Cawangan UMNO Chenein, sebuah perkampungan Orang Asli yang bersidang hari ini sebulat suara meluluskan usul membantah Deklarasi Tun Mahathir-Kit Siang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.
Usul UMNO Cawangan
Kampung Chenein
Bahagian Tanjong Malim
Menyedari bahawa parti keramat UMNO perlu terus dijunjung dan dipertahankan demi memastikan nasib bangsa dan tanahair terus terpelihara;
Mengakui bahawa jawatan Perdana Menteri itu adalah sebuah institusi yang dipilih secara demokratik melalui proses Pilihanraya Umum dan perlu dihormati;
Memahami bahawa parti-parti pembangkang, terutamanya DAP, telah lama melancarkan pelbagai serangan, tohmahan dan fitnah terhadap UMNO dan pemimpinnya dengan tujuan menimbulkan kebencian rakyat bagi membolehkan mereka mengambil alih pemerintahan negara.
Maka
UMNO Cawangan Kampung Chenein, satu-satunya cawangan Orang Asli dalam bahagian Tanjong Malim yang bersidang pada hari ini, 19hb Mac 2016 membuat usul berbunyi berikut :
Mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya tindakan mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana sanggup bersekongkol dan duduk satu meja dengan musuh utama UMNO, khususnya Lim Kit Siang dari parti DAP, dan berselindung atas nama rakyat membentuk apa yang mereka namakan sebagai Deklarasi Rakyat, bertujuan hendak menjatuhkan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dari jawatan Perdana Menteri secara tidak demokratik.
Mendesak pucuk pimpinan UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO supaya segera mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan mengenakan tindakan tegas, termasuk melucutkan keahlian beberapa pemimpin UMNO, termasuk mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Mahathir yang kini seolah-olah menjadi gunting dalam lipatan UMNO dan sanggup diri diperalatkan, apabila mereka juga bertindak duduk sebaris dengan pemimpin-pemimpin pembangkang menandatangani deklarasi tersebut bagi menjatuhkan Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat.
Menyokong penuh kepimpinan Dato' Seri Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO dan akan berdiri teguh bersama beliau memastikan UMNO dan BN memenangi Pilihanraya Umum ke-14.
Membantah setiap tindakan Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang kononnya mendapat sokongan majoriti Ketua UMNO Cawangan di seluruh negara bagi menjatuhkan Dato' Seri Najib selaku Perdana Menteri sedangkan anggota GKCM yang didalangi Tun Mahathir hanya sekelumit kecil berbanding majoriti besar cawangan UMNO yang masih menyokong Dato' Seri Najib.
Mokhtar A/L Achek
Ketua UMNO Cawangan Kampung Chenein
Tanjong Malim

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:
Post a Comment