04 January, 2011

KOKOK SI NIZAR ...BIARKAN ...BIARKAN!!


Sumbang benar bunyi kokok Nizar Jamaluddin di akhbar Sinar Harian hari ini.  Bersandarkan enam kerusi yang dimenangi PAS di Negeri Perak dalam PRU12 lalu, bekas Menteri Besar Perak itu berkokok sekeliling kampung menjaja konon partinya mampu meruntuhkan Kerajaan Negeri yang ditarajui BN ketika ini. 

Entah apalah pula alasan Nizar mengatakan populariti Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak menjunam, sedangkan konsep 1Malaysia yang dibawa oleh peneraju negara ini begitu disenangi rakyat sehingga amat menggerunkan Khalid Ibrahim di Selangor yang terpaksa bertindak mengharamkan penggunaan logo gagasan itu di premis-premis dalam negerinya.

Dengan penuh kebebalannya, Nizar sekali lagi mengaitkan isu ancak kononnya dilakukan oleh Dr. Zambry serta kelulusan tanah ibu beliau di Pangkor sebagai alasan menyebabkan orang UMNO sendiri ragu-ragu dengan UMNO. Sudah berbuih mulut Dr. Zambry menjelaskan kepadanya mengenai kedua-dua isu tersebut di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini, namun Nizar terus bebal.   Videonya DI SINI.

Semuapun tahu dari mana datangnya bunyi kokok si Nizar ini. Derai sumbangnya dikawal dari seberang Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sebuah bangunan berlambangkan roket yang di dalamnya dua orang sepupu Ngeh dan Nga sedang bergelut menyelesaikan masalah rumahtangga mereka sendiri. Nizar rela menjadi tukang sabung DAP, dengan harapan gandingan 3N dapat diteruskan selepas PRU13 nanti, dan dirinya kembali menduduki kerusi MB.

Mungkin Nizar terlupa kenyataan Ngeh Ko Ham mahu meletakkan “calon Melayu berstatus ustaz” bertanding atas tiket DAP dalam PRU13 nanti. Apakah Nizar masih memikirkan bahawa dirinya bakal dinobatkan selaku MB jika pakatan DAP-PAS-PKR menang di Perak? Dungu sangatkah beliau mahu membaca strategi DAP mencalonkan orang Melayu bertanding atas lambang parti itu?

Buat Nizar saya mahu mengajar sedikit kiraan matematik kepada beliau. 6 kecil sangat jika nak dibandingkan dengan 28. 18 pula kini dah jadi 16, itupun masih jauh besar dari 6 tapi tak juga mengatasi 28. Tambahan lagi 28 ini disokong 4  yang lain menjadikannya 32. 

Urutan parti yang mencapai kemenangan dalam PRU12 di Perak pula begini (yang menang besar didahulukan) : UMNO – 27; DAP – 18 (kini 16), PKR - 7 (kini 5), PAS - 6 dan MCA - 1.  Ikut logiknya, parti mana yang menang dalam PRU12 lalu? Parti mana pula yang menang tak seberapa tapi kokoknya bak ayam betina – bertelur sebiji riuh sekampung?.

Harap Nizar tak bebal mengira matematik di atas.

5 comments:

Telok Bakong said...

kaedah apa yg tuan gunakan tu..kelakar YB ni..gulin perin teman gelak..kalau BN yg menang dalam PRU 2008 di Perak..sepatutnyalah MB dari BN..alahai..ni kene heret speaker dulu baru dapat jadi MB

Unknown said...

Lebih begulin teman bila tenguk Nizar yang bengap dan bebei dok bawa isu ancak dan rumah setinggan di Pangkor. Memalukan PAS ajer...matematikpun tak reti. 6 ingatnya 60...hahaha

anak hj mat nor said...

speaker tk sedor diri... taraf cuma speaker bwah pokok nak duk krusi utama dlam dewan.. nizar plak boleh jadi mb bwah pokok.. sebut pasal pokok ni tringat kt parti kencing rakyat sumer duk kat cabang n rnting.. udah rupe beruk plak rasanyer.. alahai pokok.. byak kegunaannyer.. btul kata cikgu teman dulu..

JKKK Kota Sarang Semut said...

saya dah link dan follow blog Tuan..TQ

budakbalun said...

salam..

Jangan angkuh sangat..
Jangan anggap kita ni dah kuat..

baik PR baik BN..

Jangan terlalu sombong mendabik dada..

Perancangan Allah SWT terlalu hebat untuk dibayangkan..

Ada kelebihan juga pada diri DS Nizar..
Pun ada jugak kelebihan pada diri DS Zambry..

Kedua-duanya ada personaliti yang baik untuk memimpin..

Cumanya.. siapa yang lebih bertaqwa disisi Allah SWT?

Hanya Allah SWT yang tahu..

Kita hanya mampu menilai dengan mata dan pemikiran sahaja...

Wallahua'lam..