KENYATAAN AKHBAR
UMNO Negeri Perak mendesak Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin segera menunjukkan bukti bahawa parti UMNO terlibat mengubahsuai gambar yang memaparkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu.
Dalam kenyataannya yang dipetik dan disiarkan oleh akhbar Sinar Harian Edisi Perak pada 3 September lalu, Nizar secara jelas menuduh UMNO terlibat menukarkan wajahnya yang sedang menyembelih lembu kepada wajah Guan Eng.
Akhbar itu melaporkan, "Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui gambar memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu itu adalah wajahnya yang telah diubah suai dengan teknik superimpose oleh UMNO."
Nizar juga dipetik sebagai berkata, "Saya yakin gambar itu sengaja diubah oleh UMNO dan penyokongnya yang terdesak untuk mendapat sokongan masyarakat dan cuba memburuk-burukkan hubungan PAS dan DAP."
Kenyataan itu dinyatakan oleh Nizar kepada wartawan akhbar Sinar Harian di Masjid Aziziah, Batu 20, Bagan Datoh pada malam 1 September lalu.
Secara jelas, Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak dan ADUN Pasir Panjang telah menamakan parti UMNO sebagai pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak beretika itu.
Oleh itu, UMNO Negeri Perak meminta Nizar segera menunjukkan bukti penglibatan UMNO dalam mengubahsuai gambar itu, atau beliau bersedia diheret ke mahkamah jika enggan atau gagal berbuat demikian.
Perbuatan Nizar yang secara langsung menundingkan jari kepada UMNO dalam isu ini adalah sangat mengelirukan dan merupakan satu tuduhan yang berat terhadap sebuah parti politik berperlembagaan, berperaturan dan bermaruah.
Nizar nampaknya sudah ketandusan modal untuk mengheret Umno dalam polemik, sehinggakan sanggup menuduh parti itu melakukan sesuatu tidak beretika yang lumrah dilakukan oleh cyber-troopher di dalam internet.
Apakah beliau terlalu yakin UMNO melakukan perbuatan itu, atau apakah tidak ada kemungkinan ianya dilakukan sendiri oleh penyokong-penyokong parti pembangkang dari PAS, DAP atau PKR bertujuan mahu menjadikannya sebagai modal untuk memancing sokongan rakyat dan memburuk-burukkan UMNO?
Terlalu banyak gambar yang diubah suai menggunakan teknik superimpose yang tersiar di laman-laman internet, termasuk oleh penyokong parti-parti pembangkang khususnya menjelang Pilihanraya Umum ke-12 lalu sehingga menimbulkan keresahan rakyat.
Terlalu banyak gambar yang diubah suai menggunakan teknik superimpose yang tersiar di laman-laman internet, termasuk oleh penyokong parti-parti pembangkang khususnya menjelang Pilihanraya Umum ke-12 lalu sehingga menimbulkan keresahan rakyat.
Tetapi adalah tidak wajar menuduh sesebuah parti politik terlibat secara langsung dalam pembikinannya, sebagaimana dilakukan oleh Nizar terhadap UMNO.
Dato' Mohd Khusairi Abdul Talib
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak
Tanjong Malim, 5 September 2010
Dato' Mohd Khusairi Abdul Talib
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak
Tanjong Malim, 5 September 2010
7 comments:
Saya sangat sokong Nizar di heret ke mahkamah. Dia memang mahu publisiti macam itu untuk menunjukkan dia masih bernafas. Dalam kepala dia, semua yang berlaku, dulu, sekarang dan akan datang adalah disebabkan oleh UMNO. Orang macam ini kah kita mahu jadikan pemimpin?. Sebenarnya, Nizar telah banyak merosakkan PAS. Ahli PAS patut bertindak sekarang dan menghukum Nizar.
BumiputeraMelayu, disebabkan sikap seperti Nizar inilah yang menyebabkan lebih 700 ahli PAS di Kubu Gajah, Larut meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO pada Jumaat lalu.
ini lah masanya ,mengajar mereka2 yang sentiasa memburukan umno ,kemudahan teknologi masa kini dapat mencari punca darimana datangya ,bertindak segera
aku sampai sekarang tak berapa paham ,org yg tahap sampah ni boleh jadi adun dan MP,cepat sangat melatah...tu le nama nya bodoh tak boleh do ajor dan sombong .Dan juga sampah yg memilihnya.
Saya tak fikir itu dibuat oleh ahli UMNO. Mengapa Tuhan memilih Nizar dengan gambar yang seperti ini. Mengapa Tuhan tidak memilih yang lain. Tentu Nizar ada banyak silap ni
gua dgn sekupang dua mmg setuju pendapat tuan,NIZAR ni maybe dh nyanyuk sama dgn tok guru dia d kelantan tu yg bleh kutuk bangsa dia sendiri...ntah2 aper yg dlm paper tu dorang sendiri yg buat n sajer nk jd kecoh coz dh xder topik nk bg org melayu meloncat,sokongan pd dorang pn dh kurang,jd benda murah ni la yg dia nk buat..kalo di barat super impose ni dh basi la,kita kaat malaysia jer yg x cerdik lg..udah2 tu NIZAR,bertaubtlah sblm terlambat..
ha, I will test my thought, your post bring me some good ideas, it's really amazing, thanks.
- Norman
Post a Comment