29 April, 2013

TERKINI PROJEK JALAN BESOUT-KUALA SLIM


Projek pembinaan jalan baru Besout-Kuala Slim sejauh 11.8 km sedang dilaksanakan oleh kontraktor baru.

Dalam tinjauan terbaru petang tadi, beberapa jentera berat berada ditapak projek.

Kerja-kerja membuat longkang, membersih kawasan, membina cerun dan meruntuhkan bukit sedang dilaksanakan.

Kontraktor baru, JJM Construction Sdn Bhd menggantikan kontraktor asal, Azam Teknik Sdn Bhd yang telahpun ditamatkan kontraknya.

Berdasarkan tinjauan, kerja-kerja dimulakan dari Kuala Slim, di mana pejabat tapak projek didirikan di sana dan jentera-jentera berat banyak beroperasi di sekitarnya.

Berdasarkan taklimat Pengarah JKR Perak pada akhir Januari lalu, JJM diberi tempoh 18 bulan menyiapkan jalan tersebut, bermula dari tarikh 7 Februari 2013.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

23 April, 2013

NAJIB, 1MALAYSIA DAN KAUM CINA

Sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum Ke-13 ini nampak begitu ketara kebelakangan ini.

Petanda itu bukan sahaja dapat dilihat di Pelabuhan Klang dengan kehadiran lebih 60,000 kaum tersebut semasa program bersama Perdana Menteri, malah terserlah di tempat-tempat lain.

Kehadiran kaum Cina semasa berarak ke Dewan Sri Tanjung, MDTM di Behrang 2020 semasa proses penamaan calon pada 20 April lalu juga di luar jangkaan.

Nampaknya transformasi yang dilakukan oleh PM Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dengan konsep 1Malaysia telah berjaya menarik sokongan semua pihak, termasuk kaum Cina.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

10 April, 2013

MORE PERAK MALAYS SUPPORT BN

'NO' TO OPPOSITION: Umno confident of winning all 36 Malay-majority seats it is contesting 

By Roshidi Abu Samah (NST)
 
IPOH: PERAK Barisan Nasional leaders have rubbished claims that the Malay support for the opposition has increased to 32 per cent this year from 28 per cent in 2008.

Perak Umno secretary Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib said yesterday the claim had no basis as state Pas deputy commissioner Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin had made his conclusion based only on a "coffee shop study" by buying people in Malay-majority constituencies breakfast in their favourite coffee shops every Friday morning.

On the contrary, he said, a survey conducted by Perak Umno revealed that Malay voters' support for BN had increased sharply since 2008.

"In fact, we are confident that Umno will win all 36 Malay-majority seats it is contesting, in addition to seats contested by BN in constituencies with mixed voters."

Khusairi and other BN leaders were asked to comment on an online report on Sunday, which quoted the former menteri besar as having said that Malay support for the opposition had increased to a comfortable level of 32 per cent since 2008.

He said the recent decision by Parti Keadilan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to abandon an earlier plan to contest a parliamentary seat in Perak was proof that the Malay support towards the opposition in Perak had waned.

He said Anwar had been eyeing Malay-majority constituencies like Bagan Datoh, Tambun and Tanjung Malim, but changed his mind after learning that his political ceramah received lacklustre response from the Malay community in the areas.

"Anwar's U-turn proves to Nizar that the Malay voters in Perak are abandoning the opposition in droves."

Gerakan deputy president Datuk Chang Ko Youn said Nizar was daydreaming and that his claim was merely a syok sendiri (self-praising) statement.

He said Malay voters had thrown solid support behind BN as witnessed during public programmes in the state.

"I can see that the unity in Umno is stronger now than in 2008," said Chang, who is expected to be fielded as BN candidate for the Beruas parliamentary seat.

Perak MIC deputy chairman Datuk R. Ganesan said he was confident that BN would be able to retain Perak in the 13th General Election based on the strong support shown by the people towards the ruling coalition. He said the administration and economic transformation initiatives introduced by Datuk Seri Najib Razak had prompted people to shift their support to BN.

