Lagi ahli PKR meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.
Petang tadi, seramai 63 ahli PKR dari Kampung Pasir, Kampung
Sungai Muda dan Kampung Ulu Slim dalam Bahagian Tanjong Malim menyerahkan borang
untuk menyertai UMNO. Mereka diketuai Puan Jamilah Hayat, 40.
Dikhabarkan lebih ramai akan mengikut jejak langkah rakan-rakan
mereka itu. Malahan ketika majlis
berjalan, seramai 5 orang lagi bekas ahli PKR menyerahkan salinan kad
pengenalan mereka untuk menganggotai UMNO, menjadikan jumlahnya kepada 68
orang.
Ketiga-tiga kampung itu terletak dalam DUN Behrang yang
dimenangi PKR dalam PRU12 lalu. BN tewas 40 undi di Peti Undi Ulu Slim
kesan daripada peralihan sokongan pengundi dari kampung-kampung berkenaan.
Dalam PRU11 2004, BN menang di peti undi berkenaan dengan memperolehi 457 undi berbanding 150 undi yang diterima PKR. Namun dalam PRU12 2008, keputusannya terbalik di mana BN hanya memperolehi 294 undi, berbanding PKR 334 undi.
Penyertaan mereka ke dalam UMNO meningkatkan lagi keyakinan
BN untuk memenangi kerusi DUN Behrang dalam PRU13 nanti. InsyaAllah.
(TERKINI hari ini (8 Oktober), 10 lagi rakan mereka menyerahkan borang untuk menyertai UMNO menjadikan jumlahnya hingga kini 78 orang.)
(TERKINI hari ini (8 Oktober), 10 lagi rakan mereka menyerahkan borang untuk menyertai UMNO menjadikan jumlahnya hingga kini 78 orang.)

4 comments:
Tahniah Dato..yang releven cuma UMNO dan Barisan Nasional. Lupakan yang lain...
( Anggun PPSKL )
http://ashamsuri.blogspot.com/2012/10/latestpkr-masuk-umno-secara-rasmi-bubar.html
This is the right blog for anyone who wants to find out about this topic. You realize so much its almost hard to argue with you (not that I actually would want…HaHa). You definitely put a new spin on a topic thats been written about for years. Great stuff, just great!
Muhyiddin Dan Puteri UMNO Mahu Najib BERUNDUR... Kenapa?
~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
Tapi yang terpenting... Pemuda dan Puteri UMNO yang kononnya barisan pelapis kepada UMNO tetap BODOH... Tetap TOLOL.. Itu yang pasti..
Disebabkan KEBULUR sangat nak berjuang untuk UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO sanggup menipu dan memperbodohkan diri sendiri untuk sama2 menipu dan memperbodohkan orang2 tua kat kampung, saudara dan adik2 mereka... Jika Pemuda dan Puteri UMNO tidak boleh menggunakan akal dengan bijak, kenapa tak jadi LEMBU saja?
(( edit, copy & paste Page FB Kump. Generasi Baru keluar UMNO ))
Apa lu ingat penyokong PR dh cerdek ke.mudahnya nak cerdek,cuma masok PR.IYOOOOOOOOOOO..........otak mana ni.
Post a Comment