25 July, 2009

DR ZAMBRY, TOK GURU, NIZAR DAN LILIN


NIZAR DAN ADUN SELINSING MENYERTAI NGEH KO HAM DAN NGA KOR MING MEMEGANG LILIN DALAM UPACARA KEAGAMAAN SEMPENA KEMATIAN MENDIANG TEOH.

Tindakan Nizar dan beberapa pemimpin PAS Perak memegang lilin semasa upacara keagamaan kematian mendiang Teoh Beng Hock amat mengejutkan umat Islam di negara ini. Perbuatan Nizar dan dua ADUN Pas, iaitu Adun Selinsing dan Adun Titi Serong dianggap keterlaluan dalam percubaan meraih sokongan politik kaum Cina.

Dewan Ulama PAS turut menegur perbuatan Nizar itu. Tetapi pemimpin PAS lain seolah-olah cuba mempertahankan perbuatan Nizar itu. Husam menganggapnya tidak salah di sisi agama, Nik Aziz pula berkata memegang lilin diupacara kematian bukan Islam sama seperti dalam majlis harijadi.

Putar-belit PAS bagi membetulkan keterlanjutan Nizar nampak kebudak-budakan dan ternyata menolak tuntutan dan tatasusila agama Islam. Dr Zambry turut dibidas oleh Nik Aziz apabila Menteri Besar Perak itu meminta ulama PAS membuat fatwa berkenaan perbuatan Nizar itu.

Berikut nota Dr. Zambry selepas dibidas oleh Nik Aziz.

"Masalah Nizar memegang lilin untuk memperingati mendiang Teoh nampaknya menjadi hangat.

Saya pada mulanya tidak berminat nak mengulas hal-hal Nizar kerana saya tahu dia memang suka bila ada orang mengulas tentang dirinya. Soalan dikemukakan oleh para wartawan kepada saya sebelum ini ialah tentang tindakan Nizar.

Jadi sebagai orang tidak mahu hentam sembrono, saya kata elok ditanya Tok-tok guru PAS tentang hukum tafakkur pegang lilin di hadapan gambar si mati.

Malah Nizarpun memang terkenal dengan orang yang suka menonjolkan diri sebagai yang kononnya hebat dalam agama seperti berebut nak jadi Imam, nak bagi tazkirah, nak bagi khutbah dan sebagainya.

Beberapa hari yang lalu Husam menjadi orang pertama mempertahankan tindakan Nizar atas alasan bahawa ianya tidak menjadi kesalahan dan menyalahkan pihak lain kononnya semua yang PAS buat dianggap salah.

Apa yang menarik pula ialah kenyataan Nik Aziz bahawa soalan saya untuk dirujuk kepada Tok-tok Guru PAS dianggap sebagai soalan politik.

Maka katanya eloklah dijawab cara politik. Katanya lagi saya ini orang politik dan bukan orang kaji agama. Tak apalah dengan tuduhannya mengatakan saya bukan orang kaji agama. Maklumlah orang yang mahir bab agama hanyalah dirinya. Tetapi nampaknya selama ini beliau kata agama dan politik tidak boleh dipisahkan adalah suatu yang retorik semata-mata.

Dia kata lagi saya nak minta fatwa apa sedangkan hukum demokrasipun saya tak pegang. Bukankah hukum demokrasi bererti majoriti memerintah.

Dia juga kena tanya dirinya dan Pakatan kenapa nak ambil kerajaan Malaysia secara tidak demokratik suatu ketika dulu.

Hari ini Nik Aziz kata tak jadi masalah dengan lilin meskipun Dewan Ulama menasihatkan ianya perlu dijauhkan bagi perkara yang mendatangkan keraguan. Nizar pula kata ia tidak menghadiri upacara Teoh, tetapi adalah upacara DAP.

Rakyat keliru sebenarnya kerana tuduhan gambar itu kononnya Utusan Malaysia. Dia lupa akhbar lainpun ada keluarkan. Soalan saya bukankah itu upacara mengingati Teoh yang dianjurkan oleh DAP yang dihadiri oleh Nizar berpakaian hitam sambil gambar mendiang berada di atas meja dan dipegang oleh Ngeh?

