerana tindakan pertahan yang berhemah..
terima kasih
gie7
Alhamdulillah..
Saya berpendapat bahawa sudah tiba masanya Dato' Sri Najib mengadakan pertemuan tertutup dengan Tun Dr. Mahathir bagi membincangkan segala hal yang berbangkit. Teguran yang dibuat Tun tidak harus dipandang sepi memandangkan ia ada asasnya. Mana - mana orang Melayu yang tulus hatinya akan mudah memahami niat murni Tun untuk memastikan kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu sentiasa terjamin.
Semoga Dato' Sri Najib mempertimbangkan pandangan Tun Dr. Mahathir demi kesejahteraan rakyat berbilang kaum di negara tercinta ini.
Menepati janji, membawa harapan..
Pengundi N58, Slim River
Post a Comment