14 February, 2020

SELAMAT BERSIDANG CAWANGAN UMNO


Sejumlah 22,156 cawangan UMNO di seluruh negara akan mula bersidang mulai esok 15 Februari sehingga 19 April 2020. Jumlah ahli UMNO sehingga 5 Disember 2019 ialah seramai 3,292,667 orang. 

Tahun ini tiada pemilihan jawatan di semua peringkat. Kali terakhir pemilihan ialah pada tahun 2018, dan akan hanya diadakan pada 2021 berdasarkan Perlembagaan UMNO. Itupun boleh dilanjutkan sehingga 18 bulan.

Walaupun tiada pemilihan, saya yakin persidangan UMNO cawangan akan berjalan seperti biasa, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Samada UMNO memerintah atau menjadi pembangkang, semangat ahli-ahli untuk menjayakan amanah ini tidak pernah luntur.

Mereka akan memilih wakil cawangan ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Bilangan wakil bergantung kepada jumlah ahli di cawangan berkenaan, selain Ketua Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri Cawangan yang layak secara automatik. Cawangan yang punya lebih 201 ahli dan lengkap struktur sayap-sayapnya boleh menghantar maksima 9 perwakilan.

Ketika pemilihan parti, wakil-wakil inilah yang akan menentukan siapakah pemimpin yang layak memegang apa juga jawatan di peringkat Bahagian dan Pusat, termasuk memilih Presiden sehinggalah ke Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. 

Itulah struktur pemilihan kepimpinan UMNO. Ianya bermula dari akar umbi, iaitu cawangan. Tidaklah hanya satu undi dari satu cawangan seperti satu parti itu.

Selamat bersidang saya ucapkan kepada semua 22,156 Cawangan UMNO di seluruh negara.

#UMNO #PartiAkarUmbi #SelamatBersidangCawanganUMNO

No comments: