Sebanyak 7,000 baucer RM500 Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M
2.0) telah diserahkan kepada penerima di sekitar DUN Slim, Perak sebelum cuti
Tahun Baru Cina melibatkan kewangan berjumlah RM3.5 juta.
Perasmian telah dibuat pada 1 Februari 2013, iaitu hari
pertama baucer itu dibenrkan untuk pengagihan melibatkan kira-kira 500 penerima
sekitar Slim River. Selepas itu, pemberian diteruskan di Felda Trolak Timur,
Trolak Utara, Felda-Felda dalam Gugusan Besout, Kampung Kuala Slim, Trolak
Pekan dan sekitar Rumah Awam 3 dan Taman Seroja, Slim River.
Sempena Tahun Baru Cina, penyampaian baucer itu juga dibuat
secara ziarah rumah ke rumah di Kampung Baru Slim River melibatkan kira-kira
170 rumah dengan lebih 200 penerima, selain mengagihkan buah limau dan kalender
2013.
Kaunter pembayaran juga dibuka di perkarangan Pejabat UMNO
Bahagian Tanjong Malim yang terletak di Slim River.
Para pegawai dari Maybank cawangan Slim River mengikuti
hampir di kesemua tempat penyampaian baucer berkenaan dengan tujuan memudahkan urusan
penerima menunaikannya.
Penyampaian baucer BR1M untuk DUN Slim akan diteruskan lagi
selepas cuti Tahun Baru Cina.
Ini adalah Fasa Pertama BR1M 2.0. Bagi yang belum menerima
baucer berkenaan, berkemungkinan nama mereka akan dimasukkan dalam senarai
penerima Fasa Kedua dan seterusnya.
Pada 13 Februari 2013, pelancaran BR1M RM250 (Bujang)
Peringkat DUN Slim akan diadakan di Felda Trolak Selatan bermula jam 9.00 pagi
serentak dengan pemberian baucer BR1M RM500 dan perasmian Dewan Semaibakti yang
baru siap dibina di situ dengan kos hampir RM1 juta. Seramai 602 warga Felda Trolak Selatan akan menerima BR1M pada hari berkenaan.
Bersama ini disertakan foto-foto penyampaian baucer BR1M 2.0
fasa pertama di DUN Slim untuk tatapan kita bersama.