14 July, 2009
KECOH DI MANEK URAI
KEKECOHAN DI SEBELAH PAGI
Proses pembuangan undi dalam Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai dicemari dengan beberapa kekecohan antara penyokong kedua-dua pihak yang bertanding. Di Pusat Pembuangan Undi Sungai Peria, perang mulut yang berlarutan membawa kepada tindakan membaling batu oleh pihak Pas yang mencetuskan kejadian tumbuk-menumbuk. Pasukan FRU dikejarkan ke situ untuk mengawal keadaan.
Sehingga kini, maklumat yang diterima 80% pengundi pos memihak kepada BN. Kedua-dua pihak sedang berusaha membawa pengundi keluar mengundi, dengan menyediakan kenderaan seperti kereta dan motosikal. Cuaca redup sebelah pagi melancarkan lagi proses pengundian. Bagaimanapun, sehingga 1.00 tengahari tadi, baru setakat 48 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
Di Pusat Pembuangan Undi Sungai Peria, dilaporkan ada tindakan yang menyalahi peraturan pilihanraya, apabila ketua peti undi enggan membenarkan wakil atau waris pengundi uzur menjadi saksi kepada proses menurunkan undi. Ketua Pusat Mengundi tidak membenarkan waris mereka masuk ke dalam tempat mengundi, hanya pengundi dibenarkan masuk. Kemungkinan berlaku penipuan, khususnya jika pengundi menghadapi masalah penglihatan. Perkara ini telah saya laporkan untuk tindakan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh.
Pihak penyokong PAS melaungkan slogan "hidup Islam”, termasuk menunjukkan topeng mantan MB Perak, Nizar Jamaluddin. Hakikatnya Islam hampir mati di Perak sepanjang 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah, sehingga ke tahap Nizar menafikan bahawa PAS mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hokum Hudud kesan dari desakan DAP.
Di pihak BN, mereka melaungkan perkataan “barua DAP”, "balak" DAN "jabe" (karung kutipan wang)ditujukan terhadap sikap Pas yang terlalu bergantung kepada DAP dan tidak berani membuat keputusan tanpa merujuk kepada Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Maka itulah jadinya di Perak, selain dalam isu ‘babi’ di Kedah.
Apapun, pengundi Manek Urai telah faham dengan nilai perjuangan PAS ketika ini. Ramai pengundi yang sebelum ini tegar menyokong PAS ketika ditemui melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sikap Pas yang terlalu mengikut telunjuk DAP dalam soal Islam. Mereka mengingatkan semula kenyataan popular Pengerusi DAP, Karpal Singh, “LANGKAH MAYAT SAYA DULU JIKA MAHU MENUBUHKAN NEGARA ISLAM”.
Pas kini terlalu bergantung kepada populariti Mursyidul Amnya, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, tetapi kritikan terhadap ulama Pas itu sudah semakin ketara di kalangan penyokongnya. Ini ditambah dengan krisis kepimpinan di dalam Pas dalam soal idea Presidennya, Dato’ Seri Haji Hadi Awang dan Timbalannya, Nasaruddin Mat Isa.
Malam ini kejutan akan berlaku di Manek Urai. Rakyat di Manek Urai nampak begitu inginkan supaya BN mewakili mereka. Proses pembuangan undi terus berjalan di kesemua 9 pusat pembuangan undi. Masih ada masa sehingga jam 5.00 petang ini untuk pengundi menyatakan bantahan terhadap ketaksuban PAS bersekongkol dengan kebiadaban DAP terhadap Raja-Raja Melayu. Selamat mengundi.
1 comment:
Salam Ukhuwwah,
Andai tuan benar-benar berpihak kepada kebenaran dan keikhlasan, sila siarkan komen saya ini.
Tulisan tuan bagi saya bermutu, cuma kurang fakta dan sedikit terkeliru.
Memuji pimpinan itu biasa, tetapi jangan sampai sembunyikan yang hak dan jelmakan yang batil.
Kes kecoh di Sg Peria bukan dimulakan oleh PAS, sebaliknya oleh Umno Bn sendiri.
Saudara dan rakan2 yang lain cuba layari link yang saya sertakan ini, dan lihat sendiri bagaimana sebuah kenderaan yang berlambangkan dacing memasuki tempat mengundi walaupun ianya salah disisi undang2 pilihanraya.
PAS hanya perbetulkan keadaan, tetapi sebaliknya Pemuda BN ramai2 telah memukul seorang Pemuda PAS.
Yang mula2 membaling batu dan botol juga adalah Puteri Umno. Yang cedera parah bukan mereka, tetapi Muslimat PAS. Bukti cukup banyak untuk dilihat. rajin2 kan cari maklumat di internet ini..
cuba tengok sini (sila copy & paste):
http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/07/16/23048/
atau disini:
http://wargamarhaen.blogspot.com/2009/07/manek-urai-penyokong-pakatan-rakyat.html
saya percaya seandainya tuan benar-benar jujur dalam berjuang, tuan akan siarkan komentar saya ini.
Semoga rahmat ALLAH sentiasa bersama-sama tuan dan keluarga, dan saya doakan ALLAH bukakan pintu-pintu hari kalian semua.
Sesungguhnya hidup dan mati kita hanya kerana ALLAH, agamaNYA iaitu ISLAM, Rasulullah S.A.W dan dua khazanah yang kalau kita berpegang kepada kedua-duanya nescaya kita tidak akan sesat.. iaitu AL QURAN DAN HADITH.
Post a Comment