03 March, 2010

ATURCARA PENUH JUARA RAKYAT NEGERI PERAK


ATURCARA KESELURUHAN PROGRAM JUARA RAKYAT PERINGKAT
NEGERI PERAK

5 MAC 2010 (JUMAAT)

MASA

ACARA

TEMPAT

3.00 ptg – 10.00 mlm
Pameran dan Gerai Jualan
Tasek YDP, Slim River

3.00 ptg - 6.00 ptg
Sukan Air
Tasek YDP Slim River

5.00 ptg
Rehearsal
Tasek YDP Slim River

8.00 mlm - 10.00 mlm
Pertandingan Rebana Perak
Tasek YDP Slim River
8.00mlm – 10.00mlm
Ceramah Kerjaya dan Motivasi

 
SMK Ayer Kuning
            SMK Buyong Adil
       SMK Slim
       SMK Khir Johari,TM


6 MAC 2010 (SABTU)

MASA

ACARA

TEMPAT

8.00pg – 9.00pg

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tadika

Tasek YDP Slim River

9.00pg – 10.00mlm

Pameran, Ekspo dan Gerai Jualan

Tasek YDP Slim River

9.00 pg – 10.15pg

Persembahan tarian 1 Malaysia dan nyanyian 3 kaum

Tasek YDP Slim River

9.00pg

Ketibaan YAB TPM di  Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim

YAB TPM bertemu warga pendidik Daerah Batang Padang

POLISAS


Dewan
POLISAS Behrang



6 MAC 2010 (SABTU)

MASA

ACARA

TEMPAT

10.30pg

Ketibaan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri  untuk Perasmian Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Perak

- Paluan Kompang, Gendang India dan Tarian Singa.

Tasek YDP Slim River



           
Nyanyian Lagu
Bacaan Doa
Ucapan Aluan YAB Menteri Besar Perak
Ucapan Pelancaran YAB Timbalan Perdana Menteri
Gimik Pelancaran Program Juara Rakyat dan kempen “JOM SOKONG BN”
Nyanyian Lagu Juara Rakyat dan 1Malaysia (Diiringi oleh persembahan tarian dari kumpulan kebudayaan Majlis Bandaraya Ipoh)
Penyampaian Sijil Pameran/Expo
Anugerah Pelajar Cemerlang STPM/PMR 
Sidang Akhbar   
Lawatan ke Gerai
Jamuan Rakyat
(Diiringi oleh persembahan Kombo Majlis Bandaraya Ipoh)




2.30 ptg
Perjumpaan Khas YAB TPM dengan BN Negeri Perak, Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak  dan Ahli Majlis Tertinggi (Angkat).

Dewan Alamanda, TCR

4.00 ptg

YAB TPM menyertai program gotong royong membina sebuah rumah warga daif dan ramah mesra bersama masyarakat  di Kampung Baru (Cina) Slim Village.

YAB TPM dan isteri berangkat pulang.

Kg. Baru Slim Village


2.00ptg – 4.00ptg

Pertandingan Aspek Wanita

Tasek YDP Slim River

3.00ptg – 6.00 ptg

Sukaneka

Tasek YDP Slim River

5.00ptg – 6.00 ptg

Gerakan Tumpuan ‘Santai Petang’

20 lokasi terpilih

9.00mlm

Forum Perdana

Tasek YDP Slim River

12.00mlm

Program Mengimarahkan Masjid
Bersama YAB Menteri Besar

Masjid SIS II Slim River


JADUAL AKTIVITI YABHG PUAN SERI NORAINEE ABDUL RAHMAN
                    ISTERI YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI


6 MAC 2010

MASA

ACARA

TEMPAT

9.00 pg – 1.30 ptg

Bersama dalam jadual YAB Timbalan Perdana Menteri


 2.30 ptg
Majlis menyampaikan sumbangan kepada 100 anak yatim bawah umur 12 tahun dan ramah mesra dengan warga Felda Gugusan Trolak
Dewan Orang Ramai, Felda Trolak Utara

4.00 ptg

Menyampaikan hadiah Pertandingan Aspek Wanita

Tasek YDP, Slim River

5.00 ptg

Bertolak pulang bersama YAB TPM



7 MAC 2010 (AHAD)

MASA

ACARA

TEMPAT

4.00 pg

Qiamullail / Solat Subuh / Kuliah
Bersama YAB MB

Masjid SIS II,Slim River

7.00 pg

YAB MB bersarapan pagi bersama rakyat

Restoran Kurnia Slim River

9.30 pg

YAB MB menyertai gotong – royong membaik pulih rumah rakyat termiskin (India)

