07 May, 2012
PAS SAMBUT NAJIB KE JENGKA 8
Ketika warga peneroka Felda ternanti-nanti pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengenai jumlah durian runtuh yang bakal diterima berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Felda Jengka 8 pagi esok, PAS pula sibuk memasang bendera di sepanjang jalan menuju ke Gugusan Jengka.
Tindakan mereka ini nampak seolah-olah mengalu-alukan kehadiran Dato' Seri Najib, walaupun pada hakikatnya kita tahu apa niat yang tersirat. Mereka mahu menunjukkan kepada puluhan ribu warga peneroka dari seluruh negara yang sedang menuju ke Jengka 8 bahawa parti itu mendapat tempat di hati pengundi di situ.
Sebilangan peneroka yang tegar menyokong parti pembangkang telah termakan dengan dakyah mengatakan saham yang bakal mereka terima adalah haram dan kononnya Felda mahu menipu peneroka melalui penyenaraian FGVH. Ada yang mengambil sikap enggan membuka akaun CDS bagi membolehkan mereka berurusniaga di Bursa Malaysia.
Kekeliruan yang ditanam dalam pemikiran peneroka tegar pembangkang ini sebenarnya satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab. Peneroka yang menelan bulat-bulat dakyah pembangkang ini pastinya akan rasa teraniaya apabila melihat perubahan taraf hidup yang bakal dilalui oleh rakan-rakan mereka selepas penyenaraian nanti.
Esok pastinya pengumuman Perdana Menteri mengundang kejutan kepada warga peneroka, dan sudah tentu akan membuka sedikit mata kalangan peneroka yang masih berdegil mahu menolak idea penyenaraian ini.
Janganlah pula nanti mereka terkejut melihat pemimpin-pemimpin peneroka berhaluan kiri berbondong-bondong menelan nikmat penyenaraian, sedangkan insan yang dihasut terus terkapai-kapai dalam kekeliruan.
BR1M sewajarnya mengajar mereka, kerana sebilangan besar tokoh pemimpin pembangkang di kalangan peneroka berbaris menerima baucer RM500, walaupun sebelum itu mulut mereka berapi-api mengatakan wang itu haram.

3 comments:
PM dan Felda bagi durian runtuh pada peneroka ..janji ditepati.
pasamdol hanya bagi bendera jepun warna hijau dan janji munafik yg.palsu !!
gen2felda
DENGAQ PM NAK PI SITU DOK PAKAT DENGKI LA,MAKLUM LA DAH TAK DAK KERJA NAK BUAT,TOLONG BINI DEKAT RUMAH LAGI BAGUS BINI PUN SAYANG KITA.NI DOK BUANG MASA HABUK PUN TAK DAK.
kalau haram jangan ambil. esok2 kalau tengok org lain hidup lebih baik, lebih makmur jangan pulak buat muka tempoyak terhegeh-hegeh mintak. kononnya hak sebagai peneroka. org nak bagi ko tolak. bila tengok org lain senang, yang ko dakwa haram jd halal. itu dh kira munafik dh tu!!!
Post a Comment