Hanya beberapa hari selepas 2,000 peneroka Felda berkumpul di depan Menara Felda di Kuala Lumpur bagi membantah tindakan Kesatuan Eropah (EU) memboikot produk minyak sawit, sekumpulan pemimpin Pakatan Harapan (PH) pula pergi bertemu duta 17 negara EU itu dengan tujuan melobi campurtangan asing dalam usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Bertepuk soraklah negara anggota EU dengan anggapan pertemuan itu sebagai satu pengiktirafan di kalangan politikus tempatan terhadap usaha mereka memboikot minyak sawit Malaysia, antara negara utama dunia yang mengeksport minyak sawit selain Indonesia.
Keyakinan EU itu ditambah pula dengan kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam pertemuan itu, tokoh politik yang telah dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia sekiranya PH memenangi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) tidak berapa lama lagi.
Pertemuan Dr. Mahathir dengan 14 duta dan tiga wakil negara anggota EU ke Malaysia pada 25 Januari lalu turut disertai Pengerusi DAP Tan Kok Wai, Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar dan Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu. Pertemuan diadakan di kediaman salah seorang duta yang juga Ketua Deligasi EU ke Malaysia, Maria Castillo Fernà ndez.
Tindakan Dr Mahathir dan PH itu sangat bertentangan dengan tindakan 2,000 peneroka diketuai Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad berarak menghantar memorandum bantahan kepada 17 kedutaan negara anggota EU di ibunegara pada 16 Januari lalu.
Kehadiran peneroka itu tidak sekadar mempertahankan periuk nasi sendiri, malah kantung seluruh peladang dan pekebun kecil yang bergantung pendapatan kepada tanaman kelapa sawit, bukan sahaja di Malaysia, malah di negara seluruh dunia yang menjadi pengeluar dan pengeksport produk minyak sawit.
Memorandum bantahan terhadap EU itu turut mengandungi 103,078 tandatangan oleh peneroka dan pekebun kecil sebagai tanda solidariti mereka mempertahankan masa depan industri berasaskan minyak sawit.
Demi kuasa dan nafsu haloba mahu menjatuhkan Najib dan BN, Dr. Mahathir dan PH mempersetankan nasib rakyat yang bergantung hidup kepada harga sawit. Peduli apa jika harga sawit jatuh akibat lambakan, asalkan matlamat menjatuhkan Najib dan BN tercapai, biarpun terpaksa berpaut kepada bantuan EU dan kuasa asing yang lain.
Janganlah lagi berharap kepada Pakatan Harapan untuk membela nasib rakyat yang bergantung rezeki kepada hasil kelapa sawit. Jika sudah sanggup bersekongkol dengan kuasa asing yang hendak merudumkan ekonomi negara, tidak ada sebab mahu meletakkan PH sebagai peneraju pentadbiran negara selepas PRU14 nanti. Tidak mustahil kerajaan PH akan diperalatkan oleh kuasa asing khususnya anggota EU akibat terhutang budi dengan campurtangan mereka menjatuhkan kerajaan sedia ada. EU sudah mula berangan mahu memperkudakan bakal PM Malaysia. 😩
Tidak sesuailah Naib Presiden PH, Mat Sabu mendakwa perjumpaan dengan EU itu sebagai 'major boost' terhadap usaha menjatuhkan Najib dan BN, sebaliknya tindakan itu lebih kepada 'major declined' terhadap perjuangan Najib dan BN membela nasib rakyat, khususnya para peneroka Felda, Felcra serta pekebun kelapa sawit di negara ini.
Selamat bersekongkol PH bersama EU. Usah lagi diganggu BN yang bersekongkol bersama rakyat.


No comments:
Post a Comment