28 July, 2010

SIDANG DUN PERAK : ISU RM30 JUTA

Antara perkara penting yang akan dibincangkan semasa Sidang DUN Perak pada 3 Ogos nanti adalah pembentangan bil bagi meluluskan perbelanjaan tambahan sebanyak RM30 juta untuk tujuan pembangunan. Perkara ini telahpun dimaklumi oleh Adun-Adun pembangkang dari DAP, Pas dan PKR di Negeri Perak. Maka berdegar-degarlah mereka mempertikaikan langkah Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir hendak menggunakan wang sebanyak itu.

Mereka menuduh kononnya Kerajaan Negeri tidak cekap sehingga memerlukan dana tambahan untuk menguruskan pentadbiran. Maka dituduhlah juga kononnya kerajaan pimpinan Dr. Zambry mahu membazirkan wang rakyat, satu slogan standard dari pihak pembangkang. Mungkin mereka lupa bagaimana ketika mereka mentadbir Kerajaan Negeri dahulu, sejumlah besar wang rakyat digunakan hanya untuk memberikan keselesaan kepada barisan Exco Kerajaan Negeri menukar kereta rasmi daripada Proton kepada Toyota Camry.

Untuk pengetahuan Adun-Adun pembangkang, wang RM30 juta ini adalah sebahagian daripada lebihan pendapatan Kerajaan Negeri pimpinan Dr. Zambry yang berjumlah lebih RM100 juta.

Lebihan pendapatan ini juga berlaku hasil daripada kecekapan kerajaan BN Perak menggerakkan jentera pentadbiran, khususnya daripada pungutan hutang tertunggak daripada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan seperti Felda dan Felcra. Sumber-sumber pendapatan ini sebelumnya tidak nampak tetapi kini dapat dikesan, terutamanya daripada segi cukai dan premium tanah. Selain itu, pungutan cukai oleh kerajaan-kerajaan tempatan juga meningkat.

Perbelanjaan tambahan RM30 juta ini akan digunakan untuk melaksanakan projek-projek kecil yang membabitkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Sebahagian daripadanya mungkin akan disalurkan kepada wakil-wakil rakyat dalam bentuk peruntukan tambahan setelah peruntukan dari Kerajaan Negeri sebanyak RM200,000 untuk setiap Adun BN (termasuk Adun bebas) sebelum ini kebanyakannya telah dibelanjakan. Tumpuan sudah pasti diberikan kepada projek-projek kecil luar bandar seperti pembekalan air dan elektrik, membaikpulih jalan kampung serta membekalkan lampu jalan.

Adalah tidak benar mengatakan BN tidak cekap sehingga memerlukan dana tambahan, kerana wang RM30 juta itu diperolehi hasil daripada kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri sehingga memperoleh lebihan pendapatan. Sementara baki kira-kira RM70 juta lagi akan dibawa dalam pembentangan Bajet 2011 oleh Menteri Besar pada persidangan sebelum hujung tahun.

Apa yang lebih membanggakan, dalam tempuh satu setengah tahun pemerintahan BN di Perak, Kerajaan Negeri telah berjaya meningkatkan rizab kepada kira-kira RM900 juta.

Kerajaan Negeri boleh menyimpan wang RM30 juta itu dalam bentuk rizab dan meningkatkan lagi jumlah rizab yang terkumpul. Tetapi daripada segi pertumbuhan ekonomi negeri, Kerajaan memikirkan adalah lebih baik wang itu dibelanjakan bagi merancakkan aliran tunai dalam pasaran, selain membantu kontraktor-kontraktor PKK Kelas F yang ketandusan projek ketika ini akibat pembekuan projek PIA dan PIAS oleh Kerajaan Persekutuan tahun ini.

Jadi atas alasan apakah pihak pembangkang hendak melontarkan tohmahan kononnya Kerajaan BN Perak di bawah teraju Dr. Zambry tidak cekap dan mahu membazirkan wang rakyat? Apapun, sama-samalah kita menunggu hujah selanjutnya daripada mereka semasa Sidang DUN pada 3 Ogos nanti.

Cumanya janganlah Nizar Jamaluddin, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Meng  sekali lagi mencetuskan suasana sarkas dalam persidangan kali ini sebagaimana tiga sidang sebelumnya. Rakyat Perak sudah muak dengan gelagat tuan-tuan ahli Yang Berhormat.


Lotte Hotel, Seoul, Korea.

4 comments:

KAPAKTAJAM said...

Tahniah Dato'!. Semoga dgn penerangan awal ni akan dapat menangkis hasutan jahat pembangkang terhadap isu ini.

Sedikit sebanyak pendedahan ini dapat memberitahu rakyat cerita sebenar kenapa Kerajaan mahu membelanjakan wang sebanyak itu. Dan wang itu adalah dari keuntungan kerajaan negeri dan penjmatan kerajaan dalam kawal urus dan selia dengan baik semua agensi kerajaan. Tahniah sekali lagi.

Diharapkan dimasa depan sesuatu isu yg agak panas ini dapat dikhabarkan dulu dan diwar2kan agar keperluannya dapat difahami oleh rakyat.

Anonymous said...

I would like to exchange links with your site khusairitgmalim.blogspot.com
Is this possible?

Anonymous said...

I would like to exchange links with your site khusairitgmalim.blogspot.com
Is this possible?

Unknown said...

Should be no problem. You're wellcome.