Kg Baru,Behrang Ulu

11.30 pg

YAB MB menyertai gotong – royong membina rumah rakyat termiskin (Melayu)

Kg Kuala Slim

12.30 tgh

YAB MB menyertai Jamuan Rakyat dan Solat Zohor

Masjid Jame’ Kuala Slim

8.00pg – 5.00ptg

Pertandingan Futsal

Beberapa gelanggang futsal

9.00pg – 6.00ptg

Pertandingan Bola Jaring

Padang Awam Slim River

9.00pg – 5.00ptg

Pameran, Ekspo dan Gerai Jualan

Tasek YDP Slim River

9.00pg – 4.00ptg

Pertandingan Puzzle

Tasek YDP Slim River

9.00pg – 3.00ptg

Servis Motosikal Pelatih GIATMARA

Tasek YDP Slim River

4.30ptg-5.30ptg

Gerakan Tumpuan “Santai Petang”

20 lokasi terpilih

5.30 ptg

Majlis penutup oleh YB Dato’ Ahmad Maslan
Penyampaian hadiah pertandingan:
-           Futsal
-           Bola Jaring
-          Gerai terbaik

Tasek YDP Slim River

01 March, 2010

JUARA RAKYAT NEGERI PERAK


5HB-7HB MAC 2010
TAMAN TASIK YDP, SLIM RIVER

MAJLIS PERASMIAN
6HB MAC 2010 (9.00 PAGI)

OLEH
YAB TAN SRI HAJI MUHYIDDIN YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
TIMBALAN PENGERUSI BN MALAYSIA
TIMBALAN PRESIDEN UMNO MALAYSIA

SEMUA DIJEMPUT HADIR

25 February, 2010

KEJAM !! KERAJAAN SELANGOR ROBOH GERAI

 Adun Hulu Bernam, Dato' Idris Bakar sedang meninjau sebuah gerai makan dekat Sungai Inki yang dirobohkan oleh Kerajaan "Pakatan Rakyat?" Negeri Selangor.

Alangkah malangnya nasib seorang peniaga di tepi Sungai Inki di Hulu Bernam apabila Kerajaan Selangor di bawah pemerintahan "Pakatan Rakyat?" merobohkan gerainya siang tadi. Kedudukan gerai itu tidak langsung mengganggu lalulintas, bukannya terletak di tepi jalan utama malahan tidak menyusahkan mana-mana pihak.

Gerai makanan itu menjadi tempat untuk rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana menikmati juadah  kerana harganya yang murah dan berpatutan.

Semuanya gara-gara tindakan Ketua Kampung yang dipilih oleh "Pakatan Rakyat?" mengarahkan gerai itu dirobohkan.

Adun Hulu Bernam, Dato' Idris Bakar berkata, inilah kali pertama dalam sejarah 100 tahun pekan Hulu Bernam, sebuah gerai makan dirobohkan oleh pihak yang diamanahkan kuasa.

Beliau berasa sungguh kesal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan ketua kampung berkenaan yang bertindak kononnya atas arahan Pegawai Daerah.

"Kerajaan DAP Selangor dah gantung saya enam bulan tak bergaji, sekarang periuk nasi rakyat pula dimusnahkan. Kerajaan Firaun namanya tu," luah Dato' Idris dalam wall Facebooknya.

Ikutilah antara komen dan isi hati rakyat yang dicurahkan wall facebook milik Dato' Idris :

Nora Hj Mad
Seingat saya semasa arwah ayah jadi ketua kampung tak pernah bertindak sedemikian, segala tindakan ada tolak ansur dan kata sepakat dari org ramai. Ni PKR membawa kepada kemusnahan... itu yg dikatakan nak bantu rakyat. Hampeh betul.

Zolkaranain Sahari
korang tau tak... pemilik kedai tu pegi jumpa ketua kg PKR tu 14 kali merayu mintak tangguh robohkn kedai tu.... dia kata... tak boleh sambil jual nama DO... dia kata ini atas arahan DO...bila dirisik2.... org kuat DO kata ketua kg yg mintak sgt2 kedai tu dirobohkn.. pagi tadi pemilik kedai tu merayu lagi sampai melutut dan pegang kaki ktua kg lahanat tu.... dia buat derkk jer.. Inikah parti yg menjuangkan nasib orang melayu... sial tol....

