01 March, 2012

MUSLIMAT PAS DAN ISU MASJID


Saya terbaca kenyataan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar) yang disiarkan oleh HarakahDaily mengenai pembinaan masjid-masjid oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di seluruh negara.

Katanya dalam HarakahDaily : 

“…menyentuh mengenai Umno BN yang mempersoalkan hanya sebuah masjid berjaya didirikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Siti Zailah berkata, apa yang harus diberi perhatian bukan kuantiti, tetapi cara masjid itu diimarahkan. 

"Kenyataan BN itu menggambarkan betapa jauhnya pemimpinnya dengan ajaran Islam.

"Dalam sejarah dulu, kaum munafik mendirikan Masjid Dirar bagi menyaingi masjid yang didirikan para sahabat dan Rasulullah mengarahkan masjid itu dibakar," katanya. 

Siti Zailah berkata, Menteri Besarnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih gemar mendidik rakyat negeri itu agar menginfakkan wang untuk membina masjid.

"Tok Guru Nik Aziz mahu masjid yang didirikan itu hasil kutipan derma daripada rakyatnya sendiri kerana pahala menderma untuk pembinaan masjid itu sampai ke akhirat," katanya”. 

Apakah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat ini mahu mengatakan bahawa langkah Kerajaan BN membina sebegitu banyak masjid di negara ini sebagai gambaran bahawa pemimpin BN sudah jauh daripada ajaran Islam. Tidakkah dengan cara membina masjid-masjid dan surau-surau dapat mendekatkan lagi muslimin dan muslimat kepada agama Islam selain menjadikannya sebagai tempat mengeratkan ukhwah Islamiah?

Kerajaan BN membina masjid untuk kemudahan umat Islam beribadah, khususnya bersembahyang secara berjemaah yang begitu dituntut oleh ajaran Islam. Tidak timbul soal pembinaannya untuk menyaingi mana-mana masjid, jauh sekali untuk dimegah-megah. Malahan boleh dikatakan Kerajaan BN membina masjid hampir di setiap ceruk kampung dan taman-taman yang mempunyai ramai penganut beragama Islam.

Munafikkah Kerajaan BN pada fikiran Ketua Muslimat PAS Pusat itu apabila mendirikan rumah-rumah Allah sehingga hendak disamakan dengan pembinaan Masjid Dirar oleh kaum munafikin di zaman Rasulullah? Apakah beliau cuba menghasut supaya masjid-masjid yang sebegitu banyak dibina oleh Kerajaan BN itu dibakar sebagaimana arahan baginda Rasulullah terhadap Masjid Dirar?

Siti Zailah berkata, Nik Aziz lebih gemar mendidik rakyat negeri  itu agar menginfakkan wang untuk membina masjid – soalnya berapa banyakkah wang yang telah dikutip oleh pemimpin-pemimpin PAS daripada rakyat, khususnya setiap kali selepas majlis ceramah politik parti itu, dan berapa banyak pula masjid yang telah didirikan hasil wang infak rakyat di negeri itu?

Kemanakah wang yang dikutip dari rakyat ini dibelanjakan? Isi tabung bina masjid?

Bukan juga rahsia bagaimana PAS menjadikan masjid yang dibina oleh Kerajaan BN sebagai tempat mereka menyebarkan fahaman politik sempit PAS sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan khariah. Masjid sepatutnya dijadikan tempat menyatukan ummah, tetapi PAS sejak sekian lama menjadikan masjid sebagai tempat menyemai dan menyemarakkan perpecahan di kalangan masyarakat, sehingga ke tahap wujudnya sembahyang dua imam.

Kenyataan Ketua Muslimat PAS Pusat itu boleh dibaca di SINI.

28 February, 2012

DURIAN RUNTUH DI FELDA






Ini betul-betul durian runtuh di Felda. Tidak perlu lagi menunggu Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia. 