"Programmes such as 1Malaysia People's Aid, 1Malaysia Schooling Aid and 1Malaysia Book Voucher have received positive feedback from the rakyat, particularly the Malay community."

The claim made by Nizar, he said, was mere political talk that had no substance. - NST Wednesday, April 10, 2013

AS PUBLISHED HERE...


 

PWTC, PUTRAJAYA, 20 APRIL DAN 5 MEI


Ketika Pengerusi BN Dato' Seri Najib Tun Razak berucap di hadapan lebih 2,000 pemimpin kanan parti di Dewan Merdeka PWTC tengahari ini, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi Pilihanraya Umum Ke-13 di Putrajaya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon adalah pada 20 April 2013, dan pembuangan undi pada 5 Mei 2013. Pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April.

Tan Sri Aziz membuat pengumuman itu pada pukul 12.30 tengah hari di ibu pejabat SPR di Putrajaya, yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3.  Pada waktu yang sama, Dato' Seri Najib sedang memberikan amanat penting kepada semua pemimpin kanan BN di PWTC, terdiri daripada pengerusi-pengerusi parti komponen, ketua-ketua BN di peringkat Negeri dan Bahagian serta para pemimpin kanan UMNO dari seluruh negara.

Berdasarkan pengumuman SPR, PRU13 akan melibatkan seramai 13,268,002 pengundi berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok (11 April). Daripada jumlah itu, 12,992,661 adalah pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal.

Tempoh berkempen bagi PRU13 ialah selama 15 hari, lebih dua hari berbanding PRU12 pada 2008. Peraturan baru SPR menetapkan tempoh berkempen adalah tidak kurang daripada 11 hari.

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebaik Dato' Seri Najib selesai berucap di PWTC, Pengerusi Penerangan BN Dato' Ahmad Maslan memaklumkan pengumuman SPR mengenai tarikh-tarikh keramat PRU13 itu, dan ianya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin dan laungan "Hidup BN", "Gelombang Biru", "1Malaysia", "Sokong Najib" dan "Undi BN". 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

06 April, 2013

AKUJANJI NAJIB YANG REALISTIK


Akujanji BN yang dibentangkan oleh Pengerusinya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil malam ini sarat dengan komitmen parti bagi meningkatkan taraf hidup rakyat, bersesuaian dengan temanya 'Rakyat Didahulukan'.

Ketika memulakan pembentangan menifesto BN itu, Najib menempelak pakatan pembangkang yang menyifatkan manifesto bukanlah janji, berikutan begitu banyak perkara dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) semasa Pilihanraya 2008 tidak ditunaikan.

Bagi membuktikan BN serius terhadap manifestonya, Najib dengan tegas berkata, apa yang dibentangkannya pada malam ini bukan sekadar manifesto, malahan merupakan akujanji yang akan ditunaikan sekiranya BN diberi mandat oleh rakyat dalam PRU13 nanti.

Akujanji atau manifesto bagi menghadapi PRU13 itu menjanjikan 150 komitmen baru Najib jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13. 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target dan janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018. Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia, merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah 'perkongsian kemakmuran' bersama rakyat. BR1M dinaikkan secara berperingkat sehingga RM1200 untuk satu keluarga, dan RM600 untuk orang bujang.

Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan kepada RM300, bantuan persekolah pula dinaikkan kepada RM150. Pengurangan harga kereta juga akan dilaksanakan antara 20-30% secara gradual.

BN juga menjanjikan 1,000,000 juta rumah mampu milik, termasuk 500,000 perumahan PR1MA, serta mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.

Selain itu, Akujanji Najib juga menjanjikan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo - sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi - mewujudkan Kementerian baharu bagi menangani isu-isu dalam bandar dan mewujudkan Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.

Akujanji itu juga menyebut bahawa sekolah satu sesi juga diperluaskan, - bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas - transformasi sekolah vokasional - 4,000 anggota Polis setiap tahun - penggunaan SafeCam, - sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat diwujudkan dan pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.

Buku manifesto BN yang merupakan akujanji ini akan diedarkan secara meluas ke seluruh negara bermula esok.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


PERAK KECEWA ANWAR TANDING DI PERMATANG PAUH


Akhirnya Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kembali bertanding di Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Keputusannya itu amat mengecewakan pengundi-pengundi di Perak, negeri yang Anwar sasarkan mahu bertanding.

