Tiga orang disahkan meninggal dunia setakat ini dalam kejadian banjir kilat akibat pelepasan air dari Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet dekat Cameron Highland.
Kawasan yang paling teruk adalah di sekitar Rinching dan Blue Valley, kawasan yang aktif dengan aktiviti penanaman sayur.
Berdasarkan laporan, air empangan terpaksa dilepaskan bermula lewat malam tadi setelah paras air melebihi had akibat hujan lebat.
Maklumat tentang pelepasan air empangan telahpun disampaikan kepada ketua kampung dan penduduk yang tinggal di tepi Sungai Lembah Bertam.
"Pelepasan air dibuat dalam 3 peringkat. Pertama 4," menurut sumber.
Selepas pelepasan air kedua, terima panggilan kecemasan dan pasukan keselamatan bergegas ke tempat kejadian.
Sumber itu seterusnya melaporkan :
Mangsa dihanyut air:
1) lelaki Bangladesh - disah meningal dunia
2) perempuan Indonesia - disah meningal dunia
3) perempuan Indonesia - belum ditemui
Mangsa terkejut:
1) Ho Kin Wang (38th) -cedera menyelamat diri
2) Tan Tuck Choi (51th) - disah meningal dunia
Mangsa berpindah:
Seramai 10 buah keluarga dipindah ke Dewan Ringlet bersama 46 orang.
Kemusnahan rumah 80 buah dan kenderaan 100 buah.
Seramai 222 pegawai bertugas ditempat kejadian...
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 comment:
Orang buat rumah sampai tepi sungai, lama2 sungai jadi kecil, bila lepaskan air apa lagi... empangan sungai perak ada lepaskan air ke? patut musim hujan paras air empangan 70% jer
Post a Comment