Sebuah rumah didiami seorang ibu tunggal telah ditimpa pokok durian dalam kejadian ribut lewat petang semalam. Pokok durian itu tumbang dari arah dapur dan meranapkan sebahagian besar atap dan alang rumah beralamat di No 581, Jalan Tahan, Felda Trolak Selatan terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Slim, Perak.

Ibu tunggal berkenaan, Puan Hasnah bte Mahmood ketika itu berada di rumah bersama seorang anaknya. Mujurlah tidak ada kemalangan jiwa berlaku akibat kejadian itu.

Pasukan bomba dari Balai Bomba Slim River telah datang sekitar jam 9.30 malam bagi meninjau kejadian dan telah menasihatkan penghuni rumah menumpang di rumah jiran tetangga sementara menunggu pokok yang tumbang itu dibersihkan pagi ini.

Kerja-kerja mengalihkan pokok durian dilakukan pagi ini oleh pasukan bomba dengan kerjasama penduduk tempatan dan jiran tetangga. Pegawai Daerah Batang Padang telahpun dimaklumkan bagi menguruskan bantuan kecemasan.

Pusat Khidmat ADUN Slim juga telah mengeluarkan bantuan segera berjumlah hampir RM5,000 bagi membeli peralatan seperti atap zink dan kayu untuk melakukan kerja baikpulih kerosakan rumah ibu tunggal itu hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan dan syabas atas sikap bantu membantu yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat.

20 February, 2012

KONVENSYEN UMNO PERAK 2012


Konvensyen UMNO Negeri Perak 2012 telah diadakan semalam, 19 Februari 2012 bertempat di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.

Seramai hampir 7,000 perwakilan hadir dari 1661 cawangan UMNO dari seluruh Negeri Perak, termasuk AJK Bahagian empat peringkat.

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyampaikan ucapan dasar dan seramai 14 wakil bahagian sempat membahaskannya. Pembahas bahagian adalah terdiri daripada pemimpin akar umbi di peringkat cawangan yang tidak memegang sebarang jawatan di peringkat Bahagian.

Konvensyen itu dirasmikan penutupannya oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. 












17 February, 2012

FOTO2 MENARIK LAWATAN MB KE SELATAN PERAK

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah mengadakan lawatan kerja ke Selatan Perak, iaitu ke Tanjong Malim, Behrang Stesen, Bandar Behrang 2020, Slim Village, Ulu Slim, Slim River dan Trolak Pekan pada 15-16 Februari lalu.

Berikut antara foto-foto menarik yang dapat dirakamkan :

Iktikaf di Masjid Jameq Tanjong Malim sebelum menunaikan qiamulail dan solat Subuh berjemaah
Doa selepas solat Subuh
Sarapan pagi bersama jemaah di gerai MDTM, Tanjong Malim
Klinik Dr Zambry di tapak letak kereta pekan Tanjong Malim
Di Behrang Stesen bersama Kemas
MB memberikan tazkirah selepas solat Subuh
Walkabout di Pasar Awam Tanjong Malim

Di Tanjong Malim
Walkabout di Behrang Stesen
Bersama pelajar baru UPSI di Masjid Tanjong Malim

Di depan Bangunan bersejarah UMNO Bahagian di Slim Village
Bersama isteri melawat wad kanak-kanak Hospital Slim River

Ramah mesra bersama warga Trolak Pekan, DUN Slim dan menziarah tiga keluarga
Lepak di tempat kebiasaan saya dan pekena mee rebus popular
Menyampaikan baucer BR1M di Dewan Ghazali Jawi, Slim River
Jamuan Rakyat di Slim River
Team MB vs Team Veteran Tanjong Malim di Padang Awam Slim River

Foto-foto menarik yang lain akan dimuatkan dari semasa ke semasa. Terima kasih atas lawatan Dato' Seri dan barisan Exco Kerajaan Negeri ini.

14 February, 2012

JADUAL LAWATAN KERJA MB PERAK KE TANJONG MALIM

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir akan melakukan lawatan kerja ke DUN Behrang dan DUN Slim pada 15-16 Februari ini. 