Seperti dilaporkan Sinar Harian, Anwar mengumumkan keputusan itu di hadapan kira-kira 500 penyokongnya ketika menghadiri ceramah umum di Padang Awam Taman Pauh malam tadi, sekali gus menamatkan spekulasi yang berlarutan hampir sebulan lalu.

Para pengundi di Negeri Perak sebelum ini begitu teruja dengan hasrat Anwar mahu bertanding di sana. Dari satu kawasan Parlimen ke satu Parlimen lain di Perak diwar-warkan mahu ditandingi oleh Anwar. Antaranya di Ipoh Timor, Lumut, Tambun, Bagan Datoh dan Tanjong Malim.

Kawasan yang menjadi idaman utama Anwar di Perak pada peringkat awal adalah Ipoh Timor. Semuapun faham kenapa beliau begitu berminat dengan kawasan berkenaan, yang majoriti besarnya terdiri daripada pengundi-pengundi kaum Cina. Apabila Lim Kit Siang mengumumkan akan berpindah dari Parlimen Ipoh Timor ke Gelang Patah di Johor, Anwar bersungguh-sungguh mahu mengisi tepat yang ditinggalkan pemimpin veteran DAP itu.

Keghairahan awal Anwar mahu bertanding di kawasan majoriti Cina di Perak begitu ketara. Anwar dilihat seolah-olah telah dapat menghidu bahawa sokongan pengundi Melayu dan India di negara ini telah merosot dengan begitu ketara terhadap dirinya dan parti pimpinannya. Malang bagi Anwar kerana DAP tidak merestui keghairahannya itu, malahan awal-awal telah menamakan mantan ADUN Pasir Pinji, Thomas Su sebagai calon parti itu di Parlimen Ipoh Timor.

Anwar kemudian membawa angan-angannya di beberapa kerusi lain di Negeri Perak yang menjadi tempat tokoh-tokoh penting UMNO. Beliau mahu bertanding di Bagan Datoh, kerusi Parlimen yang diwakili oleh Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di Tambun yang diwakili Menteri Kewangan Kedua dan Bendahari Agung UMNO Dato' Seri Mohd Husni Hanazlah dan di Lumut, kerusi yang menempatkan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir yang juga ADUN Pangkor, salah sebuah kawasan dalam Parlimen Lumut.

Tanjong Malim juga menjadi sasaran Anwar, dengan alasan bagi memudahkan beliau mengawal dua negeri yang bersempadan iaitu Perak dan Selangor.

Maka ternanti-nantilah pengundi Perak, kawasan manakah yang mahu ditandingi Anwar. Cabaran demi cabaran oleh pemimpin-pemimpin UMNO Perak dilontarkan terhadap Anwar. Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato' Tajuddin Abdul Rahman mencabar Anwar datang bertanding di kawasannya.

Disebabkan Anwar juga ada menyebut Parlimen Tanjong Malim, saya secara peribadi juga telah membuat posting di twitter dan tagging beliau agar datang bertanding di sini. Lagipun Tanjong Malim adalah kerusi kuota bagi calon PKR, dan tidak perlu bagi Anwar merayu kepada DAP untuk bertanding di kerusi majoriti Cina seperti di Ipoh Timor.

Tweet saya pada 29 Mac 2013 menjemput Anwar bertanding di Tanjong Malim
Dengan pengumuman Anwar malam tadi untuk bertanding semula di Permatang Pauh, sudah pasti pengundi-pengundi di Bagan Datoh, Tambun, Lumut dan Tanjong Malim berasa kecewa. Kekecewaan mereka bukanlah kerana tidak berpeluang mendapatkan khidmat Anwar sebagai wakil rakyat, tetapi kerana tidak dapat 'memandikan' Anwar dalam pilihanraya nanti.

