19 April, 2012

PEMAKI ISLAM DAN RAJA MELAYU TULIS LIRIK 'UBAH'


Sebentar tadi saya rasa terpanggil untuk mendengar lagu 'Ubah' yang dicipta sebagai bahan kempen DAP dan Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13. Klip video lagu itu telah dimuat turun dalam Youtube. Maka berkesempatanlah saya untuk meninjau apakah mesej yang hendak disampaikan dalam lagu itu.

Dalam klip video selama 4.44 minit itu, beberapa tokoh pembangkang dari PR turut sama menyanyikan lagu berkenaan. Antaranya Nurul Izzah, V. Sivakumar, MP Serdang Teo Nie Ching (yang bertazkirah di dalam masjid), Khalid Samad dan Nik Nazmi.

Saya agak terpampan melihat wajah Ahli Parlimen Rasah (DAP), Anthony Loke Siew Fook yang turut sama menyanyi. Di akhir klip video itu sekali lagi saya tergamam apabila membaca bahawa penulis lirik lagu itu adalah Loke Siew Fook.

Maka saya teringatlah semula sebuah artikel yang ditulis oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin di dalam blognya berkaitan sikap Loke Siew Fook terhadap agama Islam.

Loke Siew Fook
Zulkifli telah mendedahkan satu tulisan Loke di dalam blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock. Blog berkenaan telah ditutup beberapa hari selepas menerima kecam daripada pelbagai pihak.

Antara tulisan Loke ketika membidas Dr. Ridhuan Tee berbunyi begini : "Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan", "What sort of fucking Dr. r u" dan yang paling pedih adalah "Has everything be reduced to your fucking religion?"

'Fucking religion' atau bolehlah diterjemahkan sebagai 'agama p***mak' yang dimaksudkan oleh Loke dalam blog itu adalah merujuk kepada agama Islam, agama anutan Dr. Ridzuan Tee Abdullah, seorang pendakwah bebas yang amat dihormati.

Setelah menulis dengan kata-kata yang begitu kesat termasuk memaki hamun agama Islam, kini DAP dan Pakatan Rakyat mendambakan lirik lagu tulisan Loke Siew Fook untuk menarik sokongan rakyat terhadap pakatan pembangkang itu dalam PRU13 nanti.

Lagu Ubah mahu mempengaruhi rakyat berbilang kaum dan agama supaya menyokong PR, termasuk umat Islam yang merupakan majoriti pengundi di negara ini. Ironinya, penulis lirik lagu itu adalah seorang yang berfikiran negatif terhadap agama Islam. Bukan sekadar negatif di dalam hati, malah sanggup menzahirkannya dengan ungkapan maki hamun terhadap agama rasmi negara ini.

Selain itu, Loke Siew Fook di dalam blognya The Might of Pen pula dengan penuh kebiadaban juga pernah menghina DYMM Sultan Perak dan DYTM Raja Muda Perak dengan kata-kata "nyanyuk" dan "menanti untuk menjadi ahli neraka". Sudahlah dia menghina agama Islam, Loke turut menghina ketua agama di sebuah negeri beraja dan berdaulat.

Terpulanglah kepada rakyat Melayu-Islam mahu menilai lagu yang liriknya ditulis oleh pemaki Islam dan Raja-Raja Melayu ini. Malah saya yakin rakyat beragama lain juga pastinya memandang sinis dan penuh sekaptikal terhadap pemimpin dan individu yang menghina, apatah lagi memaki agama lain dengan ungkapan yang sungguh biadap.

Barisan terakhir yang tertera dalam klip video itu adalah 'Produksi DAP Malaysia'. Maka tunduk angguklah pemimpin dan pendokong PAS dan PKR menyanyikan lagu yang dipelopori oleh DAP ini.

Begitu jugalah nanti Hadi Awang, Mat Sabu, Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Nizar Jamaluddin dan lain-lain pemimpin Islam dalam PAS dan PKR akan turut sama berbangga mendendangkan lagu yang liriknya ditulis oleh seorang pemaki agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

Tulisan Zulkifli Nordin terhadap Loke Siew Fook boleh dibaca di SINI.

Tulisan Loke yang menghina Sultan Perak dan Raja Muda Perak boleh baca di SINI.

Klip video lagu Ubah selama 4.44 minit di YOUTUBE. Tempoh masa pun 4.44 minit, angka yang amat tidak digemari oleh kaum Cina. Maka DAP dan PR akan mati, mati dan mati.

Waktu artikel ini disiarkan adalah 12.11 minit pagi 19hb April 2012, hari ulangtahun keputeraaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak. DAULAT TUANKU!!!


1 comment:

Anonymous said...

bosan