Saya tidak tahu samada gambar Nizar memegang lilin dengan khusyu sekali adalah gambar yang direka-reka oleh akhbar bagi menjatuhkan Nizar atau Nizar sendiri cuba berbohong kepada rakyat jelata.

Apapun bagi saya biarlah peristiwa Teoh Beng Hock ini tidak dijadikan isu bagi meraih simpati politik murahan.

Semua orang meratapi bagaimana Teoh mati dalam keadaan yang mengerikan. Kepada pembangkang usahlah keterlaluan dalam tindakan".

7 comments:

House PK said...

Salam YB, saya nak mitak YB update url baru saya ni

http://parpukari.blogspot.com

Tq YB

Zam said...

Assalamualaikum & Salam Ziarah :)

Diharapkan apa yg ingin sy nyatakan disini dpt disiarkan.
Bukan niat saya utk menegur Saudara yg sy hormati, apatah lg dlm usia sy yg lebih muda, tetapi dgn niat yg baik utk menjelaskan kekeliruan yg berlaku.

Saudara
Pd perhatian saya,
ada sesuatu yg tidak kena pada muqadimah entri Saudara
Maksud saya,frasa 'upacara keagamaan' itu.
Menyalakan lilin, bukanlah satu upacara keagamaan bg msyrkt Cina tetapi merupakan budaya msyrkt mereka sjk turun temurun. Sama juga halnya dlm msyrkt Melayu, menyalakn pelita ketika Malam 7 Likur di bulan Ramadhan yg ternyata tiada kaitan dhn syariat Islam. Tanyalah rakan2 Tiong Hua kita, samada menyalakn lilin itu lebih kpd budaya @ amalan agama mereka

Tiada putar belit PAS dlm perkara ini, & apa2 yg berlaku hanyalah sekadar khilaf ulama. Tn. Guru Nik Aziz skdr memberikan pendapatnya, berdasarkan contoh amalan meniup lilin dlm menyambut hari ulangtahun. Isunya tidak besar sbnrnya, jd amat besar lah harapan saya supaya Saudara tidak menyerang keperibadian Tn. Guru menerusi penulisan Saudara. Tn. Guru pun tiada sbrg mslh utk mengikuti sbrg majlis yg melibatkan adat resam yg dianjurkan oleh badan2 & persatuan2 agama lain, asalkan ia tidak melibatkan keagamaan. Lgpun, majlis yg dihadiri bukanlah majlis berkabung ttp majlis yg dianjurkan oleh DAP untuk menunjukkan protes mereka terhadap SPRM.

Jika Saudara masih berpendapat & mengatakan majlis itu ialah majlis keagamaan, bagaimana pula halnya dgn kempen MAKNA Walk For Life yg meminta org ramai menyalakan lilin bg memperingati mereka yg telah meninggal kerana kanser? Mengapa tiada kedengaran suara2 yg memprotes aktiviti kempen itu?

Apa yg sy nampak, media massa cuma memainkan polemik agama disini, dlm pd masa yg sama cuba menjatuhkan imej pemimpin2 Pas terutamanya Tn. Guru.

Berkenaan mengeluarkan fatwa, sebenarnya ia bukanlah tugas Tn. Guru ttpi mufti. Mmg agama & politik tidak dpt dipisahkan, & kenyataan Nik Aziz sebenarnya adalah merujuk atas permintaan Zambry yg berbaur (berniat) politik, maka dijawablah dgn cara yg sama (politik).

Ingin sy tarik perhatian Saudara disini, bagaimana pula dgn upacara meletakkan kalungan bunga di tugu Negara yg telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan? Kenapa tiada pernah dibangkitkan di media massa?