Harapan para pengundi Perak mahu menguburkan karier politik Anwar di bumi Perak kini tidak kesampaian. Anwar mungkin sudah menghidu sikap para pengundi di kawasan-kawasan yang disasarkannya di Perak. Mana mungkin untuk Anwar memperjudikan nasib dan rela menghadapi kekalahan, sedangkan cita-cita besarnya adalah untuk menjadi Perdana Menteri dan menguasai Putrajaya.

Jika Anwar kekal dengan keputusannya malam tadi untuk bertanding semula di Permatang Pauh, maka kempunanlah rakyat Perak mahu menamatkan angan-angan melangit pemimpin PKR itu. Bolehlah dikatakan bahawa rakyat Negeri Perak kini berputih mata.

Kini rakyat di seluruh negara yang cintakan kemakmuran dan keamanan menyerahkan tugas itu kepada para pengundi di Permatang Pauh pula, kawasan yang telah Anwar abaikan sejak sekian lama.

Ayuh kita kuburkan cita-cita politik Anwar Ibrahim!


03 April, 2013

FOTO : PM MENGADAP AGONG


Foto YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengadap DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong sebentar tadi.

Apakah PM akan mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

02 April, 2013

BN TERBAIK!! - MOF LULUS SEMUA RAYUAN BR1M 2.0

Satu berita yang terbaik diterima pagi ini daripada seorang pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - semua rayuan untuk mendapatkan BR1M 2.0 adalah diluluskan.

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) telahpun mengeluarkan arahan bagi tujuan ini, dan kelulusan ini termasuklah bagi kes-kes rayuan daripada pemohon yang telah mendapat BR1M 1.0 tetapi didapati tidak layak mendapat BR1M 2.0 sebelum ini.

"MoF akan mengeluarkan satu surat makluman bertarikh 3hb April 2013 sebagai pemberitahuan kelulusan kepada pemohon," tambah sms yang dihantar oleh Pegawai LHDN Teluk Intan, Encik Zainal Ahmad sebentar tadi.

Keputusan MoF yang diterajui Menteri Kewangan, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri ini sudah pasti menggembirakan banyak pihak dan menambahkan kesan positif kepada Kerajaan BN menjelang PRU13 nanti.

Sebelum ini, MoF telah menolak penerima berdasarkan laporan dan maklumat yang diperolehi daripada beberapa agensi, termasuklah LHDN dan bank-bank berhubung pendapatan isi keluarga pemohon yang dipercayai melebihi syarat kelayakan, iaitu di bawah RM3,000 sebulan.

Kesemua penerima BR1M 1.0 pada awal tahun lalu tidak mengisi borang permohonan semula bagi mendapatkan BR1M 2.0, kerana LHDN membuat penilaian berdasarkan rekod pemohon sebelum ini dan situasi pendapatan semasa.

Dalam masa terdekat, semua mereka akan menerima baucer RM500. Alhamdulillah. Terima kasih PM, terima kasih BN.

"1Malaysia!, Sokong Najib! Undi BN!"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

01 April, 2013

LAHAD DATU - TUJUH DIDAKWA

LAHAD DATU - Tujuh warga selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan  pengganas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di  hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.

Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.

Lima tertuduh didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121  Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan menjadi ahli kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Seorang lagi tertuduh menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 121, 130KA dan Seksyen 130E iaitu merekrut orang  sebagai ahli kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda dan Seksyen 130K iaitu melindungi orang yang melakukan perbuatan pengganas yang membawa  hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda jika sabit kesalahan.

Seorang lagi tertuduh pula menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 130KA.

Pendakwaan diketuai Ketua Unit Pendakwaan Sabah Jamil Aripin dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu Shukor Abu Bakar. Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Acara Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.

Sementara itu seorang anggota polis berpangkat Koperal juga didakwa di  tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara  maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ini menjadikan sehingga hari ini 16 orang didakwa di mahkamah. Pada 20 Mac lepas, lapan warga Filipina didakwa di tempat  sama mengikut Seksyen 121 dan Seksyen 130KA dan sehari selepas itu kes berkenaan disebut di Mahkamah Tinggi Tawau.

Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi 12 April ini bagi mengetahui perkembangan perbincangan Peguam Negara  dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat guaman yang akan diberikan kepada tertuduh. - Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.