Bro Dani Daniel Makin menjadi jadi la PR ni..manifesto yg suwey..suka sgt menindas atas kepentingan politik.Bangkitlah rakyat Selangor,bangkitlah UMNO ..KITA berjuang habis habisan kali ini untuk mempertahankan hak2 rakyat.

Hairudin Malingkayo
tu lah jadi masaalah besar skrg..semakin ramai org yg xada ciri2 kepimpinan jadi pemimpin...dunia akhir zaman...ingatlah pesan Nabi Muhammad s.a.w...tanda2 akhir zaman apabila org yg bukah ahli dlm bidang tersebut menjadi penentunya..begitu juga mereka yg bukan ahli agama mengeluarkan hujah dan fatwa yg mengelirukan masyarakat...lihatlah dan fikirkanlah apa terjadi sekeliling kita sekarang...istighfarlah selalu...

Ahmad Dzamir Mir Pj
KAT KAMPUNG MELAYU SUBANG PUN DAH ROBOH BANYAK DAH GERAI2 MELAYU...

Azwanizam Aziz
kami pemuda kg keliang berjanji akan memberi sepenuh sokongan kepada BN pada pilihan raya akan datang.

Aedi Rizwan
Ape la teruk punye manusia.. Kalau ye dendam pun, jgnla kacau periuk nasi org.. Die pun ade yg perlu dsara.. Berperikemanusiaan la.. Rasa mcm nak tumbuk je muke ketua kg yg berhati binatang tu..

Komen-komen lain boleh dilihat DI SINI.

17 February, 2010

IDHAM MUALAF HINA MELAYU

Betapa hinanya Melayu di kacamata seorang Adun Cina mualaf bernama Khalil Idham Lim. Dia lupa agaknya bahawa kemenangannya di DUN Titi Serong pada 2008 lalu adalah hasil sokongan majoriti kaum bernama Melayu.

Hina sangat Melayu hingga Idham melebalkan bangsa itu sebegini - “Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh 'miss' dengan cendul, biar pun 'miss' duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan 'miss' cendul”.

Rasa terhiris luka di sudut hati Melayu itu disiat-siat lagi oleh Cina mualaf ini dengan ayat “Melayu tidak boleh 'miss' bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali 'miss' solat terawih”.

Setelah disiat dengan rakusnya, Adun Pas itu mencincang pula daging Melayu yang dah hampir lumat itu dengan kata-kata “Melayu tidak boleh 'miss' berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil. Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah 'esok' boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam)”.

Penghinaan dan cacian Adun Cina mualaf ini ditujukan kepada Melayu – tak kiralah Melayu itu menganut ideologi Umno, ideologi PKR, ideologi DAP, ideologi Gerakan, ideologi PBB, ideologi PBS, ideologi Nahdatul Ulama malahan ideologi Pas.

Idham yang mengenal Islam selepas lama dilahirkan, lupa bahawa Melayu di bumi yang dulunya dikenali sebagai Nusantara dan Tanah Melayu ini, telah ratusan tahun menjunjung institusi beraja, menghormati budaya dan tata susila, menyanggah penuh santun, bertengkar dengan seloka, memimpin berlandaskan agama dan adat sebangsa.

Apakah Idham mahu menceritakan hanya yang buruk mengenai sekelompok Melayu, dan menyembunyikan keagungan ilmuan dan peradaban yang dibina oleh kelompok Melayu lainnya yang bergelar ulama’ dan umara’?

Terlalu canggung apabila Idham yang Cina itu menyifatkan “UMNO tidak boleh lari daripada Melayu. Melayu tidak boleh lari daripada UMNO. Dan UMNO tidak boleh lari daripada budaya Melayu. Kalau UMNO lari daripada budaya Melayu ibaratnya macam Si-Tanggang, dikategorikan men'derhaka'”.

Dia bukan hanya menghina Melayu yang mengundinya di Titi Serong, malahan terhadap segenap Melayu di serata pelosok dunia.

Tetapi sebaliknya dia merasa dirinya sebagai Cina telah terhina hanya kerana seorang pemimpin Melayu mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di sebuah kediaman rasmi milik rakyat. Sebagai seorang Cina, dia sepatutnya tahu membezakan manakah perayaan agama bagi kaumnya, dan mana pula perayaan budaya.

Kokok siang pandang-pandang, kokok malam dengar-dengar.

Catatan Idham Cina mualaf itu boleh dibaca diblognya Cina Islam di sini dan di sini.