Berpuluh ribu peneroka Felda akan berarak ke cawangan-cawangan Maybank di seluruh negara esok untuk berdemontrasi secara aman. Mereka akan menyerbu kaunter-kaunter pelanggan seawal jam 9.30 pagi, sebaik bank itu mula beroperasi.
Jika demo Bersih menggusarkan golongan peniaga yang menanggung kerugian kerana terpaksa menutup kedai, demo peneroka ini sebaliknya menggembirakan mereka. Malahan peniaga membuka kedai seluas-luasnya dan menawarkan pelbagai promosi jualan bagi menarik demonstran memasuki premis mereka dan berbelanja.
Para peneroka berdemo ke Maybank berikutan kebanjiran cek RM5,000 di tanah rancangan mereka sejak Jumaat lalu. Cek-cek itu bertarikh 9 Mei 2012, sehari selepas Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan durian runtuh kepada lebih 112,000 peneroka di seluruh negara. Maybank adalah bank pembayar bagi durian runtuh itu.
Kebanyakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mengambil peluang untuk menyampaikan cek-cek tersebut pada hari cuti umum yang jatuh pada hari Sabtu (semalam) dan hari ini. Mereka berlumba-lumba mahu menyerahkan segera cek-cek berkenaan kepada peneroka, tanpa perlu menunggu tempoh akhir selama dua minggu seperti ditetapkan, iaitu pada 24 Mei depan.
Semua pemimpin BN berfikiran mahu segera menggembirakan warga peneroka. Namun berhati-hatilah ketika berdemo. Harap tak ada yang merempuh pintu cermin sebelum masanya, dan tak ada security guard yang dipukul dan ditendang seperti apa yang berlaku terhadap polis di Dataran Merdeka. Sebab ada yang menerima durian runtuh ini merupakan pendokong Bersih 3.0.
Di PARLIIMEN TANJONG MALIM, pemberian pertama dilakukan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir dalam satu majlis di Felda Besout 2 pada 10 Mei lalu, di mana lima orang peneroka dari 10 tanah rancangan dalam kawasan ini menerima cek berkenaan.
Keesokan harinya, iaitu Jumaat lalu, seramai 399 peneroka Felda Besout 2 menerima cek mereka di sebelah pagi, menyebabkan cawangan-cawangan Maybank di sekitar Slim River, Bidor dan Tanjong Malim diserbu oleh peneroka-peneroka berkenaan sehingga waktu urusniaga berakhir jam 4.00 petang.
Sehingga petang tadi, sebanyak 1,828 cek telah diserahkan kepada para peneroka di enam tanah rancangan Felda dalam Parlimen Tanjong Malim. Jumlah itu merangkumi Felda Besout 2 (399 keping), Felda Besout 1 (520), Felda Besout 3 (271), Felda Besout 4 (197), Felda Besout 5 (97) dan Felda Sungai Behrang (344).
Inilah jumlah peneroka dari kawasan Felda dalam Parlimen Tanjong Malim yang akan berdemo ke Maybank di sekitar Slim River, Bidor dan Tanjong Malim pagi esok, setelah urusniaga bank ditutup dua hari kerana cuti umum.
Empat lagi tanah rancangan dalam Parlimen ini akan menerima cek durian runtuh beberapa hari lagi. Felda Sungai Klah akan menerimanya pada 15 Mei jam 2.30 petang, Felda Trolak Timur dan Trolak Selatan pada 16 Mei masing-masing pada jam 8.30 pagi dan 2.30 petang, sementara yang terakhir Felda Trolak Utara pada 17 Mei jam 8.30 pagi.
Disebabkan cek-cek yang dikeluarkan merupakan cek dalaman (in house cheque) yang boleh ditunaikan serta merta tanpa perlu didepositkan, adalah dinasihat supaya para peneroka tidak terlalu ghairah membawa kesemua wang tunai RM5,000 itu pulang ke rumah. Cukuplah sekadar keperluan, dan selebihnya simpanlah di dalam akaun bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti rompakan dan pecah rumah.
Terima kasih PM.
![]() |
| Penyampaian Broom kepada 476 penerima di Felda Sungai Behrang petang tadi. |
![]() |
| Kepada 197 penerima di Felda Besout 4 (9.00 pagi tadi) |
![]() |
| Jam 11.30 pagi kepada 97 penerima di Felda Besout 5 |




7 comments:
alhamdulilah..trima kasih dato dan trima kasih kat kerajaan kita..semoga rezeki orang2 felda dan orang lain kat malaysia ni lebih lagi untuk masa akan datang :)
lepas ni jual ikan baru la laku hehehe :P
yang bawa kes Felda ke mahkamah tu dapat ke??
Syukur dapat selesaikan pemberian durian runtuh di Besout. Bertambah meriahlah aktiviti jual beli di sana seminggu dua ni. :)
berjayakah MAZLAN ALIMAN mempengaruhi keluarganya agar tidak menerima pemberian itu.
Bekas pekerja FELDA ada ker dapat apa2 Dato' oii ... hihihihihihi
Soalaan yang menarik. Ikut logiknya mereka patut dapat sesuatu, wp mungkin bukan dlm bentuk bonus kerana rasanya tak pernah berlaku pekerja yang sudah pencen menerima bonus. Tapi mungkin dalam bentuk lain - ei pink form sebagai menghargai jasa mereka sebelum ini.
alhamdulillah... semoga rezeki ini disyukuri dan dinikmati dengan sebaik2nya... jangan terpengaruh dengan dakyah yang sememangnya suka memporak-perandakan kehidupan aman di Felda kita
Post a Comment