Antara jadual lawatan beliau pada 15 Februari ialah :
1. Mengadakan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Perak di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Tanjong Malim bermula jam 9.00 pagi.
2. Menyampaikan amanat kepada semua pemimpin dan masyarakat di Slim River/Tanjung Malim pada jam 2.00 ptg di Dewan Sri Tanjung Majlis Daerah Tanjong Malim di Behrang 2020.
3. Minum petang bersama penduduk Behrang Stesen jam 5.00 petang di Medan Selera Behrang Stesen.
4. Solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Masjid Behrang 2020.
5. Perjumpaan tertutup dengan BN Bahagian Tanjong Malim di Dewan Auditorium MDTM pada jam 9.00 malam.
6. 'Program Lepak' bersama rakyat dan rakan Facebook di Restoran Wangsar, Tanjong Malim bermula jam 10.30 malam.
 
Program pada 16 Februari pula ialah :
1. Solat Subuh berjemaah di Masjid Tanjung Malim.
2. Sarapan pagi bersama rakyat di Medan Selera Tanjung Malim.
3. Klinik Dr. Zambry jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari di tempat letak kereta pasar awam Tanjung Malim.
4. Jamuan Rakyat untuk penduduk sekitar Slim River dan kampung dan taman perumahan berdekatan di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River bermula jam 12.30 tengahari.
5. Melawat Hospital Slim River dan ramah mesra bertama kakitangan hospital serta menziarah pesakit di wad kanak-kanak pada jam 2.30 petang.
6. Ramah mesra bersama rakyat di Trolak Pekan dan menziarah 3 buah rumah pada jam 3.30 petang.
7. Klinik bolasepak Dr. Zambry melibatkan 2 pelajar bagi setiap sekolah dalam Parlimen Tanjong Malim bermula jam 2.00-5.00 petang di Padang Awam Slim River.
8. Perlawanan bolasepak Team MB menentang Team Pilihan Slim River/Tanjung Malim di Padang Awam Slim River pada pada jam 5.00 petang.
Barisan Exco Kerajaan Negeri juga mempunyai jadual programnya sendiri di sekitar DUN Behrang sepanjang lawatan kerja MB pada tarikh berkenaan.

08 February, 2012

JADUAL LAWATAN TPM KE PERAK 11/2/2012


YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Seri Diraja Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan sehari ke Negeri Perak pada 11 Februari 2012. Beliau dan isteri dijangka tiba pada jam 8.00 pagi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh dan akan mengadakan pertemuan dengan YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir di kediaman rasmi Menteri Besar.

Pada jam 9.00 pagi, TPM yang juga Timbalan Presiden UMNO Malaysia akan mendapatkan taklimat War Room UMNO Negeri Perak di Bangunan UMNO Negeri dan pada 11.00 pagi di tempat yang sama akan mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Negeri Perak.

Selepas itu TPM akan menghadiri majlis dialog dengan guru mentor Negeri Perak di Hotel Riverfront, Ipoh.

Pada jam 3.00 petang, TPM dijangka tiba di Teluk Intan menaiki helikopter dan terus menuju ke padang Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Bahagia untuk majlis bersama rakyat. Dijangka seramai 30,000 rakyat akan menghadiri program minum petang itu.

Dalam program berasingan sebelah pagi, isteri YAB TPM, Puan Sri Datin Seri Diraja Noorainee Abdul Rahman bersama Baiduri (Badan Amal Isteri-Isteri Wakil Rakyat BN Perak) akan mengadakan majlis Sambutan Tahun Baru Cina bersama Persatuan Ibu Tunggal Cina Perak di kediaman rasmi Menteri Besar Perak pada jam 9.00 pagi.

Pada jam 10.30 pagi pula, Puan Seri akan mengadakan lawatan ke Wad Wanita dan Kanak-kanak Hospital Besar Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

TPM dan isteri dijangka berangkat pulang ke Kuala Lumpur  pada jam 5.30 petang.