Sy amat mengharapkan agar Saudara dpt menyiarkan komen sy ini, tiada lain yg saya minta melainkan keikhlasan hati & budi Saudara dlm berjuang

Wassalam
Semoga Saudara Sekeluarga dilimpahkan Rahmat dr Allah ('',)

jebat_berani said...

upacara keagamaan atau hanya simbolik disidang akhbar...jangan salah cakap pokcik...NANTI JADI FITNOH..ALLAH MAROH.

Anonymous said...

Saya anak negeri Perak, lahir di Perak dan tinggal di Perak. Saya hairan melihat orang2 UMNO serta YB Zambry begitu ghairah buat kenyataan tentang isu YB Nizar menyalakan lilin. Apakah dinegeri Perak sendiri sudah memjadi begitu aman dan molek sehingga tidak ada perkara2 lain untuk diberi perhatian ? Mengapakah isu2 meragut di Ipoh serta kawasan2 lain di Perak tidak diutamakan ? Mengapakah isu air kotor berlumpur yang berwarna kuning serta berpasir dikawasan Tambun, Bercham, Kg. Simee dan kawasan2 yang mamdapat saluran air dari logi air yang sama sehingga kini tidak diberi perhatian langsung ? Kalau tak silap saya banyak aduan telah dilapurkan dan pihak media juga ada menyiarkan aduan tersebut dalam suratkhabar. Apakah isu YB Nizar menyalakan lilin itu lebih penting dan mustahak dari beban, kesusahan, kebimbangan serta ketakutan yang dihadapi oleh rakyat negeri Perak ? Harapan saya ialah YB Zambry sebagai MB negeri Perak jangan terlalu ghairah membesar besarkan perkara2 remeh Pakatan sehingga keutamaan rakyat negeri Perak diabaikan. Kepada YB Khusairi yang berpelajaran begitu tinggi, upacara "menghormati kematian" adalah tidak sama dengan upacara "keagamaan kematian". Diharap YB boleh membezakan dan jangan menjadi keliru dalam kedua dua upacara tersebut. Kalau YB tidak mahu menghormati kematian mendiang Teo Beng Hock jangan pula hendak melarang orang lain yang mahu menghormati kematian mendiang.

Unknown said...

Terima kasih atas komen semua. Tindakan Nizar memagang lilin semasa upacara mengingati kematian mendiang Teoh telahpun dinyatakan oleh Dewan Ulama Pas boleh menimbulkan keraguan. Nizar sepatutnya tidak melakukan sesuatu yang meragukan, kerana beliau adalah pemimpin yang menjadi contoh kepada rakyat dan pengikut. Kita bimbang sikap terlalu mengejar habuan politik menghalalkan setiap perbuatan, termasuk terikut-ikut dengan amalan dan tingkah laku agama yang dianuti oleh pemimpin parti bukan Islam.

Sekiranya orang bukan Islam tidak menadahkan tangan ketika orang Islam membaca doa, apakah wajar orang Islam turut sama memegang lilin ketika penganut Kristian dan Buddha 'berdoa'?

Berpada-padalah berpolitik, jangan hingga boleh memesongkan akidah pengikut di kalangan umat Islam.

Anonymous said...

Tahniah tuan, pendapat dan tulisan memang bernas kali ini. Saya sendiri pun dah rasa semacam je apabila baca artikel ni.

Memang betullah, kita yang menjaga kepentingan rakyat, perlu berkorban untuk rakyat. Bagi depa tu agak susah sikitlah sebabnya niat depa nak undi undi ja... pas jual lah agama sikit - sikit untuk jadi modal supaya orang pengaruh.

Tahniah sekali lagi.

dari saya : jurirakyat.blogspot.com

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Untuk pengetahuan tuan, semasa Nizar pegang lilin tu, bukan upacara agama, tetapi sebaliknya sidang akhbar anjuran DAP. Dan DAP amik peluang untuk nyatakan bantahan terhadap kematian teoh dgn cara tu...

Kalau tuan atau sapa2 nak tengok gambar2 lain yg lebih menarik.. sila copy paste link ni...

http://pemudakemehe1.blogspot.com/2009/07/isu-lilin-nizar-rasanya-anda-akan.html