Jentera Pilihanraya UMNO Negeri Perak telah ditugaskan membantu Peti Undi Bihai dan Peti Undi Belatim dalam Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri N45 Galas. Seramai 28 orang menganggotai jentera UMNO Perak yang mula bertugas sepenuh masa sejak 24 Oktober sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur. Bagi pihak Badan Perhubungan UMNO Perak, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua. Pahit dan manis menjadi asam garam ketika berjuang. Yang pasti keputusan yang dicapai (seperti di bawah) menceritakan keberkesanan gerak kerja kita semua.
Setiap keping foto di bawah ini menceritakan seribu ayat.
![]() |
Sebahagian jentera UMNO Perak bergambar bersama masyarakat Orang Asli Kampung Tendrik |
KUNJUNGAN AWAL (10 & 11 OKTOBER 2010)
Suasana di Kampung Tendrik, Bihai (10 Oktober 2010) |
Makan tengahari di sungai berhampiran Kampung Chemal, Belatim |
![]() |
Bersama penduduk Belatim bergotong-royong membersih kawasan. Di sini menjadi pusat pembuangan undi Peti Undi Belatim |
Tersangkut dalam perjalanan pulang dari Belatim ke Bihai. UMNO Perak mengeluarkan sedikit peruntukan membaikpulih laluan ini |
CABARAN LUMPUR DAN JURANG KE POS BIHAI DAN BELATIM
![]() |
Pazli dan Wak Nuar menukar tayar lipan yang hanya sesuai untuk masuk ke Bihai dan Belatim |
![]() |
Jalan berlumpur ketika hujan adalah fenomena dan cabaran yang perlu ditempuh |
![]() |
Jurang yang cukup dalam di kanan jalan |
Bersama Sdr Pazli Abdulah Sani (Setiausaha Jentera UMNO Perak) menyeberang sungai ke Pos Belatim |
DI DAPUR RUMAH PERAK
![]() |
Encik Anuar (berbaju merah) yang menjadi ketua chef. Walaupun memasak ala-tentera, tetapi sedap! |
![]() |
Dinner di Rumah Perak, Kampung Tendrik |
![]() |
Menyediakan nasi bungkus untuk jamuan rakyat |
MENONTON SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA (KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN) MELALUI ASTRO DI RUMAH PERAK
![]() |
Meraikan gol pasukan Kelantan |
KUNJUNGAN YAB MB PERAK KE PETI UNDI BIHAI
(31 OKTOBER 2010)
Rombongan MB bertembung dengan konvoi dari Perak yang berkelah |
Berat tu Wak!! |
Bergambar di pintu masuk Kampung Tendrik |
Bertembung dengan Dato' Ramli Zahari bersama anak buahnya pemuda Orang Asli dari Kampung Chemal |
MENDAPATKAN BEKALAN MAKANAN
DARI PEKAN GUA MUSANG
DARI PEKAN GUA MUSANG
Berhenti makan nasi dagang bungkus yang dibeli di Gua Musang |
MALAM MESRA BUDAYA DI KAMPUNG BELATIM
Menyampaikan hadiah pertandingan karaoke. Kelihatan YB Dato' Tarmizi Idris (Pak Tok) yang menjadi Ketua Zon Peti Undi Belatim dan penyanyi popular masyarakat Orang Asli, Itam Jelmol. |
Penyanyi popular Orang Asli, Kajol. |
Haji Saidin (Penolong Setiausaha Jentera) memberi taklimat kepada ketua-ketua perkampungan Orang Asli di Peti Undi Belatim. Haji Saidin boleh bertutur bahasa suku Temiar, sama seperti Pazli yang bercakap macam ayor. |
Bergambar bersama ketua-ketua perkampungan Orang Asli di pintu masuk Kampung Belatim |
Bersama Pak Tok Tarmizi dan Encik Harun menyampaikan hamper makanan ke rumah-rumah penduduk |
1Malaysia!! |
CABARAN KE KAMPUNG LALOK |
(Dua foto di atas) Perjalanan ke Kampung Lalok untuk menghantar bekalan makanan hanya boleh mencecah tiga suku jalan sahaja. Hampir setahun kampung ini tidak dimasuki kenderaan empat roda. |
Jambatan menghala ke Kampung Lalok |
DI PERKEMAHAN PENGUNDI SEHARI SEBELUM PEMBUANGAN UNDI
Melihat keadaan seorang kanak-kanak yang baru menjalani pembedahan |
Bersama Wak Nuar membantu memasak makan malam untuk pengundi dan keluarga mereka dari Kampung Bihai Lama |
![]() | ||
Memberi taklimat akhir cara membuang undi kepada pengundi muda di Kampung Hau |
Perkhemahan pengundi dari Kampung Sau |
HARI PENGUNDIAN (4 NOVEMBER 2010)
Pazli dan Angah Along (Ketua Cawangan Belatim) |
Menerima berita kemenangan melalui siaran Astro di Rumah Perak, Kampung Tendrik |
Jamuan kesyukuran dan doa selamat atas kemenangan |
Post-mortem dan mesyuarat akhir Jentera UMNO Perak |
BERKEMAS UNTUK PULANG
Foto kenangan sebelum berpisah dengan penduduk Kampung Tendrik |
Perjalanan pulang setelah selesai tugas (5 November 2010) |
Bergambar di hadapan pejabat Felcra Panggung Lalat, Gua Musang setelah selamat keluar dari Bihai dan Belatim |
KEPUTUSAN DI PETI UNDI BIHAI DAN BELATIM
PETI UNDI BIHAI
PERATUS % | ||
JUMLAH PENGUNDI | 267 | |
MENGUNDI BN | 233 | 87.00 |
MENGUNDI PAS | 5 | 1.87% |
UNDI ROSAK | 6 | 2.24% |
TIDAK KELUAR MENGUNDI | 23 | 8.61% |
PETI UNDI BELATIM
PERATUS % | ||
JUMLAH PENGUNDI | 160 | |
MENGUNDI BN | 117 | 73.10% |
MENGUNDI PAS | 9 | 5.62% |
UNDI ROSAK | 5 | 3.12% |
TIDAK KELUAR MENGUNDI | 29 | 18.12% |
4 comments:
Salam YB,
Syabas atas gerak kerja UMNO Perak di Galas..
Sempat teman komen aktiviti ini di blog budakbalun..
Mohon kebenaran siaran ya?
Salam budakbalun. Silakan. Tak ada yang perlu disekat.
SYABAS !! SYABAS !! SYABAS !! WANGSA SETIA MEMAPARKAN KEGIATAN UMNO PERAK DI GALAS
PAPARAN YANG MENARIK...SYABAS!!
